Charlotte: Gara-gara curang dengan isteri, seorang lelaki di North Carolina, Amerika Syarikat (AS) sanggup melakukan hukuman berjalan di khalayak ramai dalam keadaan tanpa seurat benang.
Daily Star melaporkan perbuatan Michael Boatman bagaimanapun hanya menjerat dirinya apabila ditahan polis kerana berkelakuan tidak senonoh dan membawa rokok berisi ganja. Michael Boatman ditahan di New Cut Road dekat Spartanburg kira-kira jam 1 pagi, Khamis lalu. Ketika ditemui, Michael berjalan dan dalam keadaan hanya menutup alat sulitnya dengan plastik. Media tempatan, The Smoking Gun melaporkan Michael memberitahu polis yang dia sedang menjalani hukuman kerana bermain kayu tiga di belakang isterinya.
Pada awalnya, Micheal mengatakan tidak kisah jika dipenjara atas kesalahannya. Kemudian, Micheal melakukan cubaan melarikan diri, tetapi polis pantas bertindak menangkap dan menggarinya selepas lelaki itu terjatuh. Sheriff Daerah Spantanburg memaklumkan Boatman beberapa kali diminta meletakkan tangannya di punggung namun berdegil. Sebaik dimasukkan ke dalam kereta peronda, lelaki itu memberitahu dia akan cuba melarikan diri dari penjara dan meminta pegawai polis menembaknya kerana menganggap tiada hari esok untuknya. Bagaimanapun, polis tidak mengendahkannya dan Boatman akhirnya ditahan di penjara daerah atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh, memiliki ganja serta melawan polis. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT