Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan berumah tangga pasti ada pasang surutnya. Sekali sekala dilanda hujan dan badai akan tetapi kita perlu menempuhinya dengan tenang dan matang. Terbaru, seorang wanita meluahkan rasa terkilan dan terkejut selepas mengetahui suaminya pernah melanggan pelancur.
Kisah tersebut dikongsikan semula oleh pendakwah bebas, Akhi Fairuz Al Jengkawi di akaun Facebooknya. Segalanya terbongkar pada bulan Oktober 2018 yang lalu iaitu dua hari sebelum ulang tahun kelahiran suami wanita berkenaan. Wanita ini memaklumkan agak pelik kerana notification telefon bimbit suaminya asyik berbunyi tanpa henti. Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mengakui sikap suaminya berubah sejak wanita ini hamilkan anak pertama lagi. Si suami sering memarahi dan meninggikan suara terhadapnya.
Loading FB Post... Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini percaya semua yang berlaku adalah disebabkan ketagihan suaminya menonton video pornografi. Maklumnya lagi, hal ini sedikit sebanyak telah membuatkan dirinya mengalami masalah kemurungan sehingga terpaksa berjumpa dengan pakar psikiatrik. Tambahnya lagi, walaupun hidup di dalam satu rumah yang sama tetapi hubungan mereka tidak seperti keluarga lain. Si suami pun jarang bercakap dengan anak-anak. Loading FB Post... Sementara itu, wanita ini sempat memberi nasihat kepada orang ramai terutamanya suami ister supaya berkomunikasi dan berbincanglah dengan pasangan sekiranya mempunyai masalah dan jangan sesekali pendam. Sumber: OhBulan
|
gideoncross replied at 2-4-2021 10:50 PM
Aslkn brlaki ke? Klau laki dh jalang camtu, gi bunuh je, hbis crita. Kna tngkp lain crita aslkn dnda ...
insulin replied at 2-4-2021 11:37 PM
Marahnya kau ni. Kalau bunuh, berpanjangan pula ceritanya. Masuk lokap, dibicarakan tuduhan bunuh ...
naina replied at 2-4-2021 11:09 PM
Laki dah sampai berzina dengan betina pelacur plak tu nak tunggu apa. Terang teraniaya..cerai insyaA ...
Decaffeinated replied at 4-4-2021 10:40 AM
Orang pompuan ni mana rasa lagi sakit laki main pelacur ka kawin lain?
ADVERTISEMENT