CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Andai Kata Nabila Razali Tak ‘Terkucil’, Memang Sedap!" -Komposer

17-3-2021 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15816| Komen: 141

Sudah dua hari Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) sudah dua hari melabuhkan tirai, namun nyanyian 'terkucil' Nabila Razali terus hangat diperkatakan sehingga ke hari ini.

Terbaharu, komposer lagu Peluang Kedua, MFMF berkongsikan video sesi latihan menjelang AJL35 membabitkan Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, menerusi Instagram mereka.


Dalam video tersebut, kelihatan Nabila selesa menyanyikan lagu tersebut tanpa mengalami sebarang masalah terkucil seperti yang berlaku pada malam final AJL35 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad lalu.

MFMF yang terdiri daripada tiga orang komposer iaitu Brendan, Justin dan Zen turut menyatakan perasaan bangga dengan hasil usaha yang dilakukan Nabila menerusi karya lagu ciptaan mereka.

Foto: IG

Persembahan ringkas daripada Nabila ketika AJL35.

"Kami sangat bangga dengan anda, Nabila. Kami sentiasa kagum dengan semangat yang telah anda tunjukkan dalam berhadapan pelbagai rintangan yang datang.

"Walaupun ramai yang mengecam namun anda memberikan satu persembahan yang sangat cantik dan menyentuh perasaan. Tiada sesiapa yang boleh menafikan perkara itu," kata MFMF.



Peluang Kedua merupakan ciptaan bersama MFMF dan komposer serta penyanyi, Hael Husaini.

Sementara itu MFMF turut menyatakan kesudian mereka untuk terus bekerjasama dengan Nabila dan Hael di masa akan datang.

"Kami tahu kerja keras yang anda lakukan di sepanjang perjalanan ini dan kami sangat berbesar hati agar kita bekerjasama lagi di masa hadapan. Jom?" ujarnya.

Menerusi pemerhatian di ruang komen, rata-rata netizen memuji kualiti vokal Nabila ketika sesi raptai dan berpendapat penyanyi itu tidak dapat mengawal gemuruh pada malam final.



"Dia menyanyikan lagu ini dengan sangat merdu sekali.

"Nabila okey sangat nampak dia nervous tapi tak mengapa awak tetap cantik.

"Tolong siarkan video penuh sesi raptai ini," tulis netizen.


Nabila antara 12 finalis berentap di pentas AJL35 yang berlangsung tanpa penonton.

Setiap persembahan finalis AJL 35 dinilai oleh 10 juri profesional tanah air yang ketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail. -CARI

Sumber: Mstar Online
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 17-3-2021 12:13 PM

"Walaupun ramai yang mengecam namun anda memberikan satu persembahan yang sangat cantik dan menyentuh perasaan. Tiada sesiapa yang boleh menafikan perkara itu," kata MFMF

Memang menyentuh perasaan sangat2, geli hati iols menahan gelak masatu. Tapi nak komplen lebih2 pun anugerah ni dari first lagi dah nampak rupa macam Anugerah DIY sendiri.

Nickelodeon anugerah channel budak2 tu pun nampak lebih gah.

Jangan kata nickelodeon. Wedding risteena X isa tu pun nampak lebih herlok walaupun pengantin yang nyanyi sendiri dengan kek bentuk kuih pau, putu perak, nasi himpit, lobak putih dan bawang putih. Jauh lebih gah pentas wedding deorang serta baju pengantin, walaulun yesteryears.
Quote MadameOnion 17-3-2021 12:17 PM
"Walaupun ramai yang mengecam namun anda memberikan satu persembahan yang sangat cantik dan menyentuh perasaan. Tiada sesiapa yang boleh menafikan perkara itu," kata MFMF.

ya ampunnnn dah la pekak...buta hati pulak..mmg dah takleh buat apa bengapnya setarap dgn idola..jenis muka tak malu..tak paham bahasa...takda bakat dan suara cabok
Quote asma87 17-3-2021 12:18 PM
Kalau diknab masuk GV, mesti tokram xsampai hati nk komen ape2..tau2 dah tersingkir minggu 1.
Quote rajamoney 17-3-2021 12:18 PM
patut la ada bunyi2 lagu cina

cina yg buat muzik dia ye
Quote LadyCarefree 17-3-2021 12:20 PM
MadameOnion replied at 17-3-2021 11:17 AM
"Walaupun ramai yang mengecam namun anda memberikan satu persembahan yang sangat cantik dan menyentu ...

