CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selagi Ada Kudrat, Eyra Hazali Bagi Ibu Bapa X70

14-4-2021 06:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3900| Komen: 11

Description: Pelakon Eyra Hazali meluahkan rasa gembira apabila dapat menghadiahkan ibu bapanya, Hazali Ramli dan Qhuzie Mohd. Johari sebuah kereta baharu.
Pelakon Eyra Hazali meluahkan rasa gembira apabila dapat menghadiahkan ibu bapanya, Hazali Ramli dan Qhuzie Mohd. Johari sebuah kereta baharu.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik dalam Instagramnya, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 22, memberitahu, hadiah berupa sebuah kereta Proton X70 itu adalah sebagai tanda terima kasih atas pengorbanan orang tuanya selama ini.




“Alhamdulillah syukur. Selalu tertanya-tanya bila agaknya dapat belikan mak dan ayah kereta yang lebih selesa.

“Siapa sangka rezeki melimpah ruah pada awal tahun. Selepas tunggu dari bulan Februari, tepat pada masanya alhamdulillah dapat serahkan sendiri dekat ibu bapa saya,” ujar Eyra.



Menurut pelakon drama Mr.Grey itu lagi, hadiah kereta yang diberikan itu tidaklah sebesar jasa kedua-dua orang tuanya membesarkan dia dan adik-beradik yang lain.

“Hadiah ini tidak sebesar jasa mak dan ayah untuk besarkan kami tujuh beradik. Selagi ada kudrat,saya akan buat apa sahaja untuk senangkan mak dan ayah,” tulisnya.



Dalam hantaran itu juga, Eyra yang juga isteri kepada penjaga gol kelab bola sepak, Johor Darul Ta’azim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli juga mendedahkan bahawa suaminya turut mengambil sebuah kereta baharu jenis Vellfire.


Kredit foto: IG Eyra

Sekadar info, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan seirang cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish pada 14 Ogos 2020. 


Sumber: K! ONLINE
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 14-4-2021 09:29 AM
Alkisahnya......
Quote nanasno 14-4-2021 10:28 AM
comeynya anak sheols.
Quote anony-mous 14-4-2021 11:10 AM
Ya ampun, sempat lg selut laki hang baru ambik vellfire. She ni mesti org kg jah kan
Quote chinta89 14-4-2021 11:40 AM
bukan nk mengata di bulan puasa.. tp sbg anak seni ape je produk u eyra? x pyh la ckp tu hasil penat lelah keja, ckp je la tu duit husband bukannya meols dengki pun. ni statemnet selagi ada kudrat bagai.... kudrat la sgt penat lelah blakon ape pun xtau lps nikah dh slow pun tawaran dlm industri.
Quote newme11 14-4-2021 11:43 AM
chinta89 replied at 14-4-2021 11:40 AM
bukan nk mengata di bulan puasa.. tp sbg anak seni ape je produk u eyra? x pyh la ckp tu hasil penat ...

Dia pun ada pendapatan sendiri selain duit suami..
dia buat review pun dpt duit........
Quote laksmanabentan 14-4-2021 12:01 PM
alhamdulillah hasil paid review boleh la beli X70..
Quote fazila17 14-4-2021 12:07 PM
Comelnya anak dia

Tahniah dapat membahagiakan IbuBapa
Quote tipah89 14-4-2021 12:22 PM
Alhamdulillah suka tengok anak2 yg jenis pandai appreciate mak ayah ni. Teringat baru2 ni baca kat iium confession, pasal kes xde anak vs org ada anak, tapi mostly org tua di pusat jagaan org tua adalah mereka yg ada anak, tapi dibuang anak sendiri.
Quote MsKathryn 14-4-2021 02:48 PM
Bagus la dia dpt mengembirakan ibubapa
Quote cap_ayam 14-4-2021 02:55 PM
semoga bertambah murah rezeki ..
Quote kakakgarang 14-4-2021 03:08 PM
dia ni membosankan la.. hmm ok bai..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.243801 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top