CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Takut Balik Kampung Tak Tahan Mulut Puaka Mentua, Pernah Disindir Lepas Keguguran

12-4-2021 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6903| Komen: 33

Seorang wanita tampil berkongsi cerita, mendakwa menerima layanan buruk daripada ibu mentuanya.

Katanya, dia pernah disindir ibu mentua selepas mengalami keguguran kandungan pertamanya suatu masa lalu.



Gambar hiasan

"Saya berkahwin selama dua tahun lebih, kami belum dikurniakan zuriat, kami masih dalam usaha. Tahun pertama saya keguguran.

"Bila habis pantang, saya selalu disindir ibu mentua. Dia seolah-olah nak salahkan rahim saya tak kuat... lemah.

"Sedihnya saya. Setiap kali balik kampung selalu ada yang sindir termasuk kakak ipar," dakwa wanita itu.

Selain sindirian, dia juga terasa hati apabila suaminya selalu memberi wang kepada ibu sendiri, namun tidak pernah melakukan perkara sama kepada ibunya.

"Mak mentua selalu minta duit dengan anaknya yang juga suami saya. Padahal suami tak pernah terlepas bagi setiap bulan.


"Tapi suami tak pernah bagi satu sen pun kepada mentuanya iaitu ibu bapa saya. Ya memang saya tahu ia tak wajib.

"Tapi kenapa tak ada keadilan untuk ibu bapa saya? Saya terasa sangat. Kami suami-isteri kedua-duanya bekerja," ujarnya lagi.

Tambah wanita itu, dia juga tawar hati untuk pulang ke kampung, risau menjadi bahan buah mulut mentuanya.


Gambar hiasan

Malah, suaminya sekadar mendiamkan diri setiap kali dia mengadu mengenai masalah ini dan apa yang terbuku di hatinya.

"Mulut mak mentua saya sangat bahaya, suka cerita sana-sini. Kadang-kadang kisah saya disebarkan di kampung.

"Bila saya luahkan pada suami, dia diam tak cakap apa-apa. Sampaikan saya rasa nak naik angin bila suami tak bela isteri sendiri.

"Saya takut nak balik kampung menghadap mereka," luahnya lagi menerusi Facebook Kisah Rumah Tangga.

Kata wanita itu, dia juga risau apabila ibu mentua meluahkan hasrat berkunjung ke rumahnya.

"Kami sewa rumah kecil je, takut dia mengata di belakang. Sebab rumah mak saya sendiri dia pernah mengata di kampung.

"Maklumlah rumah teres, dapur standard je. Bukan macam rumah dia di kampung," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, netizen di Facebook turut menyelar tindakan mentua dan ipar wanita itu yang bersikap suka menyindir.

Malah, netizen turut memberi nasihat agar wanita itu terus tabah berhadapan situasi berkenaan.


Sumber: mStar

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AKAZ85 12-4-2021 01:27 PM
Bahaya oii mulut mertua puaka ni.. Tak fikir ke ko buat kat anak org akan datang org wat lagi teruk kat anak ko.. Nak2 kak ipar jahat gak tu.. Choiiii
Quote hazzy0304 12-4-2021 01:40 PM
apa kau rasa kalau kena kat ank kau ...

orang lain buat kat anak kau gitu ..
Quote cahaya_emily 12-4-2021 01:54 PM
Kenapa harapkan laku bg duit kat parents dia?dia patut bg je duit pd parents dia tanpa perlu tunggu duit laki dia...mak mentua puaka mcm tu biasanya akan dpt balasan cash di dunia ni..
Quote glump 12-4-2021 02:00 PM
Ada mak mertua Tak bunyi dpn menantu tapi bercerita  bwk mulut mcm2 Kat anak yg lain...dapat anak( ipar) yg bengap cerita jadi entah apa2..Tak pasal rosak hubungan..hati2 lah jumpa orang gini.
Lagi satu jenis mak mertua yg manjakn anak lelaki..anak dia jerlh yang hebat,cermin sikit kot2 anak lelaki kau tu hebat pun sebab makan hasil bini..tu orang kata ..org tua nie tak mesti makin bijak ramai yang tua saja.so nak jadi bijak jangan terus ikut apa org tua kata heheh
Quote krustykrab 12-4-2021 02:24 PM
Pelik 9aku..knp nk harapkn laki ko bg duit kt mak ko? Ko la yg patut bagi sb ko keje...abg2 ko takde ke? Itu tanggungjawab diorg..
Quote krustykrab 12-4-2021 02:26 PM
glump replied at 12-4-2021 02:00 PM
Ada mak mertua Tak bunyi dpn menantu tapi bercerita  bwk mulut mcm2 Kat anak yg lain...dapat anak( i ...

