CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nampak 'Susah' Di IG, Syura Ditawar RM100,000 Layan Sugar Daddy?

21-3-2021 11:49 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 11141| Komen: 69|Original author: Oleh: LilRose

Sering dituduh menggunakan 'sugar daddy', penyanyi dan usahawan Syura Badron membuat pendedahan pernah menerima tawaran daripada pihak tidak dikenali dengan bayaran lumayan.

Berkongsi dengan Harian Metro, ibu tunggal tiga anak berusia 35 tahun itu berkata, dia menerima tawaran RM100,000 untuk melayan sugar daddy melalui kiriman DM di Instagram, baru-baru ini.



Kredit foto: IG

"Saya ditawarkan sekitar RM100,000 hanya untuk perkhidmatan melayan 'sugar daddy' selama beberapa jam yang syaratnya di dalam bilik sahaja. Memang mengejutkan, tapi terima kasihlah saya tak berminat langsung," katanya kepada Harian Metro.

Jelasnya, dia dimaklumkan akan menerima RM70,000 sebagai deposit, manakala bakinya akan diberi usai perkhidmatan.

Terkejut dengan kiriman mesej itu, Syura sekali lagi menegaskan bahawa dia tidak memerlukan tawaran sebegitu untuk menyara anak dan keluarga.


"Banyak kesan buruknya, selain wang diperoleh itu memang sah haram di sisi agama.

"Apapun, sekarang rezeki saya dan keluarga dimurahkan Allah SWT sejak mengusahakan produk kosmetik Charmant. Alhamdulilah, saya sangat bersyukur dan terima kasih atas sokongan pelanggan," ujarnya.


Kredit foto: IG

Bagaimanapun, Syura tidak menafikan tindakan aktifnya memuat naik pelbagai video di Instagram menjadi tarikan pihak berkenaan untuk memberi tawaran.

Mungkin kasihan melihat dia bersusah payah buat promosi pemasaran produk di media sosial, katanya. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mawar91 21-3-2021 11:52 AM
Weh bile nak Abes pasal isu papa gule ni?x de isu @ produk lainkah untuk dibicarakan?
Quote MsBritney 21-3-2021 11:56 AM
Edited by MsBritney at 21-3-2021 12:00 PM

xnak share  ss conversation mcm hari tu ke..
Quote missmeornot 21-3-2021 11:59 AM
laaaaa x abis lagi ke cite dia ni. pusing2 cite tu jugak
Quote MsBritney 21-3-2021 12:00 PM
Edited by MsBritney at 21-3-2021 12:01 PM
missmeornot replied at 21-3-2021 11:59 AM
laaaaa x abis lagi ke cite dia ni. pusing2 cite tu jugak


hari tu kalau xsilap orang tuduh die ditaja someone pasal orang nampak die mcm senang.. dapat offer ni pulak pasal orang nampak macam die susah. pusing2 same je cite..
Quote fazila17 21-3-2021 12:01 PM
Entah2 scammer je tu
Quote ihtisyam1 21-3-2021 12:03 PM
nok kabonye dia lawo.... citer sama je duk ulang
Quote ReginaGeorge 21-3-2021 12:11 PM
Maybe dia nak gtau dia hot and digilai oleh ayah bergula. Netizen faham, ramai yg terjejas sejak pandemic ni. Tapi kalau perlu job, rasanya boleh je cari bos2 lama minta offer job.
Quote suka2 21-3-2021 12:11 PM
Kalau aku ni sugar daddy, tak selera la aku nak cari sugar baby taraf kakak2 umo mid 30's dah beranak 3 pulak tu. Baik aku carik muda2 umo awal 20an... Kot ko nak pomot produk pun, carik la point lain selain sugar baby. Bosan betul marketing strategi zaman skrg...
Quote drivethru 21-3-2021 12:13 PM
Aku x percaya. Saja buat cerita nak up diri sendiri yg dah sejuk beku.
Quote Atiesha 21-3-2021 12:15 PM
Pasepa la ang ni syura,isu sama ja.....sugardedi,sugarmami...pening la,ang sndiri yg create isu ni kan,org x kata apa pon,dasar sendu....
Quote KBW2 21-3-2021 12:17 PM
muhongnya, tak malukah reka citer gini
Quote kiah_mai_pulak 21-3-2021 12:17 PM
yawwwwwwnnnnnnnnnnnn
Quote mice_cheese 21-3-2021 12:18 PM
Biar betul acik syura
Quote Namasayaomel 21-3-2021 12:19 PM
Kalau aku pun nk claim..ade sugar daddy nk aku 1juta bukti mana?bukti
Quote dudaberhias 21-3-2021 12:19 PM
kalau takat DM tu iols pun pernah dikkk... kena tawar itu ini ujung2nya kita kena bank in untuk jual old coin pada old money collector...

tak sangka retis2 bengap pergi percaya... patutla masih ramai kena macau scam...
Quote irvene 21-3-2021 12:23 PM
tak abis lagi ke dgn minah gigi beso neh? acah2 je ko nak bg org kenal. duk diam2 je lah. semak!
Quote dudaberhias 21-3-2021 12:25 PM
drivethru replied at 21-3-2021 12:13 PM
Aku x percaya. Saja buat cerita nak up diri sendiri yg dah sejuk beku.

ni ada hint kaka... now kita tahu dah apa niat sebenar dia up gosip lapuk ni... apa2 pun jangan lupa masukkan charmant ni dalam blacklist siap2 untuk produk yang tak payah beli...

"Apapun, sekarang rezeki saya dan keluarga dimurahkan Allah SWT sejak mengusahakan produk kosmetik Charmant. Alhamdulilah, saya sangat bersyukur dan terima kasih atas sokongan pelanggan," ujarnya.



Quote KIM.K 21-3-2021 12:28 PM
Takkan la gitu syura
Status makjan 3 anak muka gini jer sembang poen 6 angka
Quote AKAZ85 21-3-2021 12:45 PM
Nak nampak relevan create laa gosip macam ni tanpa ape2 bukti yang sahih... Sangkak

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.055823 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top