Peminat seorang penunggang motosikal wanita muda terjejut apabila mendapati individu tersebut sebenarnya lelaki berusia 50 tahun. 'Biker' warga Jepun itu, @azusagakuyuki meraih ramai pengikut di media sosial selepas menyiarkan foto-foto 'dirinya' bergaya bersama motosikal atau menunggang di jalan.
Selain menceritakan tentang minatnya menghabiskan banyak masa dengan motosikal, dia turut memuat naik beberapa gambar dirinya yang terbaring di atas katil. Dengan rambut panjang berwarna merah, solekan mata dan mempunyai ciri-ciri feminin, ramai yang menganggapnya sebagai wanita muda. Bagaimanapun, satu program TV Jepun telah membongkarkan perkara sebenar, lapor Daily Star. Seorang kru TV menjejaki penunggang motosikal itu dan merakamkannya ketika menanggalkan topi keledar. Ia kemudian mendedahkan wanita itu sebenarnya merupakan seorang lelaki berusia pertengahan, dengan rambut yang ikal mayang.
Dia mengaku 'memancing' peminatnya, dengan menggunakan aplikasi seperti FaceApp dan Photoshop bagi mengubah wajahnya untuk kelihatan feminin, dan tidak mahu dilihat sebagai 'pakcik'. Aplikasi tersebut membolehkan wajah seseorang diubah untuk kelihatan berlainan jantina, yang boleh mengaburi mata orang lain. Menurut lelaki itu, dia seronok dengan proses 'mencantikkan diri' yang membantu menambah jumlah pengikutnya di Instagram. Sumber: mStar
|
dudaberhias replied at 18-3-2021 03:19 PM
Tengah menelek dan mencari di mana cunnya tu, tapi elok sikit la dari siti sarah.
dudaberhias replied at 18-3-2021 03:19 PM
Tengah menelek dan mencari di mana cunnya tu, tapi elok sikit la dari siti sarah.
sarah82 replied at 18-3-2021 03:23 PM
Mujur tak tersedak nasi daging merah hat kononnya sedap kat alor setar tapi biasa saja sebenarnya. ; ...
sarah82 replied at 18-3-2021 03:23 PM
Mujur tak tersedak nasi daging merah hat kononnya sedap kat alor setar tapi biasa saja sebenarnya. ; ...
Noraniza_Iblis replied at 18-3-2021 05:13 PM
kalau tk bukak ni..
iols ingt yg viral awek naik moto pakai kebaya tu..
pakai face app..
scorpionkiki replied at 18-3-2021 04:50 PM
Restoran mana Sarah? I nak try....yg i tau nasik kat jln ke bkt pinang mmg sedap
ADVERTISEMENT