Mil yg suka fitnah menantu pun ado..tak hairan la kalau menantu meluat nk dekat...
Quote Artemesiaa 12-4-2021 02:35 PM
Bila bukan menantu pilihan macam itulah jadinya
Quote lancome 12-4-2021 02:37 PM
memang wujud mertua mcm ni oiii, buruk2x kan menantu depan saudara mara, mmg nmpak jahat lah menantu ni,  diri sendiri pun xberapa nk betul
Quote epuepy 12-4-2021 03:05 PM
Seram nye dpt mertua from hell. Nasib la mertua aku sejenis x masuk campur sgt.
Quote krustykrab 12-4-2021 03:12 PM
lancome replied at 12-4-2021 02:37 PM
memang wujud mertua mcm ni oiii, buruk2x kan menantu depan saudara mara, mmg nmpak jahat lah menantu ...

Apa yg dia dpt duk burukkn menantu depan org pun tak tau la, x suka ka tgk rumahtangga anak2 bahagis....yg pasti solat mengaji purrrrrfect..naik haji berkali2..
Quote azie5zoe 12-4-2021 04:26 PM
krustykrab replied at 12-4-2021 02:24 PM
Pelik 9aku..knp nk harapkn laki ko bg duit kt mak ko? Ko la yg patut bagi sb ko keje...abg2 ko takde ...

Kaann..itu yang pelik tu, kenapa perempuan ni mesti berharap yang suami dia akan beri duit kepada orang tua dia? Kesian jugaklah kat laki dia macam tu..nak bagi mak bapak dia lagi, bagi mertua lagi bagi kat wife lagi..

Quote sepiITUindah 12-4-2021 04:33 PM
hidangkan jer ngan racun biawak
Quote blythes 12-4-2021 04:48 PM
Dia bagi tak duit kat mertua dia? Kata kerja, dah kenapa mengharap orang lain pulak bagi duit kat makpak sendiri
Quote Adrif 12-4-2021 05:16 PM
bila baca, aku pulak rasa something wrong dengan perempuan ni..

terutama part, bila luah kat suami, suami diam je. tak bela isteri sendiri.

laki tu, bila dapat tau maknya, dan isterinya, dua2 orang dia sayang kat dunia ni, tak sebulu,
nak expect dia cakap apa?? nak sedapkan hati boleh la.. tapi kalau nak ambil pihak, ada side pulak. tak elok la. takkan berkeluarga nak bermusuh-musuh.

very the hasanah
Quote hasniey 12-4-2021 09:22 PM
Ok ai paham la dia terasa laki dia xbela dia dpn mil.tp bab duit tuu...ermm...awak kata dua2 keje.gaji awak la yg bg kt parents awak.laki tu duit gaji dia dh bahagi 3.duit rmh.duit isteri.duit parents.menyewa rmh kecik.maksud nya gaji laki xde la beso puluh2 ribu sebulan.
Yg bab mil &sil sindir2 tu mmg nak kene ketuk pala laki dia.buat apa kawen kalau ko xnak protect isteri sendiri?
Quote ikanmasin 13-4-2021 03:05 AM
ko dah tau laki ko tak bg ko bg lah sendiri..tal payah kecik2 ati..sakit kan ati sendiri utk apa..
Quote Cece1234 13-4-2021 07:43 AM
Jadi pompuan ni yg penting jgn lemah..xyah nak syahdu2 kalo org sindir2..laserkan aje balik..
Quote Vellfire 13-4-2021 09:16 AM
sabar dan betabah jerlah...
mungkin tak selamanya dorang mcm tu..
esok2 dah tua sangat.. tak larat dah dorang tu

pasal duit tu kalo kita kerja.. kita jerlah yang bagi duit kat makpak kita
biarlah suami bagi duit kat makpak dia..
tu pun tanggungjawab suami jugak.. tanggungjawab anak kepada makpak
bantu setakat yang mampu sebab kan dah ada keluarga sendiri

suami tak masuk campur ni mungkin bersebab
nak jaga hati makpak.. hati isteri
itu pandangan aku

pernah kena mcm ni.. sabar jerlah.

Quote ais_kosong 13-4-2021 02:04 PM
Ada lagi ke mak mentua macam ni..
Kenapa la nak siksa menantu macam tu.
Hidup elok2 xboleh ke?

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.050478 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top