CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Edrie Hashim 'Sekolahkan' Netizen Pertikai Lagu Zaman Sekarang Kurang Kualiti

18-3-2021 09:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4779| Komen: 29

Perkongsian komposer Edrie Hashim di Facebook mengucapkan tahniah kepada barisan juri dan pemenang Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) iaitu lagu Gila mengundang kritikan seorang netizen.


Menerusi ruangan komen, netizen itu mempertikaikan lagu dan budaya muzik di zaman sekarang kurang berkualiti berbanding dahulu.

"Bagi saya lagu-lagu sekarang kurang berkualiti. Tak faham muzik budaya mana yang cuba diterapkan kepada peminat seni di negara kita," tulis individu tersebut.


Kredit foto: IG

Edrie merupakan salah seorang daripada 12 juri AJL35 yang diketuai oleh pemuzik terkenal Datuk Mokhzani Ismail.

Malam kemuncak AJL35 yang berlangsung pada Ahad di Auditorium MBSA, Shah Alam menyaksikan lagu nyanyian Noki, Loca B dan Kaka Azraff berjudul Gila diangkat sebagai juara.


Manakala naib juara dimenangi oleh lagu ciptaan dan nyanyian oleh Aina Abdul berjudul Semalam dan lagu Belenggu Rindu nyanyian Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita di tempat ketiga.

Trofi Vokal Terbaik pula dimenangi oleh penyanyi Ernie Zakri yang menyampaikan lagu Gundah dan penyanyi Zizi Kirana membawa pulang trofi Persembahan Terbaik menerusi lagu Eh.

Dalam pada itu, Edrie membalas komen tersebut dengan meminta individu tersebut melihat muzik mengikut peredaran zaman.


Kredit foto: via mstar


Malah, Edrie yang juga pemuzik terkenal itu turut mengimbau awal kemunculan lagu-lagu rock era-80 suatu ketika dahulu juga pernah mendapat tentangan daripada segelintir pihak yang tidak mahu pembaharuan.

"Tak boleh cakap macam tu... awak dah tua... ini waktu orang muda. Ini muzik dorang, awak sama macam orang tua 60-an yang tak suka muzik rock tahun 80-an dulu.



"Ingat tak? orang tua la yang banned konsert rock semua tu... sekarang awak pula dah tua... awak pula jadi orang tua 60-an tu.

"Masa berputar... ni waktu muzik dorang dan buat muzik tu susah. Yang juara tu boleh buat muzik... awak boleh buat muzik?" kata Edrie. -CARI

Sumber: Mstar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 18-3-2021 09:20 AM
betul... lagu zaman dlu contoh laa mcm lagu empat dara tu, lirik dia lagi laaaa entah apa2... tapi sebab ada elemen tradisional diterima...
Quote lavendernovella 18-3-2021 09:27 AM
Komen edri + nabila ajl = RIP industri music malaysia
Quote SayaSayangMama 18-3-2021 09:36 AM
Iolss bosan la dgn org yg asik banding dulu dulu dulu! Otak dia pun lagu dulu bukan semua sedap. Yg sedap je kekal sampai skrg. Tp bukan semua ye. Yg sedap atau juara je jd evergreen. Dah zaman tu ko muda lg sokmo dgn radio mmg ko rasa la lagu zaman ko sedap.
Quote SayaSayangMama 18-3-2021 09:38 AM
Lg satu tiap kali AJL kata tiap tahun hambar. Klu dah org yg sama ckp ajl tahun nk hambar xmcm dulu dulu, ko ckp yg sama tiap tahun, so ajl mana plak yg best. Bodo betul komen. Aku tgk je ajl x mengharap apa apa pun.
Quote Duriancreep 18-3-2021 09:47 AM
Sama je dedua.  Apo mencela zaman.  Embraced je la apa yang ada masa tu and masa ni
Quote dudaberhias 18-3-2021 09:48 AM
betul sangat apa dia kata tu... sama la macam semua yang kata lagu siti best tu pun betul la untuk zaman deorang memang best... walaupun satu pun tak memoreable bagi iols...

harap2 peminat2 siti dah start mula pakai estee lauder advanced night repair dan anti aging yach.... tak silap simplysiti pun ada produk anti aging...
Quote kucingitam 18-3-2021 09:50 AM
mmg pun takdak kualiti..
Quote Nenasketum 18-3-2021 10:11 AM
Ni menghina stail pprt jamban dbkl. Ko hengat ko tu canggih ke?
Quote ashcroft86 18-3-2021 10:13 AM
X abis ngn mengata dulu lg best. Yg ckp dlu kate best, skrang x best tu sbb nilai nostalgia, ko rasa nostalgic. Pffft. Rengsa bca comment kt fb, youtube hatta kt sini pon. Music mesti beredar ikut zaman. Asyik nk dgr belter, ballad, rock kapak je ke? Org kite susah sgt nak adapt. Bosan. Betulla kata Edrie tu. Pegi mampos acik2 kertu, fonen2 tua yg ada limited taste dlm muzik ni. Tak reti nak appreciate wide arrays of music genres. Korang pegi mampus. Bosan dah weols dgr lgu ballad kt mainstream music kite. Merintih meraung. Pfftt.
Quote lifeline 18-3-2021 10:22 AM
dudaberhias replied at 18-3-2021 09:48 AM
betul sangat apa dia kata tu... sama la macam semua yang kata lagu siti best tu pun betul la untuk z ...

duda i teringin nak pakai estee lauder night repair tu tau
tp harga dia menangis laaaaaaaaa

Quote dudaberhias 18-3-2021 10:27 AM
lifeline replied at 18-3-2021 10:22 AM
duda i teringin nak pakai estee lauder night repair tu tau
tp harga dia menangis laaaaaaaaa

7ml kaka baru rm75 jah...

hello hello harga dia lagi murah dari produk timbang kilo hokkeh...
7ml tu sebulan lebih tahan... kalau produk timbang kilo paling cepat berkesan yang merkuri tinggi...
contohnya kita ambik dnars, satu set pun dah rm75 ke atas...
tapi best dnars ni sebab pakai2 sehari dua tu terus mengelupas kulit esoknya tu dah jadi persis ratu ular baru bersalin kulit...
Quote lifeline 18-3-2021 10:34 AM
dudaberhias replied at 18-3-2021 10:27 AM
7ml kaka baru rm75 jah...

hello hello harga dia lagi murah dari produk timbang kilo hokkeh...

itu la lepas reply u i terus check sephora
eh ada yg 7ml la

ok kekgi nak p sephoraaaa
Quote lifeline 18-3-2021 10:35 AM
dudaberhias replied at 18-3-2021 10:27 AM
7ml kaka baru rm75 jah...

hello hello harga dia lagi murah dari produk timbang kilo hokkeh...

uish x bahaya ke dnars kalo dh smpai mengelupas kuli tu
Quote slyfynx 18-3-2021 10:38 AM
We have to accept the fact that we're getting old.
So lagu zaman sekarang dah x kena dengan telinga kite.
Although mmg ade sesetengah lagu yang mmg sgt jijik sbb xde rima, xde seni,
Tp byk je lagu yang ada kualiti.
Sama jg mcm zaman dulu. Tp sbb yang kita ulang dengar lagu yang baik je,
Tu sbb kenangan lagu lama tu semua yang baik2 je.
Quote dudaberhias 18-3-2021 10:39 AM
lifeline replied at 18-3-2021 10:35 AM
uish x bahaya ke dnars kalo dh smpai mengelupas kuli tu

bahaya ler sebab kulit jadi nipis tahap takde kulit luar tu untuk lindungi isi kita...
iols pernah pakai dulu zaman jahiliah gittew takde pengetahuan pasal produk timbang kilo ni
semua produk timbang kilo iols pakai masatu sampai rosak muka...
kulit muka jadi putih, tapi jerawat penuh merah2... last2 habis rm600 sebulan dekat pakar kulit...
Quote dua_chzy 18-3-2021 11:17 AM
Kan Edrie. Akak stujuh.
Quote Atiesha 18-3-2021 11:20 AM
Btol tu edrie...setuju
Quote SayaSayangMama 18-3-2021 12:02 PM
lifeline: duda i teringin nak pakai estee lauder night repair tu tautp harga dia menangis laaaaaaaaa



Xyah la iols ada sebotol 50ml xbest pun pakai. Bau sebijik minyak habatusauda. Pasni boleh sapu habatusauda kt muka fefeeling EL night repair haha
Quote batrishia 18-3-2021 12:08 PM
lagu kat msia je yg tah apa2... lagu omputih best je dengar..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.255520 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top