CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Siang Kembung Je Pun, Video Wanita Ini Raih 2.6 Juta Tontonan

14-4-2021 06:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4058| Komen: 14

Description: Percaya atau tidak, masih ada lagi golongan wanita yang tidak tahu bagaimana cara hendak menyiang ikan.
Percaya atau tidak, masih ada lagi golongan wanita yang tidak tahu bagaimana cara hendak menyiang ikan.

Maklumlah, selalunya ikan yang dibeli di pasar raya pasti sudah siap disiang dan dipotong. Kita hanya perlu bayar di kaunter sahaja dan boleh terus dimasak selepas dibawa pulang ke rumah.


Namun, Sumaiyah Mohd Nasri, 24, seolah-olah membuka mata wanita dan gadis lain untuk belajar menyiang ikan apabila dia sering memuat naik video dirinya menyiang pelbagai jenis ikan.



Bermula dengan video cara menyiang ikan kembung yang mendapat 2.6 juta tontonan di aplikasi TikTok, dia menerima banyak komen daripada netizen yang meminta diberi tunjuk ajar.

Lebih mesra disapa Sumaiyah, anak kedua dari tujuh beradik itu sering membantu bapanya di kedai yang terletak di Pasar Besar Kulim sejak berusia 11 tahun.

"Selepas video ikan temenung (ikan kembung) tu, ada pula minta ajar cara nak siang ikan lain seperti ikan cencaru dan siakap. Jadi saya balas la menerusi video.




“Belajar biar tahu, kalau tak pro takpe. Nanti terdesak kena siang ikan tak la hancur dibuatnya ikan tu. Boleh la tunjuk hebat lebih-lebih lagi yang baru berkahwin, dah lama sikit minta suami pula yang buat,” katanya kepada mStar.

Menariknya perkongsian Sumaiyah, dia memuat naik video cara menyiang pelbagai jenis ikan dengan menggunakan teknik mudah agar orang di luar sana dapat cuba mengikuti setiap langkah yang diajar.

Menerusi video yang tular itu, dia hanya menggunakan gunting untuk membuang isi perut ikan temenung atau juga dikenali sebagai ikan kembung di bahagian utara tanah air.

"Saya tak beritahu sesiapa pun masa upload video tu, tapi bila dah viral dan orang mula bertanya dekat mak dengan adik baru saya beritahu ayah.

"Takut juga kalau ayah marah, saya nak delete la. Tapi ayah kata biarkan je," katanya yang berasal dari Kulim, Kedah.

Walaupun Sumaiyah kini mempunyai pekerjaan tetap di sebuah kilang, dia masih lagi menolong bapanya pada hujung minggu.


Sumaiyah membantu bapanya di pasar sejak berusia 11 tahun lagi.

Jika pada hari dia bekerja dan ketika bapanya sibuk dengan urusan sebagai seorang siak di masjid, adik-beradik yang lain akan bergilir-gilir membantu menguruskan kedai di pasar.

“Ibu bapa saya ajar, kalau mahukan sesuatu kena usahakan sendiri kerana kami ini bukan dari keluarga yang berada.

“Jadi saya menolong ayah di pasar untuk mencari duit lebih. Dia yang mengajar cara nak siang ikan,” katanya sambil menambah bapanya Mohd Nasri Nordin, 50, telah 20 tahun berniaga di situ.

Menurut Sumaiyah, sejak dahulu lagi memang bapanya sahaja yang bekerja untuk menyara keluarga dan kini tibalah giliran dia dan adik- beradik yang lain membantu bagi meringankan beban bapanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote djzara81 14-4-2021 06:45 AM
Salute la dik! Atleast dpt ilmu siang ikan. Hakak menyampah tgk bdk zmn skang buat tik tok bodoh xde hala tuju demi likes.
Quote sarah82 14-4-2021 07:31 AM
Ikan dia elok.. Aku tgh termenung tu.. Sedap.. Goreng garing ratah... Lemak elok
Quote ctaz 14-4-2021 08:59 AM
2.6 juta tak reti siang ikan kembung....




