CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

11 Buruh, Petani Kecil Mati Minum Arak Haram

2-4-2021 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1630| Komen: 1

Patna: Sebelas individu maut selepas minum arak haram di Bihar, wilayah paling miskin India, menurut pihak berkuasa negara itu pada Khamis.

Keluarga mangsa menyalahkan pihak berkuasa atas kematian itu yang dikaitkan dengan kegagalan mengekang kemasukan minuman keras secara haram.


Dilaporkan lapan orang meninggal dunia pada Rabu dan tiga lagi pada Khamis, sehari selepas penganjuran festival Holi yang menyaksikan pengambilan alkohol secara berleluasa.

Lima orang pula masih dirawat di hospital.


Gambar Hiasan, India Today

Mangsa didakwa mengalami sakit perut dan muntah sebelum meninggal dunia, selepas meminum arak berkenaan.


Kebanyakan mangsa bekerja sebagai buruh ladang dan petani kecil di kawasan pedalaman Bihar.

Pada Februari lalu, sekurang-kurangnya 10 maut kerana pengambilan minuman sama, yang menyebabkan keluarga mangsa melakukan protes di beberapa kampung yang menuduh kerajaan sengaja membenarkan penyeludupan arak berleluasa.

Menurut pihak berkuasa, alkohol buatan tempatan dianggap sebagai 'industri desa yang mampu menjana keuntungan tinggi' di kawasan pedalaman.

Lima bilion liter alkohol diambil penduduk negara itu dalam tempoh setahun dan 40 peratus daripadanya dihasilkan secara haram, berdasarkan laporan Menurut Persatuan Wine dan Spirit India. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shark_eow7 2-4-2021 02:43 PM
yaaa. mabuk dgn org negara ni mmg berpisah tiada..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.044057 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top