CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek 7 Cucu Bersengkang Mata Tengah Malam Sampai Ke Awal Pagi Buat FB Live

9-4-2021 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5505| Komen: 28

Georgetown: Status warga emas bukan halangan buat nenek tujuh cucu, Rosidah Ahmad bersengkang mata daripada tengah malam hingga awal pagi untuk mencari rezeki.

Kesungguhan Rosidah, 60 terbukti apabila gigih bersiaran langsung di Facebook (FB) dari jam 12 tengah malam hingga sebelum masuk waktu Subuh setiap hari untuk menjual pakaian terpakai.

Menariknya, Rosidah menjual pakaian itu dengan harga serendah RM1 dan RM3.


Foto: Harian Metro

Baru-baru ini, ibu lima anak itu mendapat perhatian netizen apabila kisahnya tular di laman sosial selepas seorang usahawan lelaki memborong pakaian jualannya dengan harga RM1,000 ketika bersiaran langsung pada malam Ahad lalu.


Sejak itu, perniagaan Rosidah semakin mendapat sambutan dalam kalangan pengikutnya di laman sosial.

Bercerita lanjut, Rosidah mengakui terharu dengan kesudian pembeli terbabit dan semua yang menyokong perniagaannya selama ini.

"Dulu, saya berniaga nasi lemak dan mula menjual pakaian terpakai menggunakan FB Live sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu kerana pergerakan yang terhad.

"Pada awalnya, saya hanya menjual semula baju terpakai yang dibeli di kedai dan peniaga lain.

"Sambutan ketika itu tidak memberangsangkan dan ada kalanya, tiada pembeli langsung dan hanya tiga atau lima saja yang menonton saya bersiaran langsung pada satu-satu masa," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Namun, Rosidah tidak berputus asa dan teruskan usahanya hingga perniagaannya diterima.

Lebih membuatkannya terharu apabila ada di antara pembelinya membuat pembelian dan meminta bantuannya untuk sedekahkan pakaian itu kepada yang memerlukan.

"Suami (Zainol Shaikh Arifin, 60) dan anak-anak ada memberi wang belanja, cuma saya suka berdikari mencari wang sendiri.

"Mereka pada mulanya tidak menggalakkan saya berniaga tetapi akhirnya akur dengan kehendak saya.

"Bagi saya, lebih puas membeli sesuatu dengan wang sendiri. Lagipun, saya enggan membebankan anak memandangkan mereka sudah berkeluarga serta ada tanggungan," katanya.

Rosidah juga mengakui pernah beberapa kali menjadi mangsa pembeli atau 'joy boyer' tetapi menganggapnya sebagai lumrah dalam berniaga, dan enggan terlalu memikirkannya kerana yakin dengan rezeki ditentukan Allah.

"Saya jenis suka bekerja, sejak anak masih kecil lagi saya sudah berniaga makanan seperti pisang goreng, bubur kacang dan nasi lemak.

"Kini, saya masih berniaga nasi lemak cuma mengambil tempahan daripada individu yang mahu menginfaqkan kepada masjid dan lain-lain.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki diberi Allah dan terima kasih kepada semua yang menyokong daripada dulu hingga kini.

"Saya tahu ramai kini terkesan malah anak-anak saya antara yang hilang pekerjaan dalam tempoh PKP tetapi saya yakin mereka terutama anak muda boleh mengharungi ujian itu asalkan terus berusaha," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 9-4-2021 08:13 AM
Jaga kesihatan nek
Mlm2 baik tido, tambah2 bila dah senja ni
Cari duit ni sampai bila pun xkan cukup
Esok2 bila dah sakit, lg berganda duit yg bakal keluar
Quote HoneyManjer 9-4-2021 08:47 AM
kan...rentua kena tidoq awai
Quote CARI-MRO 9-4-2021 09:13 AM
Georgetown: Status warga emas bukan halangan buat nenek tujuh cucu, Rosidah Ahmad bersengkang mata daripada tengah malam hingga awal pagi untuk mencari rezeki.


Kesungguhan Rosidah, 60 terbukti apabila gigih bersiaran langsung di Facebook (FB) dari jam 12 tengah malam hingga sebelum masuk waktu Subuh setiap hari untuk menjual pakaian terpakai.


Menariknya, Rosidah menjual pakaian itu dengan harga serendah RM1 dan RM3.




Foto: Harian Metro




Baru-baru ini, ibu lima anak itu mendapat perhatian netizen apabila kisahnya tular di laman sosial selepas seorang usahawan lelaki memborong pakaian jualannya dengan harga RM1,000 ketika bersiaran langsung pada malam Ahad lalu.


Sejak itu, perniagaan Rosidah semakin mendapat sambutan dalam kalangan pengikutnya di laman sosial.


Bercerita lanjut, Rosidah mengakui terharu dengan kesudian pembeli terbabit dan semua yang menyokong perniagaannya selama ini.


"Dulu, saya berniaga nasi lemak dan mula menjual pakaian terpakai menggunakan FB Live sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu kerana pergerakan yang terhad.


"ada awalnya, saya hanya menjual semula baju terpakai yang dibeli di kedai dan peniaga lain.


"Sambutan ketika itu tidak memberangsangkan dan ada kalanya, tiada pembeli langsung dan hanya tiga atau lima saja yang menonton saya bersiaran langsung pada satu-satu masa," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.


