Masih hangat orang ramai memperkatakan mengenai berita perkahwinan pasangan selebriti terkenal, Noor Neelofa dan PU Riz yang kini ‘trending’ di laman sosial. Namun, selain dihujani ucapan tahniah, ada juga antara netizen tampil menulis komen negatif sehinggakan menimbulkan perasaan kurang senang pengguna media sosial lain. Beranggapan perkara itu tidak sepatutnya terjadi di hari bahagia seseorang, tidak kiralah selebriti ataupun bukan, pengarah Shahrulezad Mohamedin ataupun lebih dikenali sebagai budak Ijat tampil meluahkan rasa kesal dengan sikap mereka yang kekurangan adab dalam memberi komen. Ijat dalam pada itu turut berkata bahawa lebih baik mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut daripada berkata yang bukan-bukan dan negatif berbaur hasad dengki. Sumber: BeautifulNara
|
skinsandstars replied at 29-3-2021 01:32 PM
Budak ijat ni siapa sebenarnya?
AshkieLa replied at 29-3-2021 02:16 PM
then.. why you pulak yang bitter dengan those girls?
who are youss nak kecoh acah2 hati putih? :lol ...
AshkieLa replied at 29-3-2021 06:16 AM
then.. why you pulak yang bitter dengan those girls?
who are youss nak kecoh acah2 hati putih? :lol ...
easy81 replied at 29-3-2021 02:30 PM
Die ni kuat sentap jugak bile org komen citer. Laki kuat sentap ni selalunya ehem2.
ADVERTISEMENT