CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nora Danish Niat Khatam Al-Quran Sekali Lagi, Panggil Ustazah Pantau Bacaan

12-4-2021 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4252| Komen: 19

Selepas berjaya khatam Al-Quran buat pertama kali pada Ramadan tahun lalu, pelakon Nora Danish menyimpan niat untuk melakukan perkara sama sepanjang bulan puasa tahun ini.

Pemilik nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif, 39, berkata, Ramadan adalah masa terbaik untuk dia mendekatkan diri dengan Allah berikutan kelapangan jadual kerja.


Foto: IG

"Bagi saya macam mana buruk pun kita, Ramadan adalah masa untuk kita dekatkan diri dengan Allah.

"Masa bulan Ramadan inilah yang kami selebriti ada, selalu kami sibuk dengan kerja masing-masing.

"Tahun lepas, saya berjaya khatam Al-Quran buat kali pertama dalam seumur hidup dan tahun ini saya berazam dapat ulang lagi benda sama untuk tahun ini," katanya kepada mStar.


Nora ditemui pada majlis pelancaran kempen amal Sebuah Kehidupan yang berlangsung di Glasshouse, Ampang baru-baru ini.



Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, tahun ini dia berniat memanggil seorang ustazah untuk memantau bacaannya.

"Kalau tahun lalu, saya khatam Al-Quran dengan berpandukan digital pen, kali ini saya akan panggil ustazah untuk pantau bacaan agar apa yang saya baca itu betul dan jelas.

"Saya sentiasa doa agar Allah bukakan hati saya untuk habiskan bacaan Al-Quran dan itu yang saya menangis bila dapat capai perkara itu tahun lalu.



"Suami pun menangis sebab dia tahu saya bersungguh-sungguh (nak khatam Al-Quran) tapi tidaklah sampai saya abaikan keluarga," katanya.

Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri Aziz, 38, pada 30 Mac 2017.



Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia tiga tahun.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak lelaki, Putra Rayqal Ramli, 13 tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Brunes 12-4-2021 04:58 PM
i feel sorry for ND kerana di samakan dengan si kenyut ruhai tu.. anyway all the best on your journey ND
Quote gingerbreaf 12-4-2021 05:01 PM
Alhamdulillah tgk fasha dah berbaik dgn bekas mertua
Quote hazzy0304 12-4-2021 05:18 PM
idola ni ..

tapi yang -ve dy kita tolak tepi ..

ambik yg +ve ..
Quote de_ikea 13-4-2021 06:13 AM
Well done nd. Mari perbetulkan bacaan
Quote SayaSayangMama 13-4-2021 11:39 AM
Kagum... bukan senang nk khatam dlm sebulan je lg lg mana yg xbiasa. Klu org dah biasa mmg 20minit je utk satu juzuk. Tp usaha ni harus diraikan. Daku sendiri pun belum tentu...
Quote asamfish 13-4-2021 12:31 PM
All the best Nowaku sayang!
Quote Suchi 14-4-2021 07:24 AM
SayaSayangMama replied at 13-4-2021 11:39 AM
Kagum... bukan senang nk khatam dlm sebulan je lg lg mana yg xbiasa. Klu org dah biasa mmg 20minit j ...

Aritu baca kat fb kot ada ustaz tu kata kalau nak khatam quran dlm tempoh sebulan ni kita kena baca atleast dlm 20 muka surat kot ke 20 helai sehari.
Mcm org pompuan ni hari tertentu kena lebihkan utk cover time kita period tu.
Sebab tu time ramadan ni tanak sibukkan sangat ngn keje supaya leh pokus pada ibadah puasa ni yela kita pun taktau tahun depan masih adakah ramadan lagi buat kita kan.
Quote MatDeghem 14-4-2021 07:31 AM
Auta lebih laaa....
mesti ka bagitau satu malaya yg kau nak khatam. Munafik. Jgn percaya retis punya Auta


Quote SayaSayangMama 14-4-2021 09:16 PM
Suchi replied at 14-4-2021 07:24 AM
Aritu baca kat fb kot ada ustaz tu kata kalau nak khatam quran dlm tempoh sebulan ni kita kena bac ...

