CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bunuh Tikus Tapi Dituduh Berseronok Pula, Apa Masalahnya?

28-3-2021 11:10 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4784| Komen: 24|Original author: Cari-Azza






Haiwan perosak seperti tikus, lipas, lalat, cicak dan semut dibolehkan untuk dibunuh kerana mudaratnya yang lebih besar berbanding kebaikan.

Bagaimanapun, apabila ada yang menyatakan tindakan manusia yang 'membunuh' haiwan tersebut atas dasar keseronokan, ianya membangkit ketidakpuashatian netizen.

Jadi, nak biarkan tikus bermaharajalela ke macam mana?



Foto :Twitter


Bersandarkan kata-kata bahawa tikus hanyalah mencari makanan, jadi mereka tidak perlu mati untuk kepentingan manusia dilihat tidak matang. Nama pun haiwan perosak, mereka akan membiak hingga merosakkan alam sekitar.

Foto : Twitter

Selain itu, tikus juga dikenali sebagai punca kepada penularan virus dan bakteria yang berbahaya kepada kesihatan manusia. Antara yang popular ialah kencing tikus yang telah mengorbankan ramai mangsa sebelum ini.

Namun, fakta tersebut tidak mampu mengubah pendiriannya.

Foto : Twitter
Foto : Twitter


Bagi netizen, pendapat sebegitu mungkin kerana dia tidak pernah terlibat dengan isu haiwan perosak. Bayangkan tikus yang merosakkan perabot, barang peribadi malahan pernah membuatkan stesen minyak tidak boleh beroperasi kerana wayar kabel digigitnya.

Jadi, adakah kita perlu meraikan pendapat aneh seperti ini? - CARI





Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 28-3-2021 12:25 PM
Rumah famili ai mmg byk sgt tikus...psg la perangkap setiap hari...jarang la kosong.tp xprnah abes tikus2 tu...sbb diorg dtg dr kebun.rumah kg biasa laa...blkg kebun.tepi kebun.
Bukan sbb kotor sgt pon...mmg abes perabot kene gigit.kdg senyap kejap.lepastu kang mengganas balik...kalau simpan brg dlm almari pon kene tgok2... tiba2 kang blkg almari dh rompong...dia dh mmbiak dlm tu kita xperasan
Quote krustykrab 28-3-2021 01:14 PM
Tangkap tikus byk2 gi htr rumah minah tu...bodo dah nama pun haiwan perosak, pembawa virus..bunuh la utk control..
Quote sarah82 28-3-2021 01:31 PM
hasniey replied at 28-3-2021 12:25 PM
Rumah famili ai mmg byk sgt tikus...psg la perangkap setiap hari...jarang la kosong.tp xprnah abes t ...

Cuba check kat pintu.. Ruang antara pintu dan lantai boleh masuk pen tak? Kalau boleh masuk.. Kena boleh door seal/door gap.. Lps tu tgk ada ruang/jln tikus masuk? Kalau ada tutup..
Quote Belibis 28-3-2021 01:36 PM
hasniey: Rumah famili ai mmg byk sgt tikus...psg la perangkap setiap hari...jarang la kosong.tp xprnah abes tikus2 tu...sbb diorg dtg dr kebun.rumah kg biasa l ...

Bela kucing,insya Allah setel.jangan bela kucing mahal yang gebu dan gumuk tu.cari baka kampung jer .baka gebu tu ngabihkan cikedis jer.kuat tido.
Quote ReginaGeorge 28-3-2021 01:46 PM
Nanti akak seru satu perumahan ni tangkap tukus hantar kat rumah dia. Boleh la dia belai manja hewan perosak ni {:good
Quote Supersirap 28-3-2021 02:05 PM
Geli juga apabila melihat tikus di dalam longkang
Quote sharlenetexas 28-3-2021 02:49 PM
Budak ni acah2 pencinta haiwan. Tikus ni pembawa penyakit. Air kencing bahaya boleh sebabkan kematian. Bangkai tikus busuk giler. Budak ni boleh tahan hidu takpe lah.

Quote Buritan 28-3-2021 06:05 PM
ReginaGeorge: Nanti akak seru satu perumahan ni tangkap tukus hantar kat rumah dia. Boleh la dia belai manja hewan perosak ni {:good



Ye betul.. kucing aku.. tikus lalu tepi dia.. dia lari.. koh koh.. bodoh punya kucing
Quote salmon-suki 28-3-2021 06:24 PM
krustykrab: Tangkap tikus byk2 gi htr rumah minah tu...bodo dah nama pun haiwan perosak, pembawa virus..bunuh la utk control..


Ai setuju sgt2!! Sesuka hati ckp bunuh sesuka hati..dia mmg bodoh ke apa..dia xtaw kot byk penyakit merbahaya dtg drpd tikus..elok org mcm ni diberi mkn tikus n bg duduk dgn tikus..
Quote Cieejiee 28-3-2021 10:25 PM
Geli lah...
Quote Orix 28-3-2021 10:31 PM
Eh tikus pernah membuatkan iols naik darah di rumah sewa ms study dlu... siap makan makanan2 iols, kencing dalam drawer meja iols... yiiihhhh... ms tu tgah kecoh psal kencing tikus org mati seriau iols ms tu smpi jemur drawer tgah panas n duk spray dettol smpai hilang bau
Quote shop_girl 28-3-2021 10:48 PM
Another 'woke' BBNU ke ni??
Quote AyaqMeloSuam 28-3-2021 11:36 PM
Mari kita ramai2 doakan semoga tikus2 ni berlindung dirumah beliau dr tgn2 durjana spt yg beliau nyatakan membunuh tikus2 tersebut. Ni doa yg baikkan.. sb beliau pencinta tikus2.
Nisfu syaaban ni selalunya doa dimakbulkn.
Quote CiliPadiSedap 29-3-2021 01:00 AM
Kt shopee ada jual ruang tutup pintu dan lantai . Kat lazada ada jual tp seller tu ambil dari shopee juga kan? Supplier mainland kan?

Jadi lah pengguna bijak berbelanja jimat anda hebat

- Pesanan ini di taja madu jusa C friska.
- Minum madu anda sihat, hidup bermadu anda di ganyang
#Madu2GanyangJusaC
Quote user.name 29-3-2021 01:17 AM
kosseerrr. ko spesis herbivor ke pon dekk? entah2 ko pon hari2 melantak daging haiwan ikan udang segala tu takde pulak ko pikir haiwan tu mati dibunuh feel pain bagai? lepas tu acah2 i wont kill it apoooo
Quote krustykrab 29-3-2021 10:31 AM
sharlenetexas replied at 28-3-2021 02:49 PM
Budak ni acah2 pencinta haiwan. Tikus ni pembawa penyakit. Air kencing bahaya boleh sebabkan kematia ...

Tu lah pasal...even org pi mandi kt sungai pun blh kna kencing tikus..bodo punya pompuan, saja mengundang
Quote Nnasda53 29-3-2021 10:32 AM
Nama pun haiwan perosak.
Harap budak tu duduk la bersama tikus jangan bersama manusia.
Quote haryatie 29-3-2021 10:57 AM
macam2
tak senang duduk aku kalau umah ada tikus
selagi tikus tu x pergi/mati selagi itu la hati x tenteram n tenang
lg pun tikus tu kn bwak penyakit
x kan nak hidup bersama tikus pulak
Quote Artemesiaa 29-3-2021 01:39 PM
Haiwan perosak kot bukan haiwan terancam kepupusannya

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.034533 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top