Selalu dengar cerita yang pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli politik di Malaysia kaya raya dan mewah, tapi macam tak pernah tengok pun rumahnya. Jom kita lihat rumah mereka. 1) Datuk Seri Najib Tun Razak Populariti Datuk Seri Najib Tun Razak semakin meningkat walaupun beliau bukan lagi menjawat jawatan Perdana Menteri. Najib Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-6, dan pernah berkhidmat sebagai bekas Menteri Kewangan.
Mempunyai kediaman di Langgak Duta, rumah ini beberapa kali menjadi tumpuan media berikutan beberapa kes berprofil tinggi yang dikaitkan dengan beliau. 2) Dr. Mohamad Khir Toyo Merupakan bekas Menteri Besar Selangor ke-13. Beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Besar mulai tahun 2000 hingga tahun 2008. Rumah ini menjadi bualan kerana dikhabarkan rumah ini harganya sangat mahal melebihi kemampuan beliau sebagai menteri besar. Banglo mewah yang didakwa bernilai RM24 juta ini tersergam indah macam istana. 3) Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr Mahathir Anak ke-5 bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali ni pernah menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia antara tahun 2009 dan 2013 dan juga Menteri Besar Kedah. Besar dan mempunyai kolam renang. Bayangkan dapat buat rumah terbuka cam kat bawah ni, tepi kolam renang lagi. 4) Lim Guan Eng Bekas Menteri Kewangan Malaysia dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang. Lim Guan Eng juga dikaitkan dengan kes membeli rumah di bawah harga pasaran di Georgetown. Harga rumah ini dikhabarkan kurang dari RM 5 juta. Namun boleh tahan cantik dan gah juga. 5) Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim Rumah ahli politik seterusnya ialah Tan Sri Khalid Ibrahim adalah bekas Menteri Besar Selangor ke-14 yang menggantikan Khir Toyo. Rekaan yang ala-ala rumah tradisional tapi moden tu. Khabarnya rumah ini bernilai RM16 juta. 6) Tan Sri Abdul Taib Mahmud Merupakan mantan Ketua Menteri Sarawak yang ke-4 dan juga Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ke-7. Ahli politik ini turut terkenal dengan kekayaannya. Lihat saja rumah mewah miliknya ini yang terletak di persisiran air di bandaraya Kuching. Bukan main cantik lagi. 7) Dato' Seri Dr Anwar Ibrahim Merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mantan Menteri Kewangan Malaysia. Beliau memang terkenal dengan kepetahannya berucap pelbagai bahasa serta pelbagai isu kontroversi lain sepanjang berkecimpung dalam arena politik tanahair. Mempunyai rumah di Bukit Segambut yang khabarnya bernilai hampir RM9.5 juta dengan reka bentuk yang simple tetapi cukup elegan dan ekslusif. 8) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil Tan Sri Shahrizat ni pernah jadi Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dan juga bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai. Beliau juga agak terkenal dengan skandal perniagaan lembu yang memang ramai tak boleh nak lupakan. Dari kisah itu keluarlah cerita mengenai rumah-rumah mewah miliknya. Antaranya chalet di Janda Baik ini. Khabarnya beliau turut memiliki hartanah di luar negara, negara jiran kita di Singapura. Walaubagaimanapun sejauh mana kebenaran berita ini tidak dapat disahkan. 9) Tun Dr Mahathir bin Mohamad Akhir sekali ialah rumah seorang ahli politik yang paling bersejarah dalam negara kita. Tak lain tak bukan, Tun Dr Mahathir bin Mohamad! Lagenda dalam dunia politik yang terkenal serata dunia. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 dan juga pernah menjadi Perdana Menteri kita yang ke-4. Mencipta sejarah sebagai perdana menteri Malaysia sebanyak dua kali, tak pelik lah kalau rumah kediaman beliau pun mewah kan. Itu sahajalah gambar-gambar rumah mewah VVIP di Malaysia yang kami dapat kongsikan buat masa ni. Semoga menjadi inspirasi buat semua. Mana tau dengan usaha keras anda, anda juga bakal memiliki rumah seumpama ini suatu hari nanti. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. - CARI
|
sharlenetexas replied at 25-3-2021 11:18 AM
Siapa yang paling zuhud?
bintangct: rasanya rumah pmimpin yg zuhud tn guru nik aziz je kot
tagas replied at 25-3-2021 03:27 PM
Spesis2 yg susah nak jwb kat sana nanti
banding kita yg marhaen miskin pprt
alesandra replied at 26-3-2021 05:38 PM
Khalid ibrahim tu bukan start politician pun dia mula korporat.kalo rumah mcm mahligai pun takde la ...
alesandra replied at 26-3-2021 05:38 PM
Khalid ibrahim tu bukan start politician pun dia mula korporat.kalo rumah mcm mahligai pun takde la ...
ADVERTISEMENT