CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kakak Tak Mahu Mak Dendam,"-Wanita Dibakar Suami Titip Pesan Pada Ibu

22-3-2021 09:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2653| Komen: 5

Medan: Wanita yang dibakar hidup-hidup suaminya di Sumatera Utara sempat menyampaikan pesanan terakhir supaya ibunya tidak berdendam.

Pesanan itu diberitahu oleh Rani Andriani, 20, kepada ibunya, Supriyati sebelum wanita itu menghembuskan nafas terakhirnya malam Jumaat lalu.


Rani sebelum itu dirawat di sebuah hospital selepas melecur 65 peratus akibat dibakar hidup-hidup oleh suaminya, Junanda, 21, pada 31 Januari lalu.

Rani, Foto: Agensi
Kejadian di Percut Sei Tuan, Deli Serdang itu dipercayai berlaku selepas lelaki itu mengesyaki isterinya curang.

Supriyati berkata, sebelum meninggal dunia, Rani berkali-kali memohon maaf dan meminta supaya dia tidak berdendam.


"Mak jangan berdendam ya. Yang sudah tu biarlah sudah. Kakak tak mahu mak dendam dengan apa yang berlaku.

"Kakak sudah memaafkan (suami). Mak pun sama ya," katanya mengulangi pesanan terakhir Rani kepada Tribune News.

Katanya, dia tidak dapat menahan sedih setiap kali melihat penderitaan anaknya sepanjang menemani Rani mendapatkan rawatan di hospital.

"Namun, saya kuatkan hati kerana tidak mahu mengganggu emosi dan semangat Rani.

"Selama itu juga, saya mencari dana untuk membiayai rawatan Rani.

"Saya berterima kasih kepada penderma yang sudi meringankan beban kami," katanya.

Sebelum ini, rakaman yang tular di media sosial menunjukkan sebuah rumah di Desa Sambirejo Timur, didakwa dibakar oleh seorang lelaki

Berdasarkan rakaman itu, suspek dipercayai turut membakar seorang wanita.

Difahamkan, suspek kini sudah ditahan dan polis masih menjalankan siasatan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 22-3-2021 09:58 AM
org kampung ashilalat
Quote helicornia 22-3-2021 11:58 AM
kesiannye. harap bakar pulak jantan tak guna tu
Quote JibboTheCat 22-3-2021 12:35 PM
kesian.. salam takziah kepada keluarga mangsa.
Quote kabukiman 22-3-2021 12:40 PM
Fuck me.
2 Bulan menderita sebelum mati. Siksanya dia.


Quote Kurex 22-3-2021 06:30 PM
Antara leluhur yg gemar bakar2

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.044877 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top