CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ayie Floor 88 Harap Saham Tak Turun Lepas Berkahwin

30-3-2021 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4655| Komen: 13

Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham tidak menolak kemungkinan bakal melangsungkan perkahwinan bersama tunangnya, Tasha Awie pada tahun ini juga.

Menurut Ayie, segala perancangan tetap bergantung kepada situasi negara yang ketika ini sedang berperang dengan wabak pendemik Covid-19.


Foto: IG
“InsyaAllah kami akan melangsungkannya dalam tahun ini juga. Mengikut perancangan kami, majlis akan diadakan pada bulan Oktober atau November depan.

“Apapun, ia tetap bergantung kepada situasi pendemik yang melanda negara ketika ini. Kalau keadaan mengizinkan, kami akan adakan majlis.

“Buat masa sekarang kami belum merancang apa-apa lagi mengenai soal majlis,” katanya kepada MH.


Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah berkata sedemikian sewaktu ditemui media di Konsert Digital Jelajah Suria baru-baru ini.


Dalam pada itu, Ayie turut mendedahkan dia bersama tunangnya memilih untuk tidak terlalu memikirkan mengenai soal dugaan bertunang kerana beanggapan perkara tersebut hanya akan menjejaskan keharmonian hubungan mereka.

“Bercakap tentang dugaan ni, kalau kita terlalu fikirkan sangat, dia akan datang juga. Bagi saya dan tunang pula, kami dah cakap awal-awal yang kita tak perlu fikir pasal dugaan.

“Kami rasa kalau kami terlalu fikirkan sangat, dugaan itu akan datang sendiri. Buat masa sekarang, kami juga sedang fokus dengan bisnes kafe dan vendor di sebuah foodcourt milik anggota kumpulan Floor 88 juga.

“Kami tak nak fikir pasal dugaan sebab sesetengah orang selalu cakap dugaan bertunang ni berat. Jadi, kami kalau boleh nak elakkan daripada perkara tersebut,” jelasnya lagi.



Ketika ditanya adakah dia bimbang populariti Floor 88 dan dirinya akan merudum selepas berkahwin, ini reaksi balas yang disuarakan oleh penyanyi asal Sabah itu;

“InsyaAllah saya harap tidak akan jadilah perkara seperti itu. Saya harap mereka faham yang jodoh, pertemuan, ajal dan maut itu di tangan Allah..


“Mungkin ini jodoh saya dan kalau dipercepatkan Alhamdulillah. Saya harap anda semua dapat mendoakan kesejahteraan saya dan pasangan. Semoga apa yang kami rancang sama ada soal berkeluarga atau kerjaya, harapnya dapat dipermudahkan,” ujarnya.

Terdahulu, Ayie dan Tasha telah pun melangsungkan majlis pertunangan mereka pada tanggal 2 Januari lalu di sebuah premis acara di ibu negara. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote skinsandstars 30-3-2021 09:35 AM
Bro... seriously.
Quote bulalof 30-3-2021 10:06 AM
buat benda baik pun takut 'saham' turun?

so before this buat benda haram manjang tak pernah ada affect pada saham hidup ko?
Quote cikatilia 30-3-2021 10:06 AM
kalau  dah sendu
lantak la ko kawin ke apa tetap sendu
Quote LadyCarefree 30-3-2021 02:22 PM
Lagu mula2 oklah. Lepas tu macam sama je. Pastu aie ni kalau live ajak hauk. Cuma masa ajl tu persembahan effort bagus
Quote mamajawie 30-3-2021 07:57 PM
Dude, ang biaq betoi???muka ang tu bersepah kat chokit la hai..cringe giler ajet ensem..{:dot{:dot
Quote dudaberhias 30-3-2021 10:53 PM
iols yakin takkan turun sebab tak herlok pun ko dik...
lain la aliff aziz... dah masuk lokap... keluar lokap pun masih laku sebab herlok...
Quote exclusive_vvip 30-3-2021 10:58 PM
rasanya org minat sbb lagu..bukan sbb rupa vokalis..so no worries la..
Quote Aiiskenot 30-3-2021 11:25 PM
Ya allah siapa dia nii.. Aku x pernah tengok.. Raut pun ala2 je x yah la berangan kata turun saham. Hakak x kenal ko dikkkk..
Quote miznora 30-3-2021 11:25 PM
Bajet pulak saham ko tinggi
Erkkk
Quote surfin_net82 26-4-2021 12:20 PM
Aku baca xdak pun dia kata cmtu.. atas tu title author yang karang sendiri..
Aku salah pandang ke apa?

By the way.. xkenal pun hang
Quote Redmyvi 26-4-2021 01:43 PM
Dia ni mmg poyo skit budget ensem.. teringat lagi ada satu interview psl lagu zalikha tu.. depa tnya tak minat ka kt zalikha tu? dia kata awek dia berganda lg lawa...  ada jawab cmtu..
Quote nakkomenjugak 16-6-2021 07:35 AM
Wahhhhh konfiden sungguh ang macam ang jejantz jambu kpop! Takpe I respek konfiden uols tu.
Quote sleepandream 16-6-2021 10:06 AM
tulang betul heols... dah macam zamani pulok...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.076401 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top