CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Baru 8 Bulan, Peminat Dah Minta Fasha Sandha Beranak Lagi

6-4-2021 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7097| Komen: 24

Wajah comel anak kepada pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz iaitu Aisha Amaira sering mencuri tumpuan pengikut di laman sosial.

Keletah dan gelagat bayi berusia lapan bulan ini menjadi perhatian peminat hinggakan ada yang meminta Fasha melahirkan lebih ramai lagi anak-anak yang comel.


Menjawab komen seorang pengikut di Instagram miliknya, Fasha, 37, berkata dia masih belum terfikir untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat.


via mstar

Namun, pelakon filem Anak Mami Kembali ini tidak menolak jika dikurniakan rezeki itu dalam tempoh masa dua atau tiga tahun lagi.

"Alamak! InsyaAllah tapi belum (masa) lagi la sis... Aisha masih kecil. Kasihan dia. InsyaAllah lagi dua, tiga tahun," katanya.


Fasha membalas komen seorang pengikut yang memintanya menambah cahaya mata baharu dalam masa terdekat.


Foto: mstar

"Fasha tolong beranak lagi... baby comel sungguh," tulis peminat tersebut.

Aisha Amaira Mohd Aidil dilahirkan pada 7 Ogos tahun lalu.


Foto: IG

Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan mendirikan rumah tangga dengan Aidil Aziz, 33, pada Mac 2019 dan ia merupakan perkahwinan kali kedua buatnya.

Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Madel 6-4-2021 10:37 AM
Anak dgn Aidil mmg comel cute tpi Fasha makin kepam makin gems dah sopa mcm mak dia
Quote Nana_Man 6-4-2021 10:45 AM
Beranak jer tahun dpn. Mcm sari yanti. Kalau umur early 30s tu takpe jgk nk tangguh2.
Quote Minami2013 6-4-2021 10:45 AM
Mmg comel aisha...
Quote nazzse 6-4-2021 11:02 AM
Betul, anak dia mmg comel. Elok baka fasha aidil ni.
Fasha pun makin kurus, makin lawa
Quote rezaremy 6-4-2021 11:17 AM
comelll baby fasha ...fasha pon cantikkk sangattt
Quote keds 6-4-2021 02:48 PM
Jujurnya baby ni comel sgt.
Quote JiEunTak 6-4-2021 02:57 PM
comei sungguh aisha amaira nih...
gebooooo...
fasha pun dah slim dah tgk latest pic..
tidak nampak berisi mcm mamasanda dah...
Quote lattehazelnut 6-4-2021 02:58 PM
Comel.. tp byk ikut ayah kan.. org ckap kalau camtu sejuk kan..
Quote Cik_jantung 6-4-2021 03:17 PM
lattehazelnut replied at 6-4-2021 02:58 PM
Comel.. tp byk ikut ayah kan.. org ckap kalau camtu sejuk kan..

Nak tahu sejuk ke tak kena tunggu dah besar... ramai je yg muka ikut ayah lari dari rumah ikut boboy.. hahaha

tapi anak dia yg ni mmg comel...
Quote ketambangkang 6-4-2021 03:27 PM
harap lepas ni fasha tak payah dh la sorok tanda lahir si rayfal tu..rengsa tgk rambut bdk tu fesyen gitu semata2 nak tutup tanda di dahi
Quote Cerminputih 6-4-2021 04:49 PM
Comeynya anak fasha. geram tgk
Quote mieymiey 6-4-2021 05:11 PM
Comey budak Aisha ni. Mak lawa bapak hensem, anak auto comey.
Quote Masukkeluar 6-4-2021 05:19 PM
bagus dia ni, ada anak comey tapi tak show off sgt. tak gigih pun nak buat ig anak..share pn kdg kdg je..
Quote noor2 6-4-2021 08:01 PM
Antara anak artis yg mmg lawa...anak cik ta dan anak fasha ni....lawa sungguh...
Quote Peaches113 6-4-2021 09:17 PM
comelnya aisha
Quote Sonneblume 6-4-2021 11:33 PM
Comel yg bongsu ni, tgk la apak dia juga.
Quote JalaEmas 6-4-2021 11:37 PM
seriuslh jemyma 5 thn?.. bkn sbye ank cheta ke?.. 7 thn.. aku duk ingt sebb ank aku pon sebatch dgn dorang.. hri bersalin pon tak jauh..
Quote virgo19 7-4-2021 08:07 AM
Aisha ni memang comel geboo sungguh, mata hidung mulut semua perfect, mcm anak patung. Tapi utk peminat yg suruh fasha beranak lagi sbb anak comel, kena hadam ya.. anak pertama comel, tak semestinya yg lain2 pun akan comel jugak ya. Tengok adik beradik fasha sudah, fasha sorang je yg lawoo.
Quote sukacactus 7-4-2021 08:14 AM
Mmg comel ank dia

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.333932 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top