CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Usia 68 Tahun Bukan Penghalang, Fauziah Nawi Nak Sambung Ijazah

15-3-2021 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3506| Komen: 19

Pelakon Fauziah Nawi berhasrat untuk terus menimba ilmu sebaik menyelesaikan Kursus Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang pengarahan filem di Kolej Teknologi MEA, Kajang pada Jun ini.


Fauziah, 68, yang mesra dengan panggilan Ibu berkata, dia bercadang untuk mengambil ijazah dalam bidang pengarahan pula.

"Sebelum ini saya dah pernah ambil ijazah sarjana untuk lakonan dari Open University Malaysia (OUM) pada 2018.

"Memang seronok apabila berjaya menyelesaikan segala ujian untuk terus komited dengan kursus ini. Namun, tak dinafikan mulanya dah rasa tak nak buat kerana ia bukan mudah.

"Tapi saya dapat galakan daripada anak saya, Fateha. Dia pun sertai kursus ini walaupun ada kelulusan ijazah dari luar negara," katanya kepada Harian Metro.


Foto: IG


Menurutnya, Fateha menjelaskan keperluan menyertai program pendidikan sebegini bagus kerana ia adalah pengiktirafan dari kerajaan.

"Dia (Fateha) yang banyak beri tunjuk ajar pada saya dan memang susah kalau tiada yang bantu. Tapi bila fikir anak yang ada kelulusan dari luar negara pun nak buat, takkanlah saya yang tiada apa-apa ini tak mahu pula.

"Baik saya buat kerana sampai bila saya nak berlakon. Bila dapat pengiktirafan, maknanya nama saya ada dalam pendaftaran kerajaan. Ia akan meningkatkan industri seni kita kerana sudah ada data yang tercatat.

"Selama ini, kerajaan mungkin tiada data tertentu kita. Jadi, bila mereka nak yang berkelayakan, maksudnya kita kena ada pengiktifaran menerusi program sebegini. Sekarang sama ada suka atau tidak, kita kena terima hakikat semua orang mesti ada kelulusan," katanya.

Fauziah berkata tanpa kelulusan atau pengiktirafan dimiliki, pihak kerajaan juga sukar untuk membuat pembayaran sekiranya membabitkan sesuatu projek.

"Walaupun ada pengalaman banyak dan luas berbanding dengan mereka yang ada diploma atau ijazah, ia tetap berbeza jika tiada kelulusan atau pengiktirafan pendidikan.

"Kerajaan pula akan bayar ikut kemahiran atau kelulusan kita. Namun, kini apabila ada pengiktirafan, saya rasa cukup lega.

"Saya juga amat selesa selepas ini apabila dipanggil untuk terbabit sebagai panel atau perbincangan mengenai pengarahan kerana sudah ada kelayakan dari kerajaan menerusi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)," katanya.

Sementara itu, perkongsian Fauziah berkenaan kejayaannya mendapat pujian ramai pihak termasuk pada kalangan penggiat seni tanah air. Rata-rata mereka melahirkan perasaan kagum terhadap Fauziah yang masih gigih menimba ilmu pada usia emas. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Namasayaomel 15-3-2021 10:29 AM
Age doesn’t matter
Quote hinata_holic 15-3-2021 10:55 AM
So proud with you Ibu Fauziah Nawi {:hooray
Quote jalfa 15-3-2021 11:06 AM
Woww.tahniah fauziah nawi....boleh bg inspirasi kat artis bbbnu...harap primadonat sorang lagi ambik juga program ni..takde la asik kena ulang ulang  dek porumer x de srp
Quote kdamat 15-3-2021 11:07 AM
Tahniah Ibu fauziah nawi....
Quote rajamoney 15-3-2021 11:17 AM
memang bagus oooooooo oi
Quote caca_eric 15-3-2021 11:25 AM
menuntut ilmu
tahniah
Quote biskut_milo 15-3-2021 11:43 AM
Hebat.
Quote Nenasketum 15-3-2021 11:44 AM
Must be tough jadi lecturer ibu ni, 40 tahun solid experience kot. I teach you, not you teach me agaknya hari2 punya argument.
Tapi ioll admire spirit ibu Fauziah Nawi, semoga tercapai apa yang dikehendaki.
Quote Geeayden 15-3-2021 11:53 AM
Semoga dipermudahkan semua urusan fauziah olah Allah
Quote noorazurams 15-3-2021 12:58 PM
Tahniah ibu fauziah nawi
Quote minguk 15-3-2021 12:58 PM
okay silakan
Quote Trumpettt 15-3-2021 01:14 PM
Good for her....healthy mind
Quote belacan_gurl 15-3-2021 03:42 PM
Minat dia sejak santan berlada lg...siap beli kaset
Quote Zaien 16-3-2021 01:40 PM
congratssssss .... suka dia ni klau atak sesedih mnjadiiii
Quote Xaveria 16-3-2021 01:41 PM
Quote Jiddin 16-3-2021 02:40 PM
Nenasketum replied at 15-3-2021 11:44 AM
Must be tough jadi lecturer ibu ni, 40 tahun solid experience kot. I teach you, not you teach me aga ...

Baru nk tulis komen mcm u.... seriously i can only imagine what's like to be her lecturer...nak pulak lecturer muda Trang tang tang
Quote Jorja 3-4-2021 09:54 PM
Sokong suka tengok puan yg belajar tinggi.
Quote winky1 4-4-2021 12:16 PM
Respect ibu. Rather than join telegram gosip.
Quote BicaraHatiku 4-4-2021 12:17 PM
bagus lah

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.130846 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top