Sering diajukan soalan mengenai anak, pelakon Mona Allen berkata dia masih belum terfikir untuk memiliki cahaya mata dalam masa terdekat ini. Mona atau nama sebenar Munna Haraneza Allen, 35, memberitahu dia perlu menyelesaikan beberapa tugasan lakonan sebelum fokus mengenai perancangan keluarga.
"Belum lagi, mana ada (hamil)... sekarang ini saya tengah dalam penggambaran drama episod panjang, jadi tak boleh nak ke arah itu. "Tahun depan baru boleh nak fikir mengenai perancangan keluarga. "Kita pun dah umur berapa... jadi selepas ini boleh fokus tentang keluarga pula," katanya kepada mStar. Mona ditemui selepas tayangan perdana filem Salina yang diadakan di mmCineplex, eCurve, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Mona mendirikan rumah tangga dengan aktor Pekin Ibrahim atau Mohd Iznan Ibrahim, 39, pada 7 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup.
|
maxim replied at 1-4-2021 09:48 AM
bukan ke dlu ada gosip yg die dh penah ada anak
dudaberhias replied at 1-4-2021 09:45 AM
Timang la cepat2, nanti dah tua2 nanti berisiko hokkeh.
Btw terus menopos iols tengok pekin tu. I ...
dudaberhias replied at 1-4-2021 01:45 AM
Timang la cepat2, nanti dah tua2 nanti berisiko hokkeh.
Btw terus menopos iols tengok pekin tu. I ...
dejure replied at 1-4-2021 10:06 AM
Ada..anak status x sah taraf..culture shock masa model celcom mata awak biru..
ADVERTISEMENT