Betul lg satu bab masak dan makan. Iols satu hari satu lauk je satu sayur/ulam then buah. Nikmat sgt la makan semua habis sikit pun x tinggal. Xsuka bazir2 makan pastu simpan dlm peti atau terpaksa makan lg lepas terawikh atau sahur. Mcm xsampai makna puasa klu makan mentekedarah. Byk masa boleh isi dgn benda lain. So iolss suka ke artis ke sapa ke buat benda baik gini.
Quote funnyTONE 14-4-2021 10:22 PM
Suchi replied at 14-4-2021 07:24 AM
Aritu baca kat fb kot ada ustaz tu kata kalau nak khatam quran dlm tempoh sebulan ni kita kena bac ...

Iols da kira..kena baca 30 ms kalau tolak ngan waktu peod iols dlm 10 hari..so bg lg ngan 5 waktu satu waktu kena baca 6ms..kalau nk khatam Ramadhan ni mmg kena fokus betul2..sbb baca brp mukasurat pon mcm da sengguk2..lau layan drama sampai 2jam ok je bijik mata ni

Utk tak ot, syabas nora..iols bukan pemenat u pon tp lau dah niat tu bagus...hanya Allah yg tau niat sebenar uols
Quote sitisbp 14-4-2021 10:28 PM
Edited by sitisbp at 14-4-2021 10:30 PM
funnyTONE replied at 14-4-2021 10:22 PM
Iols da kira..kena baca 30 ms kalau tolak ngan waktu peod iols dlm 10 hari..so bg lg ngan 5 waktu  ...


InsyaAllah boleh. I bajet pun 20 hari je sbb 10hari period. Mmg sehari kena habiskan hampir 2 juzuk. Break to bbrp session. The last 2 years i dpt buat. Tp mata tu mmg kena tunggang tonggeng nak bg celik hehe. Kena senam2 sikit n sambung. Now dah nak msk juz 3. Lambat sikit sbb day 1 lambat start. Kena catch up la.
Quote makkaucun18 14-4-2021 10:29 PM
MatDeghem replied at 14-4-2021 07:31 AM
Auta lebih laaa....
mesti ka bagitau satu malaya yg kau nak khatam. Munafik. Jgn percaya retis puny ...

ramai kn buat mcm ni sbb yg ini pun pr jugak..
Quote MatDeghem 15-4-2021 07:18 AM
sitisbp replied at 14-4-2021 10:28 PM
InsyaAllah boleh. I bajet pun 20 hari je sbb 10hari period. Mmg sehari kena habiskan hampir 2 ju ...

Ape yang kamu achieve selepas khatam dlm 20hari? Lebih Ilmu , better quality of life, lebih sehat, lebih kaya....
Kata dlm quran ada banyak info tentang duniawi , science, sejarah Selain tentang akhirat.
Ape matlamat khatam dan hafal quran?
Quote Aikiko 15-4-2021 07:25 AM
Lepas khatam jadik apa??
Pakai seksi2 lagi??
Perbetulkan niat tu betul2....bukan setakat nak khatam tapi faham apa maksud terjemahan dan aplikasikan dalam kehidupan t.utama selepas ramadhan
Quote kucim 15-4-2021 07:55 AM
Dia yg hot dan sexy pun ada niat khatam al quran..kau yg biasa2 ni...tak mampu pun buat dan pasang niat mcm nowa...usahlah kutuk2 org kutuk2 pakaian org..sdg kan yg bertutup litup pun belom tentu mampu selak al quran sehari...berhentilah pndg serong
Quote arffa 15-4-2021 08:14 AM
sekurang - kurangnya dia berusaha. Jangan tetiba pakai tudung niqab bagai lepas tu buat dosa dan kontroversi. Perubahan biar berdikit janji istiqomah.
Quote jlo 15-4-2021 09:24 AM
all the best nowaaa
Quote L_Z 17-4-2021 03:44 PM

Kawan ku kristian pun boleh ja baca quran...
Soooooo..apa makna nya khatam..baca bagi org mcm ni..
Quote Baladna804 17-4-2021 04:14 PM
Alhamdulillah.. yg elok tu kita puji ya

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.043942 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top