Ikon muzik terkenal, Simon Cowell sedang menunggu kelahiran anak pertama hasil hubungannya dengan isteri teman baiknya, Andrew Silverman iaitu sosialit Lauren Silverman. Silverman bakal melahirkan anak lelaki tidak lama lagi. Namun begitu, juri tetap American Idol itu nampaknya sudah mempunyai dua pilihan nama untuk anaknya itu. "Pilihan pertama saya adalah Simon, kerana suka nama itu. Tetapi, Silverman dijangka bersalin pada hari ulang tahun ayah saya, maka pilihan kedua saya adalah Eric,” kata Simon. Menjelang kelahiran anak pertamanya itu, Cowell kelihatan cukup tenang untuk mengatasinya. “Saya tidak sabar untuk ajar anak saya bekerja seperti saya. Saya benar-benar ingin tunjuk kepadanya tentang selok belok bisnes," ujar Simon.
|
ADVERTISEMENT