Makin hauklah industri seni kita
Quote kiah_mai_pulak 17-3-2021 12:33 PM
bukan part terkucil tu je, awal2 masuk yg part sepi tu pun dh bunyi sumbang.. pastu meleret2 sumbang tu bersepah. part paling klimaks, yg terkucil tu.. then smbung lagi sumbang bersepah2 tu smpai abis lagu.. pekak ke komposer ke saja nk amik hati?
Quote olaoli 17-3-2021 12:34 PM
mesti la mfmf kena bekap dah diorang yg ada kena mengena ngn lagu tu. takkan nak kecam kottttt
Quote tootii 17-3-2021 12:36 PM
mungkin kata komposer .. tapi bukan kata aku .. sbb aku dengar jugak yg rehearsal tu .. bg aku pun tak sedap .. ampon .. p mana2 class ye NR ..  utk awak jugak .. sepatah kata Dato Hattan .. gi class vocal !
Quote zehra2 17-3-2021 12:37 PM
3 jejaka cina yg lawak..
tulis lagu yg lebih sedap lg ya.. tp tk payah la bg nabila, kalo nk masuk ajl..
kalo tk nk masuk, ok je
Quote idril 17-3-2021 12:38 PM
cantiknya sheols malam tu..... putih bersih...... apakan daya dah terkucil..... lagu sedap.....
Quote mdhelmi 17-3-2021 12:41 PM
pasal terkucil je pon up berita sampai 3 4 hari
Quote Redmyvi 17-3-2021 12:43 PM
benda dh jadi pun... dan bukan kali pertama dia terkucil..
Quote Atiesha 17-3-2021 12:45 PM
Nab mmg xbleh nyanyi....brlakon ja la
Quote johan-adx 17-3-2021 12:53 PM
bella ni kena nyanyi lagu santai2 jer mcm cumi2..sesuai la utk dia
Quote ajinomotonosuga 17-3-2021 12:59 PM
Tak elok berkalau kalau..berandai andai

Tak syukur apa ko dah dapat..

Napa nk ungkit itu ini...sb EGO..nafsu!
Blajo berlapang dadaaa

Beeeelajor LETTING IT GO

Blajo apa aku dapat syukur la..baik buruk sme dari Allah..syukur alhamdulillah

Niii sampai otai laa itu ni komen mcm tadak agama!!!

Tu laaaa aku da kata melayu ni melankolik..sentimental...mcm punggok rindu bulan..dokkk kebil kurr kurr tgk cantikkk nya bulannn..bilaaa bulan nk mai turun

Mai musang dari blakang..ngapppp..mampuih

Melayu ler tu burung punggok..tu mudah kne scam mudah kne jalang ngan pu kaa ostad kaa

Sb sme tu UNREAL..unpractical..sme main emosi sentimen..retro skit bla bla..leborrr kne scam

Dah kalah dah laa...life musti terus..nk berkalau yer

KALAU NABI ADAM TAK LANGGAR LARANGAN ALLAH SWT..KITA SME MAIN POREM DLM SORGAAAA

Tak lojik  ke?



Quote sharlenetexas 17-3-2021 01:00 PM
Extend kelas vokal kaknab oi!
Quote tikusmontok 17-3-2021 01:01 PM
kiah_mai_pulak replied at 17-3-2021 12:33 PM
bukan part terkucil tu je, awal2 masuk yg part sepi tu pun dh bunyi sumbang.. pastu meleret2 sumbang ...

kat mana nak tgk terkucil tu kak kiah?

dia ni masuk af zaman siapa pengetua. kalo zaman rms harus kena baling kerusi
Quote imanjannah 17-3-2021 01:05 PM
tootii replied at 17-3-2021 12:36 PM
mungkin kata komposer .. tapi bukan kata aku .. sbb aku dengar jugak yg rehearsal tu .. bg aku pun t ...

kalau tgok di youtube, ya ampunnn.. rehearsal kata sedap, omgg..
Quote tootii 17-3-2021 01:07 PM
imanjannah replied at 17-3-2021 01:05 PM
kalau tgok di youtube, ya ampunnn.. rehearsal kata sedap, omgg..

tu semua team acah2 bekap ! puuiihh

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.033930 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top