CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Ayda Jebat Disangka Wawa Zainal Tak Bertudung

12-11-2013 04:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 39643| Komen: 119



Semakin hari, nama pasangan selebriti iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal semakin mencuri perhatian para peminat industri hiburan tempatan.

Jika minggu lepas, Aeril didakwa pernah berkahwin dengan pelakon drama bersiri Nur Kasih, Ummi Nazera, akan tetapi tiga hari lepas, Wawa pula didakwa telah membuka semula tudungnya semata-mata untuk mengikuti penggambaran drama bersiri Aku Ada Wali di Seoul, Korea.

Isu tersebut timbul apabila peminat melihat sekeping foto yang dikongsikan oleh pelakon, Siti Saleha di laman sosialnya dengan caption berbunyi :

Early morning shoot. This is the street where they shot the gangnam MV. Lol. #kto #avon #tsarproduction#seoul.





Menerusi foto tersebut, terdapat seorang pelakon wanita yang berada di samping Saleha dilihat saling tak tumpah seperti Wawa, sehingga perkara tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan pengikut laman sosial Siti Saleha.

Rata-rata peminat telah melahirkan rasa terkejut apabila melihat Wawa membuka semula tudungnya.

Namun begitu, beberapa orang peminat telah membetulkan semula tanggapan negatif tersebut dengan menjelaskan bahawa pelakon yang berada di samping Saleha sebenarnya bukanlah Wawa Zainal, tetapi wanita itu adalah bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-9 yang dikenali sebagai Ayda Jebat




Untuk makluman, isu wajah seiras yang dimiliki oleh Ayda dan Wawa bukanlah satu perkara baru. Sekitar bulan September tahun lepas, Ayda pernah melahirkan rasa rimas apabila ramai peminat menganggap dirinya Wawa dan menafikan dakwaan kononnya dia klon kepada aktres tersebut.

1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kassim_Patalon 12-11-2013 11:17 AM
jangan aeril zafrel tersalah celup pulak ya, pelanduk dua serupa
Quote caplimau 12-11-2013 11:18 AM
wawa ade lesung batu la.. hehehehehehehe
Quote tapibukanaku 12-11-2013 11:18 AM







Quote ais_kosong 12-11-2013 11:20 AM
nama kemain lagi..
Quote vv2005 12-11-2013 11:21 AM
macam pernah baca..wawa pun bukan 100% BERTUDUNG kannnn
Quote CikE 12-11-2013 11:29 AM
tapibukanaku posted on 12-11-2013 11:18 AM

oo dia ni kakak fina AF9 tu kan...kira replacement..kakak kuar adik serap masuk masa tu
dulu timbul isu ni sampai dia rimas katanyaa...tapi mmg iras dan sebijik muka dia dgn wawa zainal...nmpak mcm adik beradik
Quote newyork 12-11-2013 11:31 AM
la mcm wawa..tadak lesung pipt ja
Quote reenz013 12-11-2013 11:33 AM
mcm sama je mcm sama je
Quote tapibukanaku 12-11-2013 11:33 AM
CikE posted on 12-11-2013 11:29 AM
oo dia ni kakak fina AF9 tu kan...kira replacement..kakak kuar adik serap masuk masa tu
dul ...



Bekas finalis AF9 tidak mahu dikaitkan dengan gosip mengaitkan rakannya sendiri

SAKIT hatinya bukan kepalang apabila dituduh mengada-adakan cerita. Tak semena-mena namanya menjadi busuk apabila didakwa bermulut celupar kerana menyampaikan cerita tidak betul sehingga memalukan banyak pihak.

Lebih membuatkan pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim ke-9 ini berang adalah apabila dirinya turut dianggap sebagai penyanyi baru bermasalah kerana bersikap mengada-ngada sewaktu sesi fotografi bersama finalis AF9 suatu waktu dulu.


Menurut Nur Syafinaz Jebat atau Fina ketika dihubungi Hip, dia terkejut apabila dikatakan menjadi penyebab tersebarnya gosip yang menuduh dua finalis lain melakukan perbuatan tidak senonoh ketika menjalani penggambaran di sebuah pulau baru-baru ini.

Jelas Fina, walaupun mengaku ada terlihat sesuatu namun biarlah perkara itu menjadi rahsia dalam hidupnya dan seboleh mungkin dia tidak mahu terbabit dalam apa juga perkara yang boleh merosakkan masa depannya untuk menjadi seorang artis yang berjaya.

Hip: Betulkah Fina yang menyebarkan gosip mengaibkan dua finalis seperti yang ditulis dalam akhbar sisipan B*POP minggu lalu?

