Insiden ini dikongsi seorang pengguna Facebook. Baca lanjut. Menurut individu tersebut, rider berkenaan telah menerima lapan tempahan makanan secara serentak di mana beliau terpaksa menunggu di restoran dari jam 6.30 petang sehingga jam 8 malam.
Restoran berkenaan kemudiannya memaklumkan kepada rider untuk menghantar dahulu dua tempahan makanan dan selebihnya dihantar sekali lagi pada trip kedua. Keadaan menjadi tegang apabila rider berkenaan memaklumkan prosedur FoodPanda yang memerlukan kesemua makanan perlu dihantar secara serentak. Semasa rider tersebut yang merupakan individu berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) membuat penjelasan, pemilik restoran berkenaan telah menamparnya. Insiden tersebut dirakam dan dimuat naik ke media sosial. Akibatnya, restoran berkenaan dikecam hebat warga maya. Meninjau ruang komen, dimaklumkan pemilik restoran ini telah memohon maaf atas keterlanjurannya. Walau bagaimanapun, kes ini tetap menarik perhatian pihak polis. Sudah lumrah manusia, walaupun ramai yang mengetahui maksud dan kelebihan bersabar, mereka sering lupa untuk mengamalkannya. Buruk akibatnya jika seseorang gagal mengawal tekanan, emosi dan perasaan sama ada ketika berdepan dalam situasi atau persekitaran sebegini. - CARI
|
tagas: Abam pulis sila bg penampaw seliparsedas duaWat u getu get back
mclaren replied at 8-4-2021 03:37 PM
Err sempena ramadhan yang mulia yang bakal menjelma sila tampar dengan selupar muslim friendly. ...
ADVERTISEMENT