CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Nak Buat Tarawih, Tiada Suntikan Vaksin Pada Waktu Malam

13-4-2021 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2946| Komen: 12

https://gempak.com/berita-terkini/suntikan-vaksin-tak-akan-dilakukan-pada-waktu-malam-ketika-ramadan-48962

Tiada suntikan vaksin Covid-19 akan dilakukan pada waktu malam sepanjang Ramadan tahun ini.


Hal itu dijelaskan Timbalan Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.


Gambar hiasan/Head Topics

Memetik Bernama, suntikan vaksin akan dibuat seperti biasa sehingga petang sahaja kepada mereka yang sudah mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.

Difahamkan, tempoh waktu suntikan sehingga petang itu bertujuan untuk tidak mengganggu ibadah umat Islam di bulan Ramadan.

"Saya berpendapat jika suntikan dibuat pada waktu malam mereka tidak akan datang kerana mahu melakukan ibadat tarawih yang hanya setahun sekali sahaja.

"Suntikan vaksin bagi fasa kedua pula akan dilaksanakan pada 19 April ini. Bagi mereka yang tinggal di pedalaman seperti Orang ASLI, kita akan hantar pegawai perubatan melalui program 'Out Reach' untuk memberikan suntikan vaksin CanSino bagi sekali suntikan sahaja," katanya.


Tambahnya, jika orang ramai datang dalam masa yang ditetapkan, pihaknya boleh menyelesaikan suntikan vaksin 70 hingga 80 peratus penerima menjelang akhir tahun ini.

Ditanya kemungkinan penularan Covid-19 di bazar Ramadan, Noor Azmi mengatakan perkara yang paling penting adalah penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dan pematuhan SOP dalam kalangan masyarakat.

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemok 13-4-2021 10:18 AM
Apooo?? Macam lah suntikan tu hari2 dibuat? Setakat nak dtg suntik sekali jah pon xboleh? Mana lagi penting? Shalat sunat ka suntikan vax? Macam lah terawih xboleh buat setelah pulang suntikan? Apa bengap punya alasan???
Quote AbukRokok 13-4-2021 10:27 AM
elhemdolelaaaaahhh
Quote aechae 13-4-2021 10:29 AM
Alahhh mcm lh semua rajin sgt terawih
Quote Suchi 13-4-2021 10:34 AM
Boleh je solat teraweh selagi belum azan subuh, lagipun teraweh solat sunat kalau tinggal sehari pun takde hal.
Dulu2 kalau berbuka kat luar pastu terus sambung shopping cari baju raya ke apa. Balik umah still buat je teraweh sblm tidur tu, solat sunat teraweh ni tak perlu kalut2  buat santai2 je.
Quote Boomibulat 13-4-2021 10:56 AM
Kasi la doktor bkn islam btugas cocok org bkn islam jugak
Quote damsel_fiji 13-4-2021 11:06 AM
mcm2 la pulak..x bagi vaksin waktu malam la..diutamakan yg derma darah 50 kali la..sebenarnya vaksin ni cukup ke idok..mcm2 pulak alasan kau kan
Quote SayaSayangMama 13-4-2021 11:48 AM
dodolgemok: Apooo?? Macam lah suntikan tu hari2 dibuat? Setakat nak dtg suntik sekali jah pon xboleh? Mana lagi penting? Shalat sunat ka suntikan vax? Macam lah t ...


Yela tp staff mcmana, nk kerja sampai malam ke..
Quote prettyuglybabe 13-4-2021 12:39 PM
kalau korang disuruh kerja sampai malam tau memekak..
bagi je la dorang peluang nak berbuka macam korang mengadap makanan dengan aman..
ingat kau je nak seronok-seronok berbuka terawih dengan family..
and bukan semua pun confident nak tarawih sendiri..
nak juga kena berimam kan dengan yang pandai..
kalau kau mampu nak berbuka sebiji kurma tiap hari tarawih pukul 2 3 pagi demi kerja suntik orang, gi la volunteer..
Quote Orix 13-4-2021 12:45 PM
"Saya berpendapat jika suntikan dibuat pada waktu malam mereka tidak akan datang kerana mahu melakukan ibadat tarawih yang hanya setahun sekali sahaja."


memang terawih setahun sekali pukul 8:30 smpi 10 malam jah
Quote merrissa 13-4-2021 06:17 PM
Apoooo vaksinnnn larangan rentas negeri kan adoo Ahahhahahahah

Stress aku... mau pulang beraya
Quote Firenzza 13-4-2021 06:30 PM
Yang nk cucuk vaksin bkn muslim shj, apsal nk babitkan semua org?
Quote xy_daen 13-4-2021 10:18 PM
Kebodohan apakah ini?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.035437 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top