CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Guna Pinggan Merah Boleh Turunkan Berat Badan

21-3-2021 01:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3488| Komen: 16

Description: Beberapa pakar kedai perkakasan rumah premium di Britain mendakwa bahawa makan menggunakan pinggan berwarna merah dapat mendorong seseorang untuk mengurangkan pengambilan makanannya,” lapor akhbar Da ...
Beberapa pakar kedai perkakasan rumah premium di Britain mendakwa bahawa makan menggunakan pinggan berwarna merah dapat mendorong seseorang untuk mengurangkan pengambilan makanannya,” lapor akhbar Daily Star kelmarin.


Syarikat Peyton & Tyler dalam satu kenyataan berkata, pemilihan warna dan bentuk pinggan dapat mempengaruhi rasa serta kuantiti pengambilan makanan.


Gambar hiasan

“Warna dan bentuk pinggan dapat membuatkan kita percaya sama ada sesuatu makanan itu berasa lebih manis, lebih sedap atau lebih kuat rasanya.

“Dalam beberapa keadaan ia juga mempengaruhi jumlah makanan yang kita ambil,” katanya.

Penggunaan pinggan merah dapat membantu mengurangkan pengambilan makanan dan bermanfaat untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.


Gambar hiasan/Getty Image


“Oleh kerana kita mengaitkan warna merah dengan bahaya, pinggan berwarna merah dilihat sebagai ‘benteng’ makanan.

“Tetapi jika anda suka makan dan ingin menikmati aktiviti itu, ia tidak patut berada dalam se-narai pinggan anda,” katanya.

Penggunaan warna lain turut memberi kesan berbeza mi-salnya, pinggan berwarna hitam yang sering dilihat dalam rancangan televisyen seperti MasterChef dapat membuatkan makanan berasa lebih sedap.


Gambar hiasan/Getty Image

Penggunaan pinggan berwarna hijau pula membentuk pemikiran bahawa makanan yang diambil adalah lebih menyihatkan biarpun ia bukan makanan sihat. 


Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 21-3-2021 01:14 PM
Ok la tu....ada cara nk kurus
Quote rajamoney 21-3-2021 01:24 PM
pinggan plastik oren gerai cina tu dikira merah gak tak?

Quote merrissa 21-3-2021 01:52 PM
yela tu...bekas fries mcd tu wane merah...nafsu mkn fries meningkt je
Quote uori 21-3-2021 02:18 PM
pinggan hitam lah buat makanan nampak tak sedappp
Quote sarahmirza 21-3-2021 02:22 PM
Semlm i beratur blkg couple baru kahwin kot....
Depa beli pinggan merah 2 keping..
Brg lain2 senduk, sudip, kuali etc brg org nk mula hidup sendri...
Semoga tak lama lg kurus ramping mereka berdua...
Quote monsterwife 21-3-2021 03:04 PM
Pinggan merah?
Adakah kena beli pinggang Le Creuset yg i dok idam2kan selama ini?
Quote Tinot7 21-3-2021 03:32 PM
ha ah la... mmg rasa taknak mkn byk2 kalau bekas kaler merah...

Quote Camarbiru16 21-3-2021 03:34 PM
So..yg suka collection pinggan putih tu...dh boleh tukar kot...hihi
Quote sukacactus 21-3-2021 03:37 PM
So kalau pinggan putih akan makan byk x?
Patut la berat susah nak turun
Koserr lah hai nak tukar pinggan kaler lain plak
Aku suka putih sebab masa cuci senang npk kotoran yg tertinggal
Quote Jitu 21-3-2021 06:36 PM
pinggan kaca warna putih tetap menjadi pilihan

Quote Nenasketum 21-3-2021 08:21 PM
Lain macam motivator ni, boleh lah cuba kalau nak tapi mana nak carik? Ikea pun pakai kaler basics.
Quote diggerr 21-3-2021 08:41 PM
Makan tanpa pinggan. Takdr pinggan takde lauk
Quote TOPwind 21-3-2021 08:43 PM
rajamoney replied at 21-3-2021 01:24 PM
pinggan plastik oren gerai cina tu dikira merah gak tak?

warna oren kira SPRM akan siasat selepas makan.
Quote Supersirap 21-3-2021 10:52 PM
Boleh cuba makan guna pinggan merah lepas ni
Quote haifawehbe 22-3-2021 06:39 AM
baik guna pinggan suku suku separuh relevan jugak.
Quote airmineral 22-3-2021 10:25 AM
baca tajuk terus teringat mak merah

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.538446 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top