CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Nak Buka Aib Sesiapa, Yang Penting Kami Bahagia" - Hannah Delisha

1-4-2021 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13634| Komen: 65

Pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha, 25, sekali lagi menegaskan hal berkaitan keluarga adalah hal privasi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.

Mahu menjaga aib, pelakon filem Langsuir ini bagaimanapun turut mengharapkan ramai agar mendoakan yang terbaik buatnya seisi keluarga.




“Sejujurnya bagi saya perkara yang berlaku terlalu peribadi, masalah keluarga. Cuma apa yang bezanya, saya seorang ‘public figure’.

“Saya percaya ramai lagi di luar sana yang ada masalah masing-masing. Mungkin bukan masalah keluarga tetapi mungkin ia melibatkan soal kewangan, peniagaan, perhubungan dan sebagainya. Tapi inilah masalah saya.

“Jadi saya tidak mahu buka aib sesiapa. Saya mahu menjaga mengenai hal tersebut. Yang penting kami bahagia.

“Apa yang boleh saya harapkan ialah mendoakan yang baik-baik. Jangan fikir negatif atau pun buat spekulasi sendiri. Kita semua ada masalah, cuma situasinya sahaja yang berbeza,” katanya kepada MH.



Kredit foto: IG Hannah

Suami Hannah, Imam Shah,32, reda dengan apa yang berlaku dan mereka saling menyokong di antara satu sama lain.

“Apa yang berlaku melibatkan kami bersama. Jadi suka atau tidak, kita sama-sama terima. Susah senang bersama, nak buat macam mana,” katanya.

Sementara itu, Hannah turut menjelaskan tiada banyak beza perubahan yang dialami selepas bergelar isteri, selain dia dan Imam saling melengkapi.

“Saya bersama suami sebelum masuk industri seni di Malaysia lagi. Kita pun sudah lama juga mengenali antara satu sama lain.

“Bila sudah sah bergelar suami isteri, antara bezanya ialah kami ada di antara satu sama lain setiap masa,” katanya.

Bercakap mengenai perancangan cahaya mata pula, pasangan tersebut tidak menolak andai dikurniakan rezeki zuriat selepas ini.

“Kami percaya kepada rezeki, tidak mahu merancang. Kalau ada rezeki, adalah. Tiada target yang tertentu. Kami pun sukakan kanak-kanak, terutamanya Imam,” kata Hannah.



Mac lalu, Hannah tampil membuat permohonan maaf selepas pelbagai kontroversi menghimpit dirinya sejak melangsungkan perkahwinan secara senyap dengan Imam, termasuk perkahwinan yang didakwa tidak direstui ibunya, Noor Ashikin Ahmad.


Sumber: Media Hiburan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missHaidiD 1-4-2021 04:16 PM
Aib sapa. Mak ko ke
Quote 3chanceno 1-4-2021 04:31 PM
Makin banyak spekulasi bila Hannah komen begini
Quote Normabaru 1-4-2021 04:41 PM
U mean.. Ur own aib is it? Ops
Quote lavendernovella 1-4-2021 05:02 PM
Yg iol perati apa2 isu , kalau orang dalam isu tu cantik jelita, hensem bergaya, tak jadi apa bende pun.

Cer kalau muka tak berapa lawa..... hahaha... {:smile
Quote missHaidiD 1-4-2021 05:22 PM
Aku slalu dgr ceramah2.  Ada ustaz dr indon kt walau kau himpun hrta seluruh dunia kt kaki mak ko pun ko tak kn dpt bls pengorbanan mak ko lahirkan ko, besarkan ko.  
Mak toxic mmg wujud tp buruk mana pun itu mak ko. Ko wajib taat pada dia. Wajib hormat.   Melainkn dia suruh ko buat perkara mungkar.  

Sorry aku tak suka org yg tak reti hormat mak yg melahirkan
Quote lavendernovella 1-4-2021 06:31 PM
missHaidiD: Aku slalu dgr ceramah2.  Ada ustaz dr indon kt walau kau himpun hrta seluruh dunia kt kaki mak ko pun ko tak kn dpt bls pengorbanan mak ko lahirkan ko ...


