CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Nak Bayar Hutang- Palsukan Kematian Sendiri, Tanam Batang Pokok Dan Guni Dalam Kubur

2-4-2021 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1822| Komen: 3

Hanoi: Seorang wanita di Vietnam disiasat selepas disyaki memalsukan kematian dan mengadakan majlis pengebumian untuk dirinya pada 29 Mac lalu.

Vietnam Times melaporkan, Tran Thi Tuyen, 60, dari Soc Trang, wilayah selatan negara itu dipercayai melakukan perbuatan itu bagi mengelak daripada diburu pemiutang.

Ahli keluarga pada mulanya menyatakan bahawa wanita itu meninggalkan rumahnya di bandar Cu Lao Dung untuk berniaga di Kemboja.


Foto: Agensi/Harian Metro

Namun, Tuyen dilaporkan tidak dapat membayar balik hutang dan kemudian dibunuh oleh pemiutang.

Bagaimanapun, ia menimbulkan persoalan memandangkan tiada laporan kes itu diterima polis.


Siasatan polis sebaliknya mendapati anak lelakinya yang membawa ibunya ke wilayah Dong Thap yang jaraknya 130 kilometer (km) dari Soc Trang untuk membeli keranda.

Mereka ke sana sehari sebelum keluarga mengadakan 'upacara pengebumian' wanita berkenaan.

Wanita itu berkemungkinan cuba mengambil kesempatan kerana mengikut budaya masyarakat negara itu yang menderma wang kepada keluarga si mati.

Tetamu yang hadir ke majlis pengebumian lazimnya akan menyerahkan wang dan memasukkannya di dalam sampul disediakan keluarga si mati.

Sementara itu, portal Tuoi Tre pula melaporkan polis menerima laporan berhubung mayat seorang wanita yang dibawa pulang ke kampung dari kawasan penularan Covid-19 di Dong Thap berhampiran sempadan Kemboja. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 2-4-2021 08:57 AM
sblm along dtg bunuh, lbh baik aku 'bunuh' diri dulu


ini mcm pny org pun ada ka
Quote merrissa 2-4-2021 10:01 AM
ok la cara ni...cuma kene study lagi  supaya tak timbul syak wasangka AHAHAHHA
Quote cheekylala 2-4-2021 10:12 AM
haha gigih betul

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.266207 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top