Terkejut! Itulah perasaan yang dapat digambarkan oleh penyokong pasangan duo AF2013, Azhael, apabila nama mereka diumumkan sebagai peserta yang tesingkir pada peringkat separuh akhir. Keputusan mengejutkan itu telah diumumkan oleh pengacara AF, Zizan Razak dan sekaligus mengumumkan nama finalis yang tinggal iaitu Faizul, Aisyah, Indah, Amira dan Nabila. Ramai yang tidak menyangka keputusan undian Azhael adalah yang terendah kerana meraka sebelum ini adalah salah seorang peserta pilihan juri dan sering memberikan persembahan terbaik. Azhael yang dianggotai oleh dua orang anak muda iaitu Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi telah menyampaikan dua buah lagu iaitu ‘Lelaki Ini’ nyanyian asal oleh Anuar Zain dan ‘Kembali Merindu’ nyanyian asal oleh Slam.
|
ADVERTISEMENT