Fina:
Percayalah, Fina sendiri terkejut apabila dikaitkan dengan penyebaran gosip itu. Fina tahu pasal cerita itu pun selepas emak Fina menelefon sambil marah-marah kerana dia tak suka dengan apa yang Fina lakukan. Malam itu juga Fina ke kedai membeli surat khabar untuk melihat cerita apa yang ditulis mengenai diri Fina sehingga emak menjadi begitu marah sekali. Untuk apa Fina menyebarkan cerita yang mengaibkan orang lain. Fina masih baru dalam bidang ini dan tak mahu cerita seperti memberikan gambaran buruk pada masyarakat.
Hip: Apakah benar Fina ternampak sesuatu seperti yang dinyatakan dalam beberapa gosip yang sama sebelum ini?

Fina:
Fina memang ada ternampak kejadian itu. Itupun secara tidak sengaja. Tapi ia tidaklah seperti yang dinyatakan dalam gosip ini. Cuma pada Fina, apa yang berlaku waktu itu memang tidak manis. Bagaimanapun, Fina simpan saja dalam hati dan tidak membocorkan pada sesiapa kecuali kakak Fina, Aida. Cuma pelik, tiba-tiba pihak produksi telefon Fina marah-marah dan bertanya kenapa Fina merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan mereka. Bukan Fina mahu merahsiakan tetapi tidak mahu terbabit dalam perkara ini dan tak mahu persahabatan kami keruh jika perkara ini tersebar. Dalam pada berahsia itu tiba-tiba terbongkar juga, tapi versi cerita berbeza dan kebanyakannya menyalahkan Fina kerana menjadi puncanya.

Hip: Bagaimana dengan pihak yang menjadi mangsa itu? Ada bersemuka dengan Fina?
Fina: Itulah yang membuatkan Fina hairan. Selepas kejadian itu, Fina ada juga terserempak dengan dia tapi reaksi yang diberikan biasa saja. Fina tunggu juga jika dia mahu bertanyakan mengenai gosip itu. Sebaliknya dia hanya senyum saja. Kalau betul saya bersalah, kenapa tak selesaikan perkara ini di situ juga. Fina bukan nak memperbesarkan perkara ini tetapi sekadar mahu membersihkan nama. Tak mahu orang melihat Fina sebagai penyanyi baru bermulut jahat.

Hip: Apakah tindakan pihak pengurusan Fina untuk menjernihkan situasi ini. Hubungan Fina dengan finalis berkenaan bagaimana?

Fina:
Setakat ini tiada apa-apa tindakan daripada pihak pengurusan. Bagi Fina, mana yang boleh diselesaikan, Fina selesaikan sendiri. Fina lebih suka jika ada pihak yang bertanya sendiri pada Fina kejadian sebenar yang berlaku. Apa yang berlaku ini Fina anggap sebagai pengalaman yang mematangkan diri. Mengenai hubungan Fina dengan finalis berkenaan, kami biasa saja. Cuma sejak kebelakangan ini Fina jarang dapat bertemu dengan mereka kerana masing-masing sibuk dengan jadual sendiri.

Hip: Mengenai dakwaan Fina yang bersikap mengada-ngada ketika sesi fotografi?

Fina:
Itulah, Fina sendiri terkejut apabila dikatakan buat muka ketika sesi fotografi. Sebenarnya waktu itu, Fina diminta untuk posing dalam keadaan tidak memandang kamera. Fina cuba lakukan yang terbaik tapi biasalah, baru nak belajar bergaya depan kamera. Banyak kesilapan yang berlaku. Fina tak marah dengan teguran itu kerana Fina tahu baru belajar dan perlu berdepan dengan kritikan. Insya-Allah, segala teguran yang datang akan Fina jadikan panduan untuk mengejar kejayaan pada masa hadapan.
Quote papadomku 12-11-2013 11:36 AM
comel mcm wawa jugak
Quote amikie 12-11-2013 11:40 AM
seiras cuma Wawa lebih cantik..
Quote maxim 12-11-2013 11:41 AM
ada iras2 @myralupilato
Quote nurfariezza 12-11-2013 11:45 AM
ehh....same la...
silap2, nnt jd artis mig plak...
Quote AbukRokok 12-11-2013 11:53 AM
ada harapan ni...wawa zainal ku dikebas monyet
dapat wawa clone ni jadi la
Quote ribena84 12-11-2013 11:54 AM
yuppp iras gilerrr..tapi wawa de lesung pipit
Quote cikatilia 12-11-2013 11:55 AM
eh mmg sama la plak
Jebat?
hueh hueh


Quote tapibukanaku 12-11-2013 11:58 AM
ribena84 posted on 12-11-2013 11:54 AM
yuppp iras gilerrr..tapi wawa de lesung pipit

tapi ada masa tak sama




Quote tapibukanaku 12-11-2013 11:58 AM



Quote tapibukanaku 12-11-2013 11:59 AM
tapi masa kemalangan tak nampak cam wawa pun






Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.200233 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top