CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Salah Faham Remeh Je, Amir Khan Dan Juhi Chwla Tak Bercakap 7 Tahun

16-3-2021 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5481| Komen: 23

Gara-gara salah faham yang timbul semasa penggambaran filem Ishq, pelakon Aamir Khan mendedahkan hubungannya dengan aktres Juhi Chawla dingin selama lebih tujuh tahun.

Menurut laporan Hindustan Times, Aamir berkata hubungan itu renggang kerana sikap ego dan mereka kini sedang memperbaiki kesilapan lalu.


Foto: mStar
"Itu sebab hal kecil, saya fikir mungkin saya agak egois dan memutuskan untuk tidak bercakap dengannya lagi.

"Semasa di set penggambaran, saya menjaga jarak dengannya dan saya pun tak tahu kenapa saya bersikap begitu!

"Saya tidak pernah menyapanya atau mengucapkan selamat tinggal... jika ada babak yang perlu berbicara, baru saya akan bercakap tapi secara profesional," katanya.


Filem Ishq lakonan Aamir Khan dan Juhi Chawla ditayangkan pada tahun 1997.

Sementara itu, Aamir berkata dia mula sedar kesilapan dan berusaha memperbaiki hubungan itu selepas perceraian dengan Reena Dutta pada tahun 2002.

"Ketika dia mengetahui tentang perceraian saya, dia telefon dan mahu berjumpa... mungkin kerana dia rapat dengan Reena dan saya, jadi dia mahu menjadi orang tengah.

"Juhi tahu saya mungkin tak angkat panggilannya tapi dia tetap hubungi saya. Sejujurnya dalam tempoh itu mungkin kami tidak berinteraksi antara satu sama lain, tapi sebenar kami saling memerhati," ujarnya.

Bersempena ulang tahun kelahiran ke-56 yang diraikan pada Ahad lalu, Aamir berkata hubungannya dengan Juhi semakin baik dan sedang memperbaiki kesilapan diri. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bisamyhead 16-3-2021 11:01 AM
Ehh.. awal sangat masuk ni..
Quote Redmyvi 16-3-2021 11:41 AM
elok la tu dh tua2 ni berbaik sesama sndiri..
Quote mdhelmi 16-3-2021 12:53 PM
dlm filem ishq berpeluk2
tapi kat luar x bercakap
lantak ko la dey macha!
Quote rajamoney 16-3-2021 01:44 PM
si juhi ni kalau telek muka dia betul2

mcm muka shah rukh khan

kalau nk kata adik ke kakak shah rukh khan pun boleh dia ni
Quote PeNaMeRaH 16-3-2021 01:53 PM
sangat preofisional... rindu hubungan dulu2.. kerana ego terus putus kawan... ego ego
Quote kakakpositifker 16-3-2021 10:19 PM
Tambiiiiiiiiiii
Quote oness 16-3-2021 10:25 PM
Oh ingatkan dalam cerita ishq tu diorg mmg betul2 bercinta
Quote Lemonademint6 17-3-2021 01:28 AM
Hampir lupa Juhi Chawla nie.. Suka tgk dia berlakon dgn SRK
Quote Namasayaomel 17-3-2021 02:01 PM
x heran..aku dgn bekas tunang pun x bercakap sejak stahun lalu..sebab masing2 ego
Quote Fafaa 17-3-2021 02:11 PM
Lemonademint6 replied at 17-3-2021 01:28 AM
Hampir lupa Juhi Chawla nie.. Suka tgk dia berlakon dgn SRK

Teringat cite Duplicate.. scene menari2 kt gudang dgn sonali bandre ke apa hahaha best lagu tu
Quote bungasakura89 19-3-2021 08:19 AM
comel lah dua2 ni berlakon yg ada lagu im a aboss
Quote watymuchaz 19-3-2021 08:26 AM
Amir khan ni nmpk lah islamic sikit dr srk tu. Hari tu bawak mak dia g mekah kan.
Quote haifawehbe 20-3-2021 03:58 AM
penah baca dekat mana ntah yg juhi ni retis bollywood paling clean. no scandal, no drug & no bad gosip.
Quote Itzy 6-5-2021 06:30 PM
Fafaa: Teringat cite Duplicate.. scene menari2 kt gudang dgn sonali bandre ke apa hahaha best lagu tu



Hahaha aku pun suka lagu tu. lagu rancak melody pun best. Duplicate best, cerita lawak.
Quote anony-mous 8-5-2021 05:04 PM
Eleh ke heols sebenarnya dah terpikat dgn juhi? Tp sbb takot terjatuh cinta, tu yg jd sombong ego
Quote anony-mous 8-5-2021 05:05 PM
rajamoney replied at 16-3-2021 01:44 PM
si juhi ni kalau telek muka dia betul2

mcm muka shah rukh khan

Dlu i hrap naw jodoh srk dgn juhi ni. Dgn kajol xnmpk sgt, kajol dgn srk nmpk mcm bff. Dgn juhi ni nmpk tgkap cintan
Quote sarah_ary2 10-5-2021 02:47 PM
Tak salah dulu gosip dedulu dia tangkap cintan dgn juhi masa berlakon dgn juhi
Quote chinchan78 12-5-2021 09:24 AM
anony-mous replied at 8-5-2021 05:04 PM
Eleh ke heols sebenarnya dah terpikat dgn juhi? Tp sbb takot terjatuh cinta, tu yg jd sombong ego

Kalu tgk aamir ni mmg sesuai dgn juhi.. muka pon ada iras
Quote chinchan78 12-5-2021 09:26 AM
sarah_ary2 replied at 10-5-2021 02:47 PM
Tak salah dulu gosip dedulu dia tangkap cintan dgn juhi masa berlakon dgn juhi

Ye ke.. x prnh dgr pon.. tp dia orgni mmg rapat.. suka tgk film dia org yg berlakon mula2 dulu.. x ingat tajuk.. nmpk sweet n sesuai gilerr dia org ni

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.106295 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top