CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duke 2 Bakal Menelan Kos Rm1.183 Billion !

14-11-2013 09:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4898| Komen: 19


KUALA LUMPUR, 14 November - Ekovest Bhd. (Ekovest) akan memulakan pembangunan fasa dua Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dalam tempoh dua minggu dengan melibatkan kos pembinaan RM1.183 bilion.


Pengarah Urusannya, Lim Keng Cheng berkata, projek fasa dua itu akan membabitkan pembinaan lebuh raya bertingkat, sekali gus melengkapkan DUKE sedia ada.


Menurut beliau, lebuh raya itu dijangka siap menjelang tahun 2015.


Penyambungan DUKE terdiri daripada dua rangkaian tambahan iaitu Sri Damansara Link dan Tun Razak Link.


Kedua-dua rangkaian itu dicadangkan untuk mempunyai jalan berkembar dengan Tun Razak Link sepanjang sembilan kilometer manakala Sri Damansara Link pula tujuh kilometer.


"Lebuh raya ini akan bertindak sebagai hubungan di antara Jalan Lingkaran Tengah 1 (MRR1) dan MRR2," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung luar biasa syarikat di sini semalam.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 14-11-2013 03:46 AM
Tajuk kata 1.1m...murahnye jalan...sama harga rumah teres je:lol
Quote tongkatwaran75 14-11-2013 03:50 AM
nw111 posted on 14-11-2013 03:46 AM
Tajuk kata 1.1m...murahnye jalan...sama harga rumah teres je:lol

typo...tq bro...
Quote katak hijau 14-11-2013 06:58 AM
Kat sabah sarawak ni menangis aku tengok jalan highway nya. Mcm taraf jalan bandar kat semenanjung je
Quote RosesAre_Red 14-11-2013 07:02 AM
katak hijau posted on 14-11-2013 06:58 AM
Kat sabah sarawak ni menangis aku tengok jalan highway nya. Mcm taraf jalan bandar kat semenanjung j ...

sarawak belom ada highway lagi
sekarang yg tgh upgrade fly over lepas tu dengan bulatan yg bersepah2
tol lak hanya ada 1 je


Quote ashraf5587 14-11-2013 11:48 AM
katak hijau posted on 14-11-2013 06:58 AM
Kat sabah sarawak ni menangis aku tengok jalan highway nya. Mcm taraf jalan bandar kat semenanjung j ...

Ini adalah kerana kewibawaan CMS mentadbir sarawak menjadikan ia negeri yang maju dan tiada korupsi.
Quote jengkoil 14-11-2013 11:53 AM
Lim jgn kengceng merata2 narr..bg siap ini projek baik baik
Quote tongkatwaran75 14-11-2013 05:42 PM
7 km jer...
Quote airfilterkotor 14-11-2013 06:42 PM
7kilo+9kilo=16kilo

RM1.183 beliyon kekah dengan 16kilo = RM73+juta sekilo.
Quote airfilterkotor 14-11-2013 06:46 PM
Kos pembangunan tak masuk lagik.
Seperti kos pampasan tanah... perunding... pelincir .... dan lain-lain.
Quote ibnuyusop 16-11-2013 11:18 AM
sabah n sarawak ni negeri yang aku lihat boleh maju...
Quote anna-zara 17-11-2013 09:01 PM
bagus2 aku sayang duke highway....menyenangkan kehidupan aku...
Quote Decaffeinated 17-11-2013 09:13 PM
RosesAre_Red posted on 14-11-2013 07:02 AM
sarawak belom ada highway lagi
sekarang yg tgh upgrade fly over lepas tu dengan bulatan yg bersep ...

tengah2 London dan Paris pun takder flyover bertingkek2 ni so tak perlu sedih.

kalau memang takder keperluan haruslah bersyukur maksudnya traffic masih aman.

KL ni agak hazab sbb asal keluar rumah, terpaksa bawak keter. Buatlah highway bertingkek2 mcm spaghetti pun tak kan cukup...

Quote Bell 17-11-2013 09:14 PM
Kalau semuanya atas tiang price to reasonable. Kalau tanah mahal giler....
Quote oni313 17-11-2013 09:19 PM
duke ni senang la bagi aku yg stay kat ampang, tapi bila turun/keluar je kat MRR2, hamik kau... mnyumpah2 seranah depan dashboard   especially waktu balik keje...
Quote myoujin 17-11-2013 09:40 PM
Sambung tak duke ni dgn MEX tu.. Ampeh tol. Satu lagi dulu mex nama kl putrajaya expressway kan?.. Putrajaya hape jauh nak mampos nak g highway tu.. Kalau dari present 1 tu dekat 15km kot.. Baik bagi nama kl cyberjaya
Quote dragger 18-11-2013 12:52 AM
kl ni bubuh la hiway 7 lane pun..

kalau dah sorang naik satu kereta.. mmg jem punye lah kalau tiba waktu puncak
Quote RosesAre_Red 18-11-2013 07:43 AM
Decaffeinated posted on 17-11-2013 09:13 PM
tengah2 London dan Paris pun takder flyover bertingkek2 ni so tak perlu sedih.

kalau memang tak ...

yup.. betul
sekurang2 nya takde bebanan tol
Quote R.A.M.A_mirror 19-11-2013 10:57 AM
ade orang pandai cakap..tapi xwat per2 pon..
ade orang pandai wat..tapi xikhlas dngn kerjanya..
bese la tue..human being.,.LOL..
Quote azrain98 19-11-2013 10:58 AM
RosesAre_Red posted on 14-11-2013 07:02 AM
sarawak belom ada highway lagi
sekarang yg tgh upgrade fly over lepas tu dengan bulatan yg bersep ...

ok la tu ada satu kat smenanjung tak sampai 5 minit ada lagi tol

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.210250 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top