CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

The Rock Tak Puas Hati Putera William Dinobat Lelaki Botak Paling Seksi

29-3-2021 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4247| Komen: 12

Bintang Hollywood, Dwayne Johnson atau The Rock tidak 'berpuas hati' apabila Google memilih kerabat diraja Britain, Putera William, 39, di tangga pertama senarai Lelaki Botak Paling Seksi Di Dunia, tahun ini.


Pelakon filem Jumanji itu memuat naik status di Twitter dan secara bergurau mengatakan dia mahu undian semula dilakukan pihak penganjur berikutan keputusan yang tidak boleh diterimanya itu.


Kredit foto: The Royal Family/Yahoo

"Bagaimana ia boleh berlaku. Saya mahu undian dikira semula," tulisnya sambil disertakan emoji senyuman.

Dalam senarai yang dikeluarkan itu, Putera William dipilih sebagai juara carta yang ditentukan menerusi jumlah carian terbanyak mengenai lelaki berimej botak di enjin carian Google.



Untuk tahun lalu saja, sebanyak 17.6 juta carian nama Putera William dicari pengguna Internet.

Legenda tinju dunia, Mike Tyson berada di tempat kedua diikuti pelakon Jason Statham di tempat ketiga, penyanyi Pitbull (4), bintang bola keranjang, Michael Jordan (5), bekas bintang tinju, Floyd Mayweather (6), pelakon John Travolta (7) dan Bruce Willis (8).

Johnson pula sekadar menduduki tempat kesembilan di depan pelakon Fast & Furious, Vin Diesel.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 29-3-2021 05:09 PM
tak puas ati...masuk gelanggang la....
Quote delia3003 29-3-2021 07:05 PM
Rasa P William ni kalau botak kan terus kepala tu lagi hensem.
Quote Cieejiee 29-3-2021 08:10 PM
Tak puas hati
Quote robinmosby 29-3-2021 08:21 PM
Aku pun tak puas hati LOL
Quote ReginaGeorge 29-3-2021 09:10 PM
Tak kacak pon.. Beshe2 jer
Quote djzara81 30-3-2021 06:48 AM
Prince William kecik2 dulu punyalah rambut lebat mcm his late mom. Dah genetic botak kuat blah bapak dia..tapi aku pon x setuju dia botak paling seksi. Tang mana seksinya
Quote mrs_salvatore 30-3-2021 09:30 AM
cubaan yestana nak pulihkan semula reputasi diorang tak berjaya nampaknye
Quote delia3003 30-3-2021 02:21 PM
djzara81 replied at 30-3-2021 06:48 AM
Prince William kecik2 dulu punyalah rambut lebat mcm his late mom. Dah genetic botak kuat blah bapak ...

Lelaki2 sebelah Diana pun ada genetik rambut botak, so, maybe ikut genetik sebelah mak jugak
Quote delia3003 30-3-2021 02:24 PM
mrs_salvatore replied at 30-3-2021 09:30 AM
cubaan yestana nak pulihkan semula reputasi diorang tak berjaya nampaknye


Reputasi diorang dah menurun semenjak kes Diana tapi masih gah berdiri lagi. Setakat harry dan bini dia tu, tak cukup kuat pun sbb persepsi pasal 2 orang tu pun divided, ada yang suka, ramai jugak yg tak suka, bukan disayangi ramai macam Diana.
Quote mrs_salvatore 31-3-2021 10:20 AM
delia3003 replied at 30-3-2021 02:24 PM
Reputasi diorang dah menurun semenjak kes Diana tapi masih gah berdiri lagi. Setakat harry dan b ...

nama die tetiba naik jadi lelaki botak paling seksi lepas tetiba je dia buat statement BRF tak racist. padahal prince phillips tu mulut takde insurans kot
Quote uori 1-4-2021 08:41 AM
kenapalah dia tak tanam rambut macam alip ajis kan
Quote anisanim 22-6-2021 01:54 PM
Keh keh keh... Sabo je..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.079456 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top