CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Menangis' Air Mata Darah Ketika Datang Bulan

21-3-2021 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2625| Komen: 9

Description: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku kepada seorang wanita di India yang mengalirkan air mata darah ketika datang bulan.
Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku kepada seorang wanita di India yang mengalirkan air mata darah ketika datang bulan.

Penyakit jarang berlaku itu menggemparkan dunia perubatan hingga membuatkan pakar bingung untuk mengenal pasti puncanya.



Kredit foto: Pen News/Soumitra Ghosh

Suri rumah berusia 25 tahun dari Chandigarh itu didiagnos dengan penyakit haemolacria, ketika dia mendapatkan rawatan di Institut Pendidikan dan Penyelidikan Perubatan Pasca Siswazah di bandar itu.

Dr Soumitra Ghosh yang merekodkan kes itu dalam kajiannya berkata, haemolacria bermaksud air mata darah apabila pesakit akan mengalirkan darah dari satu atau kedua matanya.

"Ia penyakit yang berpunca daripada pelbagai sebab, antaranya pendarahan luar rahim ketika datang bulan.

"Keadaan ini juga boleh berlaku kepada organ lain termasuk hidung, mata, telinga, usus, paru-paru, puting dan kulit.


"Namun keadaan dialami wanita itu adalah paling jarang berlaku dan hanya beberapa kes dilaporkan setakat ini," katanya dalam portal Daily Star.

Katanya, sehingga kini ia masih belum dapat dikenal pasti namun pakar berpandangan keadaan pesakit seperti itu adalah sesuatu yang perlu dipandang serius.

Wanita itu akhirnya dirawat menggunakan kombinasi pelbagai pil perancang estrogen-progesteron.

Selepas tempoh tiga bulan, wanita itu tidak lagi mengalami gejala itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 21-3-2021 12:21 PM
Ohhh boleh counter strike ike dengan terapi hormon juga {:handsome
Quote SalenaGomez 21-3-2021 12:21 PM
Awat SG nampak macam calit pottu kaler merah tu je
Quote rajamoney 21-3-2021 12:26 PM
nak berevolusi la tu

Quote Supersirap 21-3-2021 10:53 PM
Adakah berita ini kekadar hoax?
Quote buapakperut 22-3-2021 01:42 PM
dia punya nandek cair ka
Quote untoldname 22-3-2021 01:45 PM
Aigo.. ingatkan dah x dek solution... tapi air mata tu bau ikan sangat...
Quote RinIna 24-3-2021 10:46 AM
Macam calit liptik.. huhu
Quote dudaberhias 24-3-2021 10:48 AM
Berita ni persis berita pompuan indon yang hamil sebab anging kencang masuk celah faraj katanya... So kalau percaya berita atas ni baik percaya berita perempuan indo tu sama. Ala2 perfectly balance gitu.
Quote seri_mawr 24-3-2021 12:07 PM
ni baru2 betul2 keluar air mata darah..

tapi darah kat mata tu nmpk mcm tipu....huhuhu


sakit tak agak2nya air mata darah ni....

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.055573 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top