CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Patut Guna Pisau Dan Garfu," -Pakar Etiket British Kutuk Orang Makan Guna Tangan Dan Jari

15-3-2021 08:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11370| Komen: 101

London: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya pakar etiket British dikecam warganet kerana memuat naik teguran mengenai penggunaan tangan ketika makan nasi.

Pemilik akaun @TheRoyal Butler itu menulis di Twitter mengenai perkara itu dan menimbulkan reaksi kurang senang terutamanya penduduk Asia.

World Of Buzz melaporkan, akaun berkenaan adalah milik Grant Harrold yang juga bekas ketua pelayan kepada Putera Charles, Putera William dan Putera Harry.


Foto: Twitter

Umum mengetahui, nasi adalah makanan utama bagi beberapa negara di Asia dan makan menggunakan tangan bukanlah sesuatu yang pelik.

"Ingatlah bahawa kita selalu menggunakan pisau dan garpu atau penyepit untuk makan nasi.


"Kita tidak menggunakan tangan atau jari," ciapnya di Twitter.



Turut disertakan dalam ciapan itu adalah sekeping gambar menunjukkan beberapa butir nasi bersama garpu dan pisau.

Tidak dapat dipastikan apakah tujuan hantaran berkenaan sama ada gurauan atau bersifat serius.

Ia menyebabkan warganet memberikan komen mengatakan dia tidak berhak mengatur cara makan penduduk Asia. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Eliadaisy83 15-3-2021 08:54 AM
Kalau takde tangan, boleh ke guna sudu n garfu...bodo punya British
Quote najib888 15-3-2021 08:56 AM
Rasa macam dah ada thread ni kat kongsi tular.. ape ke bodoh makan nasi dgn pisau dan garpu? Kot dengan sudu boleh bawak bincang.  Tolol sungguh pakar etiket ni..
Quote damsel_fiji 15-3-2021 08:59 AM
Err hak masing2 ler.. ko cebok x pakai air takde sape kesah pon
Quote jalfa 15-3-2021 09:03 AM
Itu pon nak ator..kesah sgt ko pakar etiket harry porter ke hapa....iols prefer makan sudu ngan garfu kalo kat rumah sendiri atau kat kedai..kalo rumah mak iols pakai tangan ..reason x nak tgn berbau or pijar sbb makanan berbau or pedas...
Quote dess402 15-3-2021 09:24 AM
Ini pernah dulu satu kajian dilakukan mengapa mengikut sunnah , rasuallah  saw sering menjilat dihujung satu dua jarinya selepas makan . Tetapi apa yg ditemuinya menakjubkan kerana disitu lah kedapatan kemewahan enzim dari zat2 makanan yg terkumpul .
Quote Suchi 15-3-2021 09:28 AM
Nasi susah nak kaup guna garpu, sedangkan guna chopstick pun kena makan nasi lembut takleh guna beras berelai takda kanji.
Nak makan pun kena dekatkan mangkuk tu kat mulut.

So lagi mudah makan guna tangan atau sudu.
Ada ke mkn guna garpu dan pisau cam lagi susah adalah.
Quote husna_amal 15-3-2021 09:36 AM
Orang british tu tak rasa lagi nikmat suap guna tangan. Lagi2 bila makan nasi dengan lauk2 kat Malaysia ni.
Quote dodolgemok 15-3-2021 09:39 AM
Mat salleh lapar perhatian, ujong2 merayau kat negara asia tenggara demi sesuap like jua.
Quote kenari2101 15-3-2021 09:40 AM
biasa lah, makhluk jenis kulit putih ni, memang semendang perasan hebat.
sejenis katak bawah tempurung
dorang makan burger pun guna tangan jer!!
Quote alieyrina 15-3-2021 09:43 AM
Hg jaga ratu hg sudah laa. Nak pegang sudu garpu pisau pun teketaq kut
Quote nikaido 15-3-2021 09:50 AM
Selain dari nasi, kalau makan buah pakai sudu/garpu pun agak aneh juga
Quote Potpouri 15-3-2021 09:55 AM
jalfa replied at 15-3-2021 09:03 AM
Itu pon nak ator..kesah sgt ko pakar etiket harry porter ke hapa....iols prefer makan sudu ngan garf ...

Aku pun kat rumah je pakai tangan. Kalau kt ofis or kat luar ku pakai sudu garfu sebab reason yang sama lah.. Malas basuh tangan dan tak suka bau2 especially kalau makan sambal belacan melekat kat tangan .. turn off terus nt
Quote Potpouri 15-3-2021 09:57 AM
Edited by Potpouri at 15-3-2021 09:59 AM
nikaido replied at 15-3-2021 09:50 AM
Selain dari nasi, kalau makan buah pakai sudu/garpu pun agak aneh juga

Malas nak cari air basuh tangan kot.. pakai sudu garfu senang..lepas makan, minum air then tinggal je

Kalau tak, awal2 sebelum makan kena cr air basuh tangan, then lepas makan basuh tangan lagi.. melekat pulak bau durian tu..


Quote FOTHER-MUCKER 15-3-2021 09:58 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-3-2021 06:01 PM

Di eropah restaurant orang islam walaupun makan nasi memang mereka bagi knife dan fork!
Saya maksudkan fork bukan spoon.
Quote sukacactus 15-3-2021 10:04 AM
  Apa ke bodoh mkn nasi guna garpu n pisau
Quote shop_girl 15-3-2021 10:10 AM
My hands are cleaner than your forks and spoons.
Quote Norhidayahyusof 15-3-2021 10:18 AM
Skrng ni guna tangan dan jari dia ke??
Quote salmon-suki 15-3-2021 10:29 AM
Ni sama spesis dgn judge masterchef UK y nak crispy skin kt rendang tuh..choii lah~

Korg mkn laa pakai sudu garfu pisau,lain tmpt lain cara..hormat lah budaya tmpt lain..jgn asyik nak suh org lain ikut cara mung..rasa diri tu superior sgt ke?
Quote Punat_button 15-3-2021 10:31 AM
dah tentu lah etiket ni untuk omputih

expected lah melayu bab ni mesti sentap

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.099187 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top