CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Blogger Kumpul Derma RM308,170 Bayar Saman PM

6-4-2021 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1645| Komen: 0

Description: Seorang penulis blog mengutip dana hampir SGD100,000 (RM308,170) menerusi kempen derma online bagi membayar ganti rugi yang diperintahkan sebuah mahkamah Singapura selepas dia didapati bersalah memfit ...
Seorang penulis blog mengutip dana hampir SGD100,000 (RM308,170) menerusi kempen derma online bagi membayar ganti rugi yang diperintahkan sebuah mahkamah Singapura selepas dia didapati bersalah memfitnah Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menerusi perkongsian artikel di Facebook.


Leong Sze Hian disaman Hsien Loong selepas berkongsi artikel itu yang mengaitkan beliau dengan skandal dana 1MDB, lapor AFP.


Penulis blog Leong Sze Hian (kiri) diperintahkan membayar ganti rugi kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong (kanan) berhubung satu artikel yang mengaitkan perdana menteri itu dengan skandal 1MDB. -TODAY

Pengkritik-pengkritik berkata, kes itu merupakan contoh terbaharu pemerintah yang ingin menutup mulut mereka yang menyuarakan perasaan tidak puas hati di media sosial.

Mahkamah Singapura berpihak kepada Hsien Loong pada bulan lalu dan memerintahkan penulis blog itu membayar ganti rugi berjumlah SGD133,000 (RM409,889) tidak  termasuk kos lain yang akan ditentukan kelak.


Sze Hian melancarkan kutipan derma secara online dan sehingga semalam, lebih 2,000 orang menyumbang kepadanyanya selepas 11 hari.

“Kita telah sebanyak mengumpul SGD133,000, terima kasih kepada rakyat Singapura.

“Terima kasih kepada anda semua kerana menjadikan kita berani menghadapinya,” katanya di Facebook.

Artikel dikongsi Sze Hian yang asalnya diterbitkan sebuah portal berita Malaysia itu mendakwa bahawa Hsien Loong merupakan sasaran penyiasatan di Malaysia berhubung kes 1MDB.

Pemimpin-pemimpin Singapura kerap membawa pengkritik ke mahkamah termasuk seteru politik dan media dan menegaskan bahawa tindakan itu perlu bagi menjaga reputasi mereka.


Sumber: Kosmo!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.059930 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top