Yes. Iol dah byk kali jadi saksi depan mata kes2 sama macam ni, sedih. Padahal setiap kali kursus kawin , mesti ustaz2 ingatkan , nak mulakan hidup baru mesti minta restu orang tua. Byk kali diingatkan. Mana yg langgar tu ada ke yang kekal bahagia hingga akhir hayat?
Quote maxim 1-4-2021 07:04 PM
Retis cantik cmni mmg x elok la kita kecam

Lain la mcm siti sarah tu.. Die x buat pape pn mmg layak dikecam

Quote Moyangkucing 1-4-2021 07:06 PM
Raaa macam nak cili kan si hanah ni...
Quote BicaraHatiku 1-4-2021 10:16 PM
Moyangkucing replied at 1-4-2021 07:06 PM
Raaa macam nak cili kan si hanah ni...

Knp nok???
Quote tasha 1-4-2021 10:21 PM
Edited by tasha at 1-4-2021 10:23 PM
lavendernovella replied at 1-4-2021 05:02 PM
Yg iol perati apa2 isu , kalau orang dalam isu tu cantik jelita, hensem bergaya, tak jadi apa bende  ...


Kalau ct sarah berbakul2lah kena cerca...yg cantik cm hannah ni katanya kita doa yg baik2 saja
Quote Moyangkucing 1-4-2021 10:47 PM

Hehehe.. saja.........     sebab menyampah kot.. mentang2 dah pakai tudung, bajet suci sangat... tanak aibkan sesiapa konon...
Quote lavendernovella 1-4-2021 10:48 PM
tasha replied at 1-4-2021 10:21 PM
Kalau ct sarah berbakul2lah kena cerca...yg cantik cm hannah ni katanya kita doa yg baik2 saja

Yup, it happen kat apa2 isu pun, kalau cantik , kira settle. Kalau kurang cantik , abislah...

Sedih iol dgn situasi macam ni. Betapa untung jadi orang cantik ni. Apa2 mudah ajer...
Quote BicaraHatiku 1-4-2021 10:51 PM
Moyangkucing replied at 1-4-2021 10:47 PM
Hehehe.. saja.........     sebab menyampah kot.. mentang2 dah pakai tudung, bajet suci sangat... ...

Ye lah.. nk rebut Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith jugak kut
Quote Revo2k16 1-4-2021 10:54 PM
Hmmmm aku baru na minat kau... tp takpelah aku minat org lain pulakkk... K Tq
Quote gideoncross 1-4-2021 11:02 PM
lavendernovella replied at 1-4-2021 05:02 PM
Yg iol perati apa2 isu , kalau orang dalam isu tu cantik jelita, hensem bergaya, tak jadi apa bende  ...

Mcm kes PU Riz, prnh ada psl bebird pun org boleh lupa kn, lgi2 bila dh jdi laki Neelofa, lgi lh org mkin sanjung.
Quote lavendernovella 1-4-2021 11:35 PM
gideoncross replied at 1-4-2021 11:02 PM
Mcm kes PU Riz, prnh ada psl bebird pun org boleh lupa kn, lgi2 bila dh jdi laki Neelofa, lgi lh o ...

Manusia memang suka memandang luaran.
Quote shida81 1-4-2021 11:36 PM
Ko laki bini je la yg bahagia... Mak mkn ati
Mls nk ckp... Pandai2 la... Mak tu pun redha je la ank da kawen.. Sudah2 la kecik ati tu
Quote gideoncross 1-4-2021 11:48 PM
lavendernovella replied at 1-4-2021 11:35 PM
Manusia memang suka memandang luaran.

Tu lah kn? Hakikat yg trpksa d trima wlaupn pahit nk mmpus.
Quote Nurza 1-4-2021 11:49 PM
Seiras pasangan ni.. Tang mata sme..

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.072282 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top