Tular gerai soto di Dusun Boloh, Jawa Tengah selepas menjual hidangan itu dengan harga 1,000 rupiah (30sen) semangkuk. Sudahlah murah, diberi pula teh ais percuma. Pemiliknya, Sri Wahyuni seperti dilaporkan TribunNews berbuat demikian sebagai sedekah kepada pelanggan yang datang.
“Saya niat ingin bersedekah, dahulu saya sering sedekahkan hidangan ini di masjid. “Sekarang, sudah ada gerai jadi saya mulakan jualan soto 30 sen,” katanya kepada Kompas TV seperti dipetik Kosmo. Dia yang mesra disapa Yuni berkata, gerai sotonya sering dipenuhi pelanggan walaupun baru saja dibuka sebulan lalu. Yuni juga bermurah hati memberi isian tambahan sehingga lima mangkuk seorang dengan harga sama pada setiap pelanggannya yang berkunjung pada hari Jumaat. Syaratnya, mereka perlu makan di kedainya itu.
“Bayaran bagi isian tambahan adalah doa-doa yang ikhlas,” ujarnya. Sumber: Kosmo!
|
ADVERTISEMENT