Masih hangat orang ramai memperkatakan mengenai berita perkahwinan pasangan selebriti terkenal, Noor Neelofa dan PU Riz yang kini ‘trending’ di laman sosial.
 Kredit foto: IG Budak Ijat
Namun, selain dihujani ucapan tahniah, ada juga antara netizen tampil menulis komen negatif sehinggakan menimbulkan perasaan kurang senang pengguna media sosial lain.
Beranggapan perkara itu tidak sepatutnya terjadi di hari bahagia seseorang, tidak kiralah selebriti ataupun bukan, pengarah Shahrulezad Mohamedin ataupun lebih dikenali sebagai budak Ijat tampil meluahkan rasa kesal dengan sikap mereka yang kekurangan adab dalam memberi komen.
 Kredit foto: IG Budak Ijat
Ijat dalam pada itu turut berkata bahawa lebih baik mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut daripada berkata yang bukan-bukan dan negatif berbaur hasad dengki.
Sumber: BeautifulNara |