CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terkilan Nama Digugurkan, Pengarah Mana Tak Nak Che Ta Berlakon Bawah Arahannya?

21-3-2021 02:25 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 11112| Komen: 57|Original author: Oleh: LilRose

15 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan, 48, terkilan apabila namanya digugurkan pengarah.


Kredit foto: MalaysiaGazette


Menurut laporan MalaysiaGazette, Che Ta mendakwa ada pengarah berkenaan meminta produksi menggugurkan namanya kerana tidak yakin pelakon itu boleh tampak ???buruk??? sebagai pelakon.

Bagaimanapun, Che Ta sebelum ini sudah membuktikan sebanyak tiga kali bahawa bukan seorang pelakon yang hanya mahu kelihatan sentiasa cantik dalam skrin televisyen.


Kredit foto: IG

Sebagai contoh, menerusi watak Halimah dalam telefilem Dosa Siapa arahan Murali Abdullah yang disiarkan sekitar 2011, Che Ta tidak kisah wajahnya tiada calitan mekap untuk menghidupkan watak pengemis.


"Watak Halimah itu juga pernah melayakkan saya menjadi calon top 5, Pelakon Drama TV Wanita, Anugerah Skrin suatu ketika dulu. Sebelum itu saya pernah berlakon sebuah telefilem dengan Fauzi Nawawi. Judulnya saya sudah tak ingat. Tapi saya dilacurkan suami dalam telefilem itu dan kemudian menghidap AIDS.

"Terbaru, saya disolek buruk dan jadi tua dalam telefilem My Future Husband yang disiarkan baru baru ini di Astro Citra terbitan Zeel Production. Mira Filzah dan Amy Mastura pun turut berlakon," katanya.


 
Kredit foto: IG

Che Ta juga pernah menafikan hanya menerima watak control cantik dan dimekap tebal.

"Sejak mencari rezeki dalam dunia lakonan ini, saya sentiasa berfikir di luar kotak dan sanggup mencabar diri dengan apa saja watak.

"Siapa kata saya nak berlakon jadi cantik sahaja," soalnya.

Berbalik kepada kisah tadi, Che Ta enggan mengambil pusing walaupun dia akui terkejut apabila pengarah terbabit tidak mahu dia berlakon di bawah arahannya.

"Mungkin selama ini, dia hanya nampak saya di Instagram barang kali. Tak apalah, saya berserah dalam soal rezeki. Kalau ada... adalah," ujarnya.


Kredit foto: IG

Tegasnya, dia perlu sentiasa tampil cantik bagi memenuhi keperluan kerja selain tanggungjawabnya bagi mempromosikan sesebuah produk. 

Sabarlah Che Ta, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 21-3-2021 02:48 PM
So, voley berlakon watak buruk dan hodoh ke tak? Sbb ayat lepastu mcm kena sentiasa jaga penampilan cantik..
Quote Mulotkoyak 21-3-2021 02:50 PM
No komennn...
Quote rajamoney 21-3-2021 02:55 PM
mama haji zil?

boikot produk2 puak2 gay2 pondan2 pedo medo memedo ni
Quote merahrose 21-3-2021 02:59 PM
apa slah pengarah tu...dh x sesuai xkn nk pksa gk..
Quote tumpanglalu74 21-3-2021 03:07 PM

Quote ihtisyam1 21-3-2021 03:15 PM
Pelik muka dia tanpa bulu mata pelesu... muka nampak kembung
Quote BicaraHatiku 21-3-2021 03:21 PM
ihtisyam1 replied at 21-3-2021 03:15 PM
Pelik muka dia tanpa bulu mata pelesu... muka nampak kembung

Cam Mona Fendi versi mudo
Quote Nenasketum 21-3-2021 03:25 PM
Stok kayu kayan. Tak heran pun kalu tak berlakon. Dengan baju/kasut macam fashion show, rimas tengokkan.
Quote dudaberhias 21-3-2021 03:26 PM
Laaa kesian nekta, dah la tengah takde job, bisnes kawan laki lingkup jadi tak boleh nak menumpang senang. Lepastu rumah tak siap2 lagi walaupun dah keluar duit berjuta2.

Simpati la sikit dekat nenek tak nak kalah ni. Dapat duit bukan dia buat benda tak elok pun, dia cuma sambut dan bersanding untuk anniversary ke 49 je... Ni tahun depan masuk 50 bakal ada Jubli Emas nekta pulak. Jadi kena la kumpul duit. Harap laki, laki tak kerja.
Quote Nham22 21-3-2021 03:26 PM
Kenelahh downgrade.. Kekekekeke... Bank takdak dah..
Quote chinta89 21-3-2021 04:14 PM
pakai lawa ke pakai buruk ke, yg ptg soalan meols : dia ni blakon berbakat sgt ke???
Quote Tinot7 21-3-2021 05:28 PM
dudaberhias replied at 21-3-2021 03:26 PM
Laaa kesian nekta, dah la tengah takde job, bisnes kawan laki lingkup jadi tak boleh nak menumpang s ...

Eh laki dia bkn ke ada keje lakon skali skala tu?
Sblm ni dia harap atm, kan?
Quote Tinot7 21-3-2021 05:28 PM
Nham22 replied at 21-3-2021 03:26 PM
Kenelahh downgrade.. Kekekekeke... Bank takdak dah..

Atm takkan satu je?
Lagipun dah tua. Atm cari yg muda2 je.
Quote Tinot7 21-3-2021 05:29 PM
tumpanglalu74 replied at 21-3-2021 03:07 PM

Tak silap iols, rupa masa kawen pertama dgn kawen kedua sgt berbeza.
Quote dedek12 21-3-2021 05:30 PM
Semoga ada jalan penyelesaian
Quote Beaip 21-3-2021 05:31 PM
Cik Ta banyak duit..Tolong la pegi buang bunion tu oi.Dah bengkong sampai jari kaki sebab asyik pakai heels ketat.
Quote lavendernovella 21-3-2021 06:35 PM
Mungkin director tu nak something mcm charlize theron dalam Monster. Total huduh. Bukan cantik disolek huduh tapi kelihatan polish tiptop.
Quote belacan_gurl 21-3-2021 06:39 PM
tumpanglalu74 replied at 21-3-2021 03:07 PM

Alamak yg mana satu che ta nih
Quote chooper 21-3-2021 06:47 PM
Che ta ni x pakai bulu mata palsu lawa sgt

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.052865 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top