Pada hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa, jaguh badminton negara Lee Chong Wei berkongsi kisah mengenai perbualan dengan anak sulungnya yang berusia 8 tahun mengenai ibadah tersebut.
Cerita Chong Wei, anaknya, Kingston Lee, 8 mempersoalkan kejadian yang berlaku sewaktu rehat di sekolah apabila dua rakan baiknya - Amli dan Syihan - enggan makan dan minum bersamanya. Manakala gurunya juga meminta supaya Kingston atau panggilan manjanya Koko untuk makan agak jauh daripada segelintir kawan-kawan yang lain. "Apa salah saya papa," kata Chong Wei mengulang semula kata-kata anak kesayangannya itu. "Tergamam aku dibuatnya seketika. Salah saya juga sebenarnya kerana tidak memberi penjelasan bulan puasa sebelum ini. "Koko @kingstonleekc, you tak salah. Kawan-kawan you tu sebenarnya dah start puasa. Dan cikgu suruh makan di tepi sebagai tanda penghormatan kepada kawan-kawan yang tengah berpuasa tu.
"Jadi, kamu kena nasihat kawan-kawan Cina, India yang lain, mesti sokong kawan-kawan Melayu ni menjalankan ibadah puasa. Kena bertolak-ansur dan hormat sesama lain," tulisnya dalam hantaran di Facebook. Bagaimanapun menurut Chong Wei, anaknya menunjukkan rasa tidak puas hati dengan penjelasan tersebut dengan mempersoalkan mengapa dirinya perlu bertolak ansur, sedangkan dia tidak berpuasa. "Belum sempat saya marah, tangan penampar @wongmewchoo (isteri) terus melanda ke atas tangan anak. "Tahulah saya dia pandai smash juga, tapi memang laju tangan dia kali ni," katanya merujuk kepada isteri, Wong Mew Choo, yang juga merupakan pemain badminton negara. Jaguh badminton kesayangan ramai itu berkata dia menjelaskan bahawa jika tiada sikap tolak ansur sesama mereka, Amli dan Syihan mungkin tidak akan lagi berkawan dengan Koko. Pada hantaran itu Chong Wei turut memuat naik gambarnya memakai baju Melayu berwarna biru lengkap bersampin dengan ucapan salam Ramadan kepada seluruh umat Islam. Sumber: MalaysiaKini |
Buritan replied at 14-4-2021 08:08 AM
Koh koh.. kawan anak aku dulu siap numpang mkn bekas mkn anak cina.. siap ckp sedap masakan ayam ma ...
sarah82 replied at 14-4-2021 08:13 AM
Hahahhaa.. lawak anak ang.. Wei.. Kata nak komen citer hantu kat thread aku.. Awat x tulis wei
Buritan replied at 14-4-2021 08:16 AM
Aku lupeee... hari tuu baca pas tu aku nak cepat pas tuu lupe
sarah82 replied at 14-4-2021 08:16 AM
Share la wei..
Buritan replied at 14-4-2021 08:18 AM
Ok.. aku tulis..nak pi korek balik
Buritan replied at 14-4-2021 08:08 AM
Koh koh.. kawan anak aku dulu siap numpang mkn bekas mkn anak cina.. siap ckp sedap masakan ayam ma ...
LostStar replied at 14-4-2021 09:16 AM
jgn kata kawan anak ang.. daku dulu pon salah sorg yg mkn skali bekalan rakan2 cina yindia jua.. h ...
sranua replied at 14-4-2021 09:33 AM
Aku masa sekolah dulu rilek je makan abc kat kedai cina...dah kedai melayu tutup..tekak ni mmg nak A ...
ADVERTISEMENT