CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Berkafan Dijumpai Di Tepi Jalan Bersama Bangkai Ayam

30-3-2021 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11963| Komen: 60

Orang awam yang melalui jalan KM57 Jalan Gerik-Kuala Kangsar berhampiran Kampung Lubok Merbau, Kuala Kangsar, dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki berbalut kain putih seperti kain kafan, pada pagi Isnin.


Mayat yang ditemui oleh orang awam pada pukul 10.15 pagi di tepi jalan itu turut dibalut dengan lapisan selimut bercorak kartun dan kanvas plastik, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman, siasatan awal mendapati mangsa dianggarkan berusia 40an itu dipercayai warga tempatan berdasarkan parut suntikan pada lengan kirinya.

Foto: Sinar Harian

"Mangsa yang memakai kemeja dan berseluar pendek dipercayai mati tidak kurang 36 jam sebelum ditemui di lokasi kejadian.


"Siasatan awal polis percaya lelaki itu mati di tempat lain sebelum dibuang di kawasan yang jauh daripada kejiranan itu," katanya.

Terdapat satu kesan luka di bahagian kanan kepala namun tidak dapat dipastikan punca luka tersebut, kata Anuar.

"Tiada kesan kecederaan lain ditemui pada bahagian badan mangsa selain tidak menemui dokumen pengenalan diri.

"Polis turut menemui bangkai ayam di samping mayat mangsa," katanya.

Anuar berkata, mayat dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

"Semakan terhadap laporan orang hilang akan dilakukan dengan segera bagi mengenal pasti identiti mangsa.

"Siasatan lanjut terhadap kes ini akan diteruskan berdasarkan beberapa bukti yang diperoleh di tempat kejadian," katanya sambil menambah, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga keputusan bedah siasat diperoleh. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Punat_button 29-3-2021 06:46 PM
dipercayai warga tempatan berdasarkan parut suntikan pada lengan kirinya


ada penjaga rumah mayat kabo, kalau nak tau ugama tengok sunat ka tak.

Quote notM 29-3-2021 06:53 PM
Kenapa Ada bangkai Ayam?

Kalah sabung Ayam ke
Quote jazaa100 29-3-2021 07:17 PM
notM replied at 29-3-2021 06:53 PM
Kenapa Ada bangkai Ayam?

Kalah sabung Ayam ke

tajam mata kau
Quote insulin 29-3-2021 07:19 PM
Ini memang pelik.
Quote mikasa 29-3-2021 07:26 PM
notM replied at 29-3-2021 06:53 PM
Kenapa Ada bangkai Ayam?

Kalah sabung Ayam ke

Ayam jantan atau betina tu
Quote notM 29-3-2021 07:40 PM
mikasa replied at 29-3-2021 07:26 PM
Ayam jantan atau betina tu

Ayam Dara


Quote slavehunter 29-3-2021 07:42 PM
Punat_button replied at 29-3-2021 06:46 PM
ada penjaga rumah mayat kabo, kalau nak tau ugama tengok sunat ka tak.

Tapi ramai jer non muslim bersunat jugak.
Quote slavehunter 29-3-2021 07:43 PM
Kesiannye John Doe, lagi misteri ada bangkai ayam, mangsa ritual ker?
Quote Cieejiee 29-3-2021 08:08 PM
Serammm...
Quote Eliadaisy83 29-3-2021 08:13 PM
Betul2 misteri...semoga si pelaku ditangkap cepat.
Quote mrsbale 29-3-2021 08:29 PM

Jalan utama means jalan besar biasa org duk lalu la kan
Quote tikusmontok 29-3-2021 08:34 PM
jazaa100 replied at 29-3-2021 07:17 PM
tajam mata kau

Polis turut menemui bangkai ayam di samping mayat mangsa," katanya

Tak baca ke sis
Quote Punat_button 29-3-2021 08:45 PM

" Polis turut menemui bangkai ayam di samping mayat mangsa," katanya.

kenapa dengan mata kau?


Quote Punat_button 29-3-2021 08:49 PM
slavehunter replied at 29-3-2021 07:42 PM
Tapi ramai jer non muslim bersunat jugak.

Ramai tu berapa?
Lelaki Malaysia dalam 15 juta


Quote haifawehbe 29-3-2021 08:51 PM
slavehunter replied at 29-3-2021 07:42 PM
Tapi ramai jer non muslim bersunat jugak.

ya mat saleh yg kristian pun ada yg bersunat..
Quote Lentera 29-3-2021 09:05 PM
Hrp2 ayam tu bkn mati sakit jantung sbb terserempak dgn mayat berkafan
Quote Cyempaka 29-3-2021 09:10 PM
Ada tengok gmbr xblur. Kepala dia mcm belubang. Ayam tu pulak kena ikat kaki. Kepala mcm  tercabut  
Muka dan kaler si mati macam india
Quote naina 29-3-2021 09:17 PM
Cyempaka replied at 29-3-2021 09:10 PM
Ada tengok gmbr xblur. Kepala dia mcm belubang. Ayam tu pulak kena ikat kaki. Kepala mcm  tercabut   ...

Tepek sini sis
Quote Cyempaka 29-3-2021 09:27 PM
Ntah jd ke tak aku tempek guna phone ni

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.082445 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top