hahahahahahaha
Quote nanies 14-4-2021 09:10 AM
baru la wife material gini
Quote LostStar 14-4-2021 09:33 AM
ctaz replied at 14-4-2021 08:59 AM
2.6 juta tak reti siang ikan kembung....

dlm 2.6j itu.. daku terselit seketoi.. uhuksss
Quote seri_mawr 14-4-2021 09:49 AM
aku tahu jek siang ikan....tapi bila pi pasar suruh org pasar tu siangkan sekali sementara tu pi cari brg2 lain lebih cepat masa n kerja bila balik rumah...hhuhuhu....
Quote eyansss 14-4-2021 09:53 AM
ctaz replied at 14-4-2021 08:59 AM
2.6 juta tak reti siang ikan kembung....

ce tengok yang like to laki ke perempuan...  kot banyak like dari lelaki, dengan harapan masa klik like tu, adik ni perasan n cubaan cinta bertaut boleh terjadi...  hahaha...
Quote mama_neko 14-4-2021 09:57 AM
seri_mawr replied at 14-4-2021 09:49 AM
aku tahu jek siang ikan....tapi bila pi pasar suruh org pasar tu siangkan sekali sementara tu pi car ...

ni betul.. hahahah... kalau beli ikan ketul, lagi senang, balik cuci pastu zass masak ja.. ikan siakap lak, aku suruh buat belah butterfly, baru masak 3rasa ka, bakar ka, feeling makan kedai siam.. hehehhehe
Quote hareeeesah 14-4-2021 10:02 AM
Aku tak suka bab sisik tu je. Sepah renyah... kalau siang cuci belah tu bukan susah pun tp dah kedai juai benda dah siap kita manfaatkan beli je teruih tak payah pusing hahaha
Quote Artemesiaa 14-4-2021 10:10 AM
Nampak macam lawak tapi realitinya ramai yang tak tahu siang ikan nak2 kalau jenis atak pernah ke dapur langsung.  Baguslah dia dah mahu mengajarkan mereka tu caranya.
Quote chinta89 14-4-2021 11:44 AM
Boleh la tunjuk hebat lebih-lebih lagi yang baru berkahwin, dah lama sikit minta suami pula yang buat,” katanya kepada mStar.


nmpk sgt prmpuan skg x reti di dapur...

bukan nk mengata ya, prmpuan cantik lawa tudung belit mekap sekati xde masa kat dapur. pakaian sendiri pun bsepah dlm bilik, anda rasa dia ada masa nk kemaskan dapur? so lelaki, nasib korang la dpt binik mcmna nt. dan prmpuan, nasib korang jgk la kalau dpt lelaki x berkualiti dalam tanggungjawab hidup berkeluarga. eh tiber.

#HidupIniPerjudian
Quote adeqbun 14-4-2021 11:59 AM
sarah82 replied at 14-4-2021 07:31 AM
Ikan dia elok.. Aku tgh termenung tu.. Sedap.. Goreng garing ratah... Lemak elok

ikan caru tu aku pggil ikan jaket..dlu2 muak sbb ari2 makan kat dining hall asrama..skang ni kemain suke kalau buat bakar cicah air asam..puhhhh...
Quote sarah82 14-4-2021 12:13 PM
adeqbun replied at 14-4-2021 11:59 AM
ikan caru tu aku pggil ikan jaket..dlu2 muak sbb ari2 makan kat dining hall asrama..skang ni kemai ...

Hahaha.. Aku suka betul ikan cencaru sumbat sambal... Tesco pun ada jual yg ready to cook gitu skrg.
Quote ally9970 14-4-2021 03:09 PM
dia hanya menggunakan gunting untuk membuang isi perut ikan temenung atau juga dikenali sebagai ikan kembung di bahagian utara tanah air.

Bangangnya reporter, kat utara lah orang panggil ikan temenung, depa tak panggil ikan kembung...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.295647 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top