CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kebimbangan alahan terhadap vaksin Pfizer meningkat di Jepun

19-3-2021 08:50 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2104| Komen: 8



TOKYO: Kementerian Kesihatan Jepun semalam melaporkan lapan lagi kes individu mengalami alahan teruk selepas menerima suntikan vaksin COVID-19.

Menteri bertanggungjawab dalam usaha vaksinasi, Taro Kono, berkata kejadian seumpamanya semakin meningkat di Jepun sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, kebimbangan juga semakin meningkat berhubung pertambahan jumlah individu yang dikesan positif varian coronavirus baharu, yang dipercayai sangat mudah berjangkit.

Kata Kono, kes alahan anafilaksis selepas menerima vaksin coronavirus dibangunkan syarikat gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat (AS) dan rakannya di Jerman, BioNTech SE adalah lebih tinggi di Jepun berbanding di AS dan Eropah.

Jelas beliau, jumlah keseluruhan kes anafilaksis dalam kalangan pekerja kesihatan yang disuntik vaksin di Jepun kini meningkat kepada 25 kes berbanding 17 kes yang dilaporkan sebelum ini.


Kono membuat kenyataan itu kepada Jawatankuasa Parlimen, selepas taklimat kes anafilaksis yang dilaporkan dalam kalangan 148,000 pekerja kesihatan yang disuntik vaksin sehingga semalam.

Anafilaksis adalah alahan yang boleh membawa maut dan reaksi teruk terhadap antigen, yang mana tubuh badan menjadi hipersensitif.

Secara perbandingan, lima kes anafilaksis dilaporkan berlaku dalam setiap sejuta dos yang diberikan di AS manakala 20 kes dalam setiap sejuta di Britain.

Stesen penyiaran awam Jepun, NHK, pada awal hari ini menyatakan nisbah mereka yang mengalami kejutan anafilaksis selepas menerima suntikan Pfizer di Jepun adalah kira-kira satu dalam 6,300 orang.

Bagaimanapun, nisbah itu sudah meningkat disebabkan lapan kes tambahan yang dilaporkan sejak semalam.

Kementerian kesihatan memaklumkan, fasiliti perubatan melaporkan pekerja perubatan wanita berusia 20-an hingga 50-an paling ramai mengalami anafilaksis selepas menerima suntikan Pfizer.

Pakar kesihatan berkata, simptom anafilaksis termasuk batuk, mengah, sesak dada, sakit badan, kesukaran bernafas, jantung berdegup pantas, tekak bengkak atau gatal, salur pernafasan rasa sempit, muntah, cirit-birit dan nadi yang lemah.

"Apabila seseorang mengalami kejutan anafilaksis yang berpotensi mengancam nyawa, antara gejalanya ialah penurunan tekanan darah secara tiba-tiba, saluran udara menjadi sempit dan pernafasan normal tersekat.

"Mereka memerlukan rawatan perubatan kecemasan segera dan jika reaksi ini tidak dirawat segera, ia boleh menyebabkan komplikasi serius, malah boleh membawa maut," katanya. - AGENSI


Sumber : BeritaHarian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 19-3-2021 09:00 AM
Ayoyooo sohai.. aku nak daftar ni cepat laa bukak talian .. yuran masuk pung hang jgn le memahai rege yahudi rege flet pprt udahlaa.
Quote hazzy0304 19-3-2021 05:26 PM
gilakk ...
Quote rajamoney 20-3-2021 02:24 PM
bala etis pornografi jepun
Quote FOTHER-MUCKER 20-3-2021 06:05 PM
Di beberapa megara continental European pun kes Covid19 semakin meningkat.

Btw hari imi adalah hari pertama musim bunga dan selamat tinggal winter!
Quote jazaa100 21-3-2021 08:50 AM
Buritan replied at 19-3-2021 09:00 AM
Ayoyooo sohai.. aku nak daftar ni cepat laa bukak talian .. yuran masuk pung hang jgn le memahai reg ...

jau panggil sapa sohai tannn?
Quote ultra78 21-3-2021 09:11 AM
Saya dah beberapa kali kena serangan anafilaksis ni. Paling teruk kena tahun lepas sampai masuk wad kecemasan. Tekanan darah jatuh secara tiba-tiba dan kita akan rebah dan pitam. Org akan ingat kita kena heart attack.
Quote azuargurl 21-3-2021 09:29 AM
Lagi bertambah takut nak amek vaksin ni..
Quote azuargurl 21-3-2021 09:29 AM
Lagi bertambah takut nak amek vaksin ni..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.496863 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top