CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamel Lemah Lembut, Ernie Zakrie Dedah Detik Jatuh Cinta

13-4-2021 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5811| Komen: 18



Pasangan penyanyi yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama, Ernie Zakri dan Syamel telah diundang untuk menjadi tetamu jemputan Carta Suria Top 40 di radio Suria FM pada Sabtu lalu.

Di samping menceritakan perkembangan terkini selepas berkahwin, Ernie turut mendedahkan detik awal percintaan bersama Syamel yang bermula sekitar tahun 2016.




Menurut Ernie, keperibadian Syamel yang lemah lembut dan sopan santun telah membuatkan dirinya jatuh cinta dengan jejaka berusia 27 tahun itu.

“Detik percintaan bermula sekitar pada tahun 2016. Sebenarnya mula-mula saya tak berapa suka dia sebab saya nampak dia macam poyo. Tapi itulah, bak kata orang tak kenal maka tak cinta.




“Selepas saya dah mula berborak dengan dia, saya rasa dia ni seorang yang lemah-lembut. Cakap pun lembut. Saya ni pula pantang kalau orang cakap lembut lembut ni, saya jadi jatuh cinta.

“Akhirnya, saya sendiri yang beritahu dia yang saya suka dia. Nampak saya ni macam gelojoh kan?,” katanya.



Imbas kembali, Ernie telah sah bergelar isteri kepada Syamel dengan sekali lafaz pada 26 Mac yang lalu.

Majlis pernikahan tersebut telah berlangsung di Masjid Puncak Alam, Selangor. -CARI

Sumber: media Hiburan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pak.dolla 13-4-2021 12:40 PM
Suka tengok pasangan ni, umpama merpati 2 sejoli. Bagai pinang dibelah 2
Quote crossline 13-4-2021 12:52 PM
Edited by crossline at 13-4-2021 12:54 PM

Sejak kawen ni ketara sangat muka Ernie seiras makcik dia ZZ, yg Shamel pulak mcm Aizat Amdan, kenapa ntah mata I ni. Anyway, Suka la tgk dorg ni.
Quote msdummy.2018 13-4-2021 12:59 PM
Lawa gile gaun pengantin tuh
Quote asma87 13-4-2021 01:05 PM
Cite  couple ni aku redhooo kl byk kuar Kat bodgos...jgn couple terpaling yislamik jah ..nak muntah kalau cerite deme je kuar
Quote tipah89 13-4-2021 02:02 PM
ok la tu... tengok shamil i oll  mmg agak mesti erni yg make the first move.. sweet lah. semoga berbahagia ke jannah.
Quote cik_kuntum36 13-4-2021 03:22 PM
comey jek korang berdua...
Quote imanjannah 13-4-2021 03:29 PM
dulu biasa2 je dengan pasangan ni, sekarang jadi suka pulak.. moga berbahagia la dua ketoi ni
Quote nanasno 13-4-2021 03:30 PM
comell. tahniahhh. yang ni tak rengsa. suka tengok
Quote virgo19 13-4-2021 03:36 PM
Dua orang ni umur dah banyak jugak, tapi kenapa aku tengok diorg mcm budak2, comel jek jadi pengantin.
Quote chinta89 13-4-2021 03:56 PM
crossline replied at 13-4-2021 12:52 PM
Sejak kawen ni ketara sangat muka Ernie seiras makcik dia ZZ, yg Shamel pulak mcm Aizat Amdan, kenap ...

ye btl mata iols pun nmpk mcm tuuuuuuuuuuu
Quote sukacactus 13-4-2021 05:12 PM
crossline replied at 13-4-2021 12:52 PM
Sejak kawen ni ketara sangat muka Ernie seiras makcik dia ZZ, yg Shamel pulak mcm Aizat Amdan, kenap ...

Kannn... aku pun npk diorang gitu
Quote salmon-suki 13-4-2021 05:18 PM
Antara kapel y disayangi retis2 termasuk tokti..ai pn suka jah..dua2 jenis humble n gila2..
Quote shaiy 13-4-2021 05:23 PM
crossline replied at 13-4-2021 12:52 PM
Sejak kawen ni ketara sangat muka Ernie seiras makcik dia ZZ, yg Shamel pulak mcm Aizat Amdan, kenap ...

aah ek bang mel iras2 aizat amdan,patut la iol rasa mcm pena tgk muka dia ni tp dimana ya?hahahaha
Quote ReginaBeauty 13-4-2021 05:29 PM
Suara both dengar live mmg sedap sangat. So secocok dan sepadan.
Quote Carcosa 13-4-2021 09:48 PM
msdummy.2018: Lawa gile gaun pengantin tuh


Kannn. Fitting dia boleh dikatakan perfection. Cantik terletak.
Quote sawi_bayam 14-4-2021 12:06 AM
Love. Love sgt ernie ni tauuu
Quote URUHA 14-4-2021 12:12 AM
Suka sgt dgn Bang Mel & Kak Ninie. Sempoi & comey je di mata meols. Meols sgt susah nak minat kapel retis tapi dua2 ni meols suka
Quote hinata_holic 14-4-2021 01:56 AM
I mmg restuuu diorg kawen. Sepadan sangati

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.061830 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top