CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zizi Kirana Teruskan Amalan Tutup Aurat Sepanjang Ramadan

15-4-2021 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3087| Komen: 10

Ramadan kali ini merupakan tahun ketiga penyanyi Zizi Kirana meneruskan amalan menutup aurat bagi menghormati bulan mulia ini.

Sama seperti tahun sebelumnya, Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil, 36, berkata dia mengenakan tudung itu atas kerelaaan diri sendiri.



Foto: IG

"Alhamdulillah tahun ketiga saya masih sama... bulan ramadan ini saya teruskan bertudung.

"Sama seperti yang saya pernah katakan sebelum ini... saya mohon orang ramai mendoakan yang baik-baik. Manalah tahu saya akan bertudung terus selepas ini," katanya kepada mStar.

Sebelum itu menerusi Instagram, penampilan Zizi dengan mengenakan tudung dan memakai jubah menerima pujian pengikut.




Rata-rata memuji tindakan Zizi menutup aurat sepanjang Ramadan dan berharap imej itu dikekalkan buat selama-lamanya.

"Zizi ni paling cantik masa bulan Ramadan... pakai tudung dan sebagainya, harap dia dapat istiqamah dan cantik sampai bila-bila.

"Subhanallah cantik sangat... sejuk mata kami memandang!" tulis pengikut pada ruangan komen.

Bercakap mengenai karier seni, penyanyi lagu Eh ini berkata Ramadan kali ini dia sibuk menjalani penggambaran drama dan pembikinan video muzik lagu raya.


"Aktiviti Ramadan kali ini agak sibuk berbanding tahun sebelum ini, bulan puasa ini saya lebih banyak di set penggambaran drama.

"Selain itu saya juga perlu menyiapkan pembikinan MV lagu raya dalam masa terdekat. Semoga semua urusan ini dipermudahkan. InsyaAllah.

"Saya juga baru lancarkan dua lagu sempena Ramadan ini iaitu Syafaat kolaborasi bersama kumpulan Unic dan lagu Ramadan bersama Hafiz Hamidun," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cik_jantung 15-4-2021 01:45 PM
Tahniah zizi..
Quote adm7 15-4-2021 01:48 PM
So?



Quote Plain-tif 15-4-2021 02:54 PM
Dia nak post kat ig dia lantak dia lah. Jangan jemput suruh bagi ceramah sudah!
Quote Belibis 15-4-2021 02:56 PM
Kira macam artis indon la nihh..abis posa goyang gerudi balik.
Quote SayaSayangMama 15-4-2021 03:50 PM
Skrh ni semua nk kumpul  pahala byk byk apa salahnya.... korg je xberubah lg kekekeke
Quote September14 15-4-2021 03:53 PM
Boleh x klu yg btudung ni xyah jd retis

Ntah la mcm bawak imej yg buruk... dah jd benda biasa bila ppuan btudung pakai baju ketat lpstu tgoyang2 gedik2 mnyanyi....

Dedulu sblm yuna najwa mana ada retis pop btudung bagai
Quote black_handbag 15-4-2021 03:59 PM
dia ni dah 36 tahun ke.. nampak mcm 20an gitu haha.. lawa pakai tudung ada iras cheta
Quote minime88 15-4-2021 04:31 PM
Edited by minime88 at 23-12-2021 09:11 PM

delete......
Quote sfrnna 15-4-2021 07:49 PM
Zizi buat la tadarus. Suara tu dahla sedap
Quote Denco 16-4-2021 03:20 PM
kosenya jah nk doakan ko tiap2 tahun

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.157946 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top