Namun, Rosidah tidak berputus asa dan teruskan usahanya hingga perniagaannya diterima.


Lebih membuatkannya terharu apabila ada di antara pembelinya membuat pembelian dan meminta bantuannya untuk sedekahkan pakaian itu kepada yang memerlukan.


"Suami (Zainol Shaikh Arifin, 60) dan anak-anak ada memberi wang belanja, cuma saya suka berdikari mencari wang sendiri.


"Mereka pada mulanya tidak menggalakkan saya berniaga tetapi akhirnya akur dengan kehendak saya.


"Bagi saya, lebih puas membeli sesuatu dengan wang sendiri. Lagipun, saya enggan membebankan anak memandangkan mereka sudah berkeluarga serta ada tanggungan," katanya.


Rosidah juga mengakui pernah beberapa kali menjadi mangsa pembeli atau 'joy boyer' tetapi menganggapnya sebagai lumrah dalam berniaga, dan enggan terlalu memikirkannya kerana yakin dengan rezeki ditentukan Allah.


"Saya jenis suka bekerja, sejak anak masih kecil lagi saya sudah berniaga makanan seperti pisang goreng, bubur kacang dan nasi lemak.


"Kini, saya masih berniaga nasi lemak cuma mengambil tempahan daripada individu yang mahu menginfaqkan kepada masjid dan lain-lain.


"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki diberi Allah dan terima kasih kepada semua yang menyokong daripada dulu hingga kini.


"Saya tahu ramai kini terkesan malah anak-anak saya antara yang hilang pekerjaan dalam tempoh PKP tetapi saya yakin mereka terutama anak muda boleh mengharungi ujian itu asalkan terus berusaha," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote MissyMolly 9-4-2021 09:15 AM
Terbaek nek!! Semoga sukses
Quote Nurulmira 9-4-2021 09:26 AM
semoga dipermudahkan aamiin
Quote diiyanazakaria 9-4-2021 09:43 AM
Aku respek gila org2 tua yg sanggup belajar bnda2 teknologi ni..bg aku xsenang utk belajar..even aku pn xreti sgt n mls hahaha
Quote ainonymous 9-4-2021 09:44 AM
sukacactus replied at 9-4-2021 08:13 AM
Jaga kesihatan nek
Mlm2 baik tido, tambah2 bila dah senja ni
Cari duit ni sampai bila pun xkan cuk ...

kannn setuju dgn chuols. nenek kena jaga kesihatan..kena cukup tidur.
tak payahlah live midnight.
Quote zehra2 9-4-2021 09:45 AM
ulat dalam batu pun boleh hidup kan nek..
yang penting usaha dan tidak  memudaratkan..
aku suka sikap org yg beli dan sedekahkan pakaian tu... rezeki  itu dikongsi..
di pagi jumaat yang mulia ni, aku doakan nenek di kurniakan rezeki yg melimpah ruah.. dan kesihatan yg baik jua.
Quote azimodin 9-4-2021 09:48 AM
Meanwhile sohai guna alasan rabun untuk goyang telor
Quote MissVixen 9-4-2021 09:54 AM
Bagusnya. Semoga dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik.. Orang tua selalu susah nak belajar pasal teknologi ni.
Quote sukacactus 9-4-2021 10:01 AM
ainonymous replied at 9-4-2021 09:44 AM
kannn setuju dgn chuols. nenek kena jaga kesihatan..kena cukup tidur.
tak payahlah live midnight ...

Aku imagine kalau nenek ni mak aku
Mmg aku potpetkan aje kalau gatal2 nak fb live bagai
Quote emera 9-4-2021 10:20 AM
Bagus makcik ni. Cakap siap2 yg anak2 dia ada bagi duit belanja & tak bagi berniaga. Tak de la org pitnah anak2 dia satgi. Dah hobi dia, ok la tu. Cuma makcik kena cukup tidur. Takut sakit sbb tak cukup tidur.
Quote Lylyna 9-4-2021 11:30 AM
Semoga rezeki nenek diperluaskan.
Quote Nana_Man 9-4-2021 11:40 AM
Power lah nek... tak semua org berani nk buat fb ig live
Quote Xim 9-4-2021 11:49 AM
Thread dah ada : https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1246312

Boleh la @CARI-MRO merge je dgn thread tu
Quote Artemesiaa 9-4-2021 11:50 AM
Bagus dia suka berniaga dan tak hanya berharap pada anak2.  Umur 60 belumlah tua sangat lagi.  Lagi pun golongan 60 tahun zaman sekarang kebanyakannya pandai je guna telephone pintar dan media social.  Hanya keadaan hidup buat dia nampak terlebih berusia.
Quote CiliPadiSedap 9-4-2021 03:21 PM
Kalau nenel.ni warga emas, tun tu warga apa? Dah umur 90an. Tp masih steady
Quote LadyCarefree 9-4-2021 04:21 PM
sukacactus: Jaga kesihatan nekMlm2 baik tido, tambah2 bila dah senja niCari duit ni sampai bila pun xkan cukupEsok2 bila dah sakit, lg berganda duit yg bakal kelu ...


Betul tu. Cukuplah hasven bg duit, anak pun ada bg duit. Selain tu kan ambik tempahan makanan. Kalau nak juga duit lagi, niaga je la di luar waktu tidur.
Quote ikanmasin 9-4-2021 04:38 PM
semoga dipermudahkan....

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.081223 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top