CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Balun Anak Orang Dengan Helmet Sampai Parah Sebelum Maut Kemalangan

2-4-2021 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18898| Komen: 120

Description: Pelajar lelaki parah selepas dipukul individu tidak dikenali menggunakan topi keledar dalam satu kejadian di sebuah kedai di Sungai Tiram, dekat sini semalam.
Pelajar lelaki parah selepas dipukul individu tidak dikenali menggunakan topi keledar dalam satu kejadian di sebuah kedai di Sungai Tiram, dekat sini semalam.



MalaysiaGazette difahamkan mangsa, Iznur Hakim Mohd Nor, dipukul lelaki yang dilaporkan maut dalam satu kemalangan membabitkan empat kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Baru semalam.

Difahamkan, mangsa didatangi lelaki berusia 30 tahun yang tidak dikenalinya sebelum tiba-tiba dipukul menggunakan topi keledar.


Mangsa

Lelaki tersebut kemudian melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Suzuki Swift sebelum dilaporkan terbabit dalam kemalangan.


Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA. Anbalagan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Kita masih jalankan siasatan berhubung kejadian tersebut termasuk dakwaan lelaki yang terlibat dalam kemalangan merupakan suspek dalam kes terbabit.

“Kita minta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil bagi membantu siasatan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.



Kredit foto: FB

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • husie91

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 2-4-2021 03:06 PM
Uuu instant cash!
Quote noor2 2-4-2021 03:07 PM
Cashhhh....puas hati baca....
Quote dua_chzy 2-4-2021 03:09 PM
Ko acah2 nak bunuh diri ye after ran amok pukul budak? Tu yang pi langgar kereta orang sampai mampos? Pukul budak muda kurus pula itu. Apsal tak berani serang jantan bagak macam Jul Ripon?
Quote noor2 2-4-2021 03:11 PM
dua_chzy replied at 2-4-2021 03:09 PM
Ko acah2 nak bunuh diri ye after ran amok pukul budak? Tu yang pi langgar kereta orang sampai mampos ...

Moga ditunjuk muka penjahat tu...
Quote Boomibulat 2-4-2021 03:12 PM
[twitter]https://twitter.com/i/status/1377603145593843713[/twitter]
Quote dua_chzy 2-4-2021 03:13 PM
Boomibulat replied at 2-4-2021 03:12 PM

Ha tengok. Memang sengaja pi langgar kereta orang. Helok la Tuhan pun perkenankan ja ko mampos.
Quote dua_chzy 2-4-2021 03:15 PM
noor2 replied at 2-4-2021 03:11 PM
Moga ditunjuk muka penjahat tu...

Iyeap. Pehtu kita face shamekan aje biar dah mati pun. Selayaknya. Imagine if adik yang kena pukul muka  tu, anak kita. Gila lah.
Quote Boomibulat 2-4-2021 03:17 PM
dua_chzy replied at 2-4-2021 03:13 PM
Ha tengok. Memang sengaja pi langgar kereta orang. Helok la Tuhan pun perkenankan ja ko mampos.

Cash sgt..
[twitter]https://twitter.com/i/status/1377615736164716556[/twitter]

Quote Skuau 2-4-2021 03:17 PM
mengapa dia pukul budak tu pulok@isu yg belum dirungkai......
Quote dua_chzy 2-4-2021 03:23 PM
Boomibulat replied at 2-4-2021 03:17 PM
Cash sgt..

Syukur bukan motosikal yang kena langgar. Atau berlanggar head on dengan kereta lain. Celaka punya manusia. Nak mati dah pun sempat buat perangai celaka.
Quote nuralisa 2-4-2021 03:24 PM
Mati .. bagus pun
Tp keta org jd mangsa
Quote epuepy 2-4-2021 03:24 PM
Padan muka. Cash la. Lepas pukul anak org, dia pegi langgar laki bini naik moto. Dh la tgh pregnant. Dua2 meninggal.
Lps tu bwk mcm pelesit, rempuh keta org lain smpi sendiri kojol.
Ptut x yah tlg! Menyusah kan orf
Quote nuralisa 2-4-2021 03:25 PM
epuepy replied at 2-4-2021 03:24 PM
Padan muka. Cash la. Lepas pukul anak org, dia pegi langgar laki bini naik moto. Dh la tgh pregnant. ...

Allah .. mati laki bini tu ??
Sapa hayun ni ??
Quote dua_chzy 2-4-2021 03:25 PM
epuepy replied at 2-4-2021 03:24 PM
Padan muka. Cash la. Lepas pukul anak org, dia pegi langgar laki bini naik moto. Dh la tgh pregnant. ...

Ya ampun! Dia dah bunuh 2 orang lain rupanya! Eh syaitan apa ini?! Sangat celaka iya!
Quote Mulan 2-4-2021 03:27 PM
Astaghfirullahalazim

Gilanyaaaa...

Nak juga tahu knp jadi gitu
Quote malaygirl 2-4-2021 03:28 PM
Iols tengok video lepas kemalangan tu. Eh kenapa brader y tukang rakam tu? Sesuka hati je tuduh uncle bwk myvi tu mabuk n langgar lampu isyarat. Dah la xmenolong, sibuk merakam pastu bising2 plak fitnah org
Quote meow_tompok 2-4-2021 03:30 PM
mangsa2 bole claim tak dgn family penjahat tu
Quote epuepy 2-4-2021 03:33 PM
nuralisa replied at 2-4-2021 03:25 PM
Allah .. mati laki bini tu ??
Sapa hayun ni ??

Yup. Baca kt komen, fb Penang kini. Dia lari lepas pukul adik  kt atas ni. Dh kalut pi langgar laki bini naik moto.

Penumpang swift merah ni rasanye mati kt tempat kejadian, driver mati on the way gi Spital.
Quote kucingitam 2-4-2021 03:34 PM
takkan mabuk di siang hari..

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.058701 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top