Kredit foto: The Edge Markets
Tular baru-baru ini pemilik sebuah restoran di Kota Damansara menampar rider FoodPanda gara-gara gagal menyiapkan tempahan makanan.
Insiden ini dikongsi seorang pengguna Facebook. Baca lanjut.
Menurut individu tersebut, rider berkenaan telah menerima lapan tempahan makanan secara serentak di mana beliau terpaksa menunggu di restoran dari jam 6.30 petang sehingga jam 8 malam.
Restoran berkenaan kemudiannya memaklumkan kepada rider untuk menghantar dahulu dua tempahan makanan dan selebihnya dihantar sekali lagi pada trip kedua.
Kredit foto: Arie Yatie via Facebook FoodPanda Rider Malaysia
Keadaan menjadi tegang apabila rider berkenaan memaklumkan prosedur FoodPanda yang memerlukan kesemua makanan perlu dihantar secara serentak. Semasa rider tersebut yang merupakan individu berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) membuat penjelasan, pemilik restoran berkenaan telah menamparnya.
Insiden tersebut dirakam dan dimuat naik ke media sosial. Akibatnya, restoran berkenaan dikecam hebat warga maya.
Meninjau ruang komen, dimaklumkan pemilik restoran ini telah memohon maaf atas keterlanjurannya.
Kredit foto: Facebook FoodPanda Rider Malaysia
Walau bagaimanapun, kes ini tetap menarik perhatian pihak polis.
Sudah lumrah manusia, walaupun ramai yang mengetahui maksud dan kelebihan bersabar, mereka sering lupa untuk mengamalkannya. Buruk akibatnya jika seseorang gagal mengawal tekanan, emosi dan perasaan sama ada ketika berdepan dalam situasi atau persekitaran sebegini. - CARI |