Seorang anak lelaki kepada pemilik kediaman di pinggir bandar Essex menimbulkan kemarahan penduduk setempat selepas didakwa mengiklankan sebuah rumah ladang sebagai tapak pembuangan sampah secara haram.
Lapor Daily Mail, kira-kira enam kaki atau 1.8 meter timbunan sampah dibuang di hadapan rumah ladang yang berusia 120 tahun di Upminster. Kawasan itu dibanjiri dengan pelbagai sampah sarap termasuk tilam serta perabot lama yang dibuang di depan kediaman tersebut. Berdasarkan laporan The Sun, penduduk sudah menghubungi pihak berkuasa tempatan termasuk polis dan majlis tempatan untuk membersihkan kawasan itu namun tiada sebarang tindakan diambil. Anak lelaki pemilik itu mendakwa sampah terkumpul selepas seorang ahli keluarga meninggal dunia dan memberi jaminan kawasan tersebut akan dibersihkan. Menurut penduduk, masalah itu sudah berlarutan selama lapan minggu manakala pemilik rumah didakwa membakar sampah tersebut secara berkala.
Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT