CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terbiar 28 Tahun, Akhirnya Highland Towers Bakal Dirobohkan

9-4-2021 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3243| Komen: 12

Kondominium Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Kelang yang terbiar selama 28 tahun, akhirnya bakal dirobohkan dalam masa terdekat.

Perkara itu diumumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin pada sidang media selepas merasmikan Kempen Sebuah Kehidupan di Ampang Glasshouse di sini, hari ini.


Menurutnya, lawatan kerja sudah dilakukan di tapak kondominium itu pada Selasa lalu sebelum proses seterusnya dilakukan.


Foto: Ihsan Unit Komunikasi Korporat KPKT

"Syukur, Alhamdulillah selepas 28 tahun kita berjaya menempuh semua proses perundangan yang terbabit dan ia (tapak) sudah boleh dibersihkan dan (bangunan) dirobohkan.

"Keputusan ini pastinya menjadi satu ketenangan kepada penduduk yang tinggal berhampirannya," katanya.

Zuraida berkata, pihaknya kini hanya menunggu kebenaran daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi memulakan aktiviti pembersihan tapak itu.

Sementara itu, dalam kenyataan, kementerian itu memaklumkan permohonan peruntukan RM8.9 juta untuk pengambilan tanah seluas 0.81 hektar di tapak itu sudah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

"Kerja-kerja perobohan bangunan sedia ada dan pembersihan kawasan akan dibuat selepas pembayaran pampasan tanah diselesaikan, dijangka dalam masa terdekat.

"Projek pembangunan yang bersesuaian akan dilaksanakan di tapak itu bagi mengoptimumkan penggunaan tanah sedia ada secara lebih efektif," katanya.

Pada September 2020, Zuraida mencadangkan tapak Highland Towers dibangunkan semula sebagai lokasi taman rekreasi memandangkan struktur tanah di kawasan terbabit tidak sesuai untuk pembinaan perumahan.

Highland Towers dikenali sususlan tragedi runtuhan satu daripada tiga blok kondominium itu pada 11 Disember 1993 yang meragut 48 nyawa.

Sejak itu, tapak berkenaan terbiar dan menjadi sarang penagihan dadah dan masalah sosial yang mengundang kurang senang penduduk setempat. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pxlbb 9-4-2021 12:49 PM
Tazabar nak dengar group demolition punya citer... contohnya tengah robohkan dinding tiba-tiba ada mayat tersepit menjerit minta bantuan..........
Quote Buritan 9-4-2021 12:53 PM
pxlbb replied at 9-4-2021 12:49 PM
Tazabar nak dengar group demolition punya citer... contohnya tengah robohkan dinding tiba-tiba ada m ...

Agak agak ade lg ke mangsa yg  tertimbus ekk..
Quote kakikuDibibirmu 9-4-2021 12:55 PM
Buritan replied at 9-4-2021 12:53 PM
Agak agak ade lg ke mangsa yg  tertimbus ekk..

Mangsa penagih dada yang tak sempat melarikan diri dari letupan dinamite
Quote Buritan 9-4-2021 12:56 PM
Kalo aku jd indon.. aku duduk je kat sini.. bersihkan pas tuu leh aku angkut koloni duk sini.. aku buat sewa.. air aku buat telaga.. elektrik pakai ajelaaa  lilin..
Quote Buritan 9-4-2021 12:57 PM
kakikuDibibirmu replied at 9-4-2021 12:55 PM
Mangsa penagih dada yang tak sempat melarikan diri dari letupan dinamite

Oo itu mangsa baru.. aku makdudkan mangsa 28 tahun dulu
Quote Artemesiaa 9-4-2021 01:00 PM
Dah banyak kali ulang berita tapi sampai sekarang masih ada
Quote salmon-suki 9-4-2021 01:19 PM
Best jgk ni..nk dgr kisah2 pekerja y dikacau pstu bangunan xdpt diruntuhkan sbb gangguan.. yelaa..bertahun dah kan jd tmpt jin brtandang...hehehee..dgn setan2 bagai.. kalau tanah still x elok lg,nti ada laa kejadian kedua..
Quote piao 9-4-2021 01:41 PM
dah ada

https://mforum1.cari.com.my/foru ... =1246277&extra=
Quote Xim 9-4-2021 02:17 PM
Boleh la merge dgn thread ni https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1246277

@CARI-MRO
Quote Mulotkoyak 9-4-2021 07:38 PM
So lpas ni jd Highland Park laaa kn... Buat ala-ala Japanese Garden gitchuuu di tgh kota keyell...
Quote ReginaGeorge 10-4-2021 12:10 PM
Berapa kos robohkan kondo ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.056973 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top