|
Sebelum ini, tular video lamaran Engku Emran kepada kakak Neelofa iaitu Noor Nabila di atas sebuah belon udara panas. Aksi mesra pasangan ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Lain pula kisahnya apabila pelakon kacak Shukri Yahaya bergurau di IG Live kononnya ingin membawa bekas suami Nabila iaitu Sharnaaz Ahmad menaiki belon udara panas. Difahamkan, sedutan video dari Instagram Live Sharnaaz dan Shukri Yahya itu dimuat naik semula di TikTok oleh seorang individu dikenali sebagai Mohd Afeef. Dalam rakaman tersebut kelihatan kedua-dua pelakon ini berbual-bual dan tiba-tiba Shukri Yahya dengan nada bergurau memberitahu bahawa dia kononnya ingin membawa Sharnaaz menaiki belon udara panas.
Tidak terhenti di situ, Sharnaaz pun melayankan sahaja gurauan tersebut sambil bertanya kepada Shukri sama ada mahu memeluknya juga atau pun tidak. Sharnaaz kemudian menunjukkan reaksi geli dengan adegan tersebut. Meskipun mereka tidak menyebut nama mana-mana individu, tetapi kebanyakan netizen seakan sudah tahu siapakah gerangan yang mereka maksudkan. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur dan tidak kering gusi melihat gelagat dua sahabat baik ini. Sumber: OhBulan
|
de_ikea replied at 1-4-2021 04:30 PM
Iols tgok masa pkp 1.0 ada tu almost hari2 dua org berig live. Beribu viewer. Iols pun heran apa saj ...
malaygirl replied at 1-4-2021 04:41 PM
Yang last sekali tu sharnaz cakap....eeee babi sambil wat geli geleman hahahaha kelakor


bintangct replied at 1-4-2021 04:41 PM
dlm brave browser mmg xleh tgk tiktok ke? sape kena mcm ni? bila i klik play xde apa pun.. lps tu op ...

apedehal replied at 1-4-2021 04:53 PM
Hahha..ni baru best..bosan dgn benang lopa..kak nab pun da bg baeekk punya kat sanaz tu..guna ank bg ...

pas ni cari reputs leh ceduk dr tik tok plak..bkn per acik2 kat sini kurang jenguk tik tok ...kalu x asik dr ig or komen dr sana buat berita khuenss?.acik2 ade ig , so thrill lah sikit berita terciduk dr ig dah x bes ..
kakasotong2 replied at 1-4-2021 05:03 PM
Satu lg iols nk tanya. Aleesya panggil ratu apa ya bonda ke mama ke mummy? Sebab si kuembre bahasa ...
ADVERTISEMENT