CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ira Ghani Semakin Seronok Berlakon, Elak Bawa Watak Mak Datin

13-3-2021 09:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7013| Komen: 36

Description: Bermula dengan niat sekadar mencuba, usahawan yang juga pelakon Datin Ira Ghani teruja apabila menerima pelbagai tawaran membintangi drama sejak beberapa tahun lalu.
Bermula dengan niat sekadar mencuba, usahawan yang juga pelakon Datin Ira Ghani teruja apabila menerima pelbagai tawaran membintangi drama sejak beberapa tahun lalu.

Ira berkata dia tidak menyangka memiliki bakat terpendam sehingga berjaya memikat hati ramai penerbit dan pengarah tempatan.

"Saya bermula sebagai pengacara program Feminin (TV1) pada 2014 dan tak sangka selepas itu saya menerima tawaran berlakon pula.

"Drama pertama saya Menantu Tingtong ingatkan sekadar nak cuba-cuba sahaja tapi semakin banyak tawaran datang. Saya terima sahaja jika tawaran itu bersesuaian dengan saya

"Memang tak pernah terfikir nak jadi pelakon kerana saya tak pernah belajar mengenai ilmu lakonan tapi ramai pula penerbit beri peluang dan kepercayaan... terbaharu drama Gerak Khas!" katanya kepada mStar.


Foto: IG


Ira mahu lakonkan watak berbeza daripada realiti kehidupannya.

Ira ditemui semasa sesi minum petang Aura Seri by DIG bersempena ulang tahun ke-20 jenama tersebut, baru-baru ini.

Ditanya mengenai watak lain yang ingin dilakonkan, Ira berkata dia bersedia mencuba apa sahaja watak, namun biarlah di luar realiti kehidupan sebenarnya.

"Sekiranya ada tawaran saya tak tolak jika ia bersesuaian dengan jadual, tapi setakat ini saya tek pernah pilih watak.

"Suami izinkan saya ambil apa sahaja watak dan saya pula seorang yang suka cabar diri. Watak Datin? Oh tidak saya tak berapa gemar sebab realiti dah begini. Apabila berlakon saya dapat keluar daripada watak kebiasaan.

"Saya sebenarnya teringin watak aksi sebab benda tu boleh memberikan kepuasan kepada saya untuk mencuba sesuatu yang baru... asyik dapat watak sopan saja," ujarnya.



Sedang merangka beberapa perancangan membabitkan jenama produknya dengan dunia hiburan, Ira turut meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir selebriti seakan-akan kurang senang dengan penglibatannya dalam industri ini.

"Saya pernah kongsikan hasrat untuk lakukan kemunculan semula kepada beberapa rakan artis... tak sangka, ramai artis yang sokong antaranya Datuk Rosyam Nor, Datuk Ramli MS, Datuk Awie, Zizan Razak, Liza Abdullah dan ramai lagi.




"Saya terharu apabila ada rakan artis lain yang mesej tanya mengenai perkara tersebut. Saya akui jenama Aura Seri suatu ketika dulu memang menyokong industri, malahan sehingga kini hubungan itu berjalan dengan sangat baik.

"Setiap majlis pasti akan diselitkan dengan kehadiran selebriti tetapi dalam masa sama ada juga yang seakan-akan beri respon yang kurang baik. Tidak menyokong tu maksud saya mungkin bila kita tengah meletup-letup, semua orang datang macam semut, menghurung. Itu saya anggap perkara biasa!" katanya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Noraniza_Iblis 13-3-2021 10:50 AM
sape ni..
die blakon drama ape je?
adik norlia ghani ke?
Quote rajamoney 13-3-2021 11:17 AM
dulu awal 2000 pesen baju selit dlm suar kt luar  terburai kt belah belakang tu bdk2 panggil pesen anak curling

skang ni ramai lak yg bepesen cm tu

prfffffffffght
Quote dudaberhias 13-3-2021 11:20 AM
Who are yusssss?
Quote dudaberhias 13-3-2021 11:21 AM
Noraniza_Iblis replied at 13-3-2021 10:50 AM
sape ni..
die blakon drama ape je?
adik norlia ghani ke?

Tu la, ingatkan anak norlia ghani?
Quote Nenasketum 13-3-2021 11:49 AM
Noraniza_Iblis replied at 13-3-2021 10:50 AM
sape ni..
die blakon drama ape je?
adik norlia ghani ke?

Dr (uni of roti canai) Haslam suka amik dia. Berlakon pelik kayu kayan.
Quote Cece1234 13-3-2021 11:49 AM
Xpenah nampak dia berlakon pun..
Quote Belibis 13-3-2021 01:16 PM
Noraniza_Iblis: sape ni..die blakon drama ape je?adik norlia ghani ke?

Tokey aura seri ke apa nama tah.produk kecantikan popular sebelum muncul internet lagi.keluar kat majalh mingguan wanita..
Quote imanjannah 13-3-2021 01:21 PM
cantik datin ni
Quote Thunderclouds 13-3-2021 01:46 PM
Wujud lg ke brand ni...??? Ngn laki die ade doctorate dr uni Mickey mouse tu?
Quote Henderson951 13-3-2021 02:46 PM
Edited by Henderson951 at 15-3-2021 12:07 PM

Everything is very open with a clear description of the issues. It was truly informative. Your website is very helpful. Many thanks for sharing!

UPSers
Quote masmn 13-3-2021 03:24 PM
Sape ni? & berlakon citer apa.. mcm tak prnah nmpak pun...
Quote tikusmakmal10 13-3-2021 03:27 PM
iolls nak kutip tacang
Quote adaakukesah 13-3-2021 04:28 PM
Geli aku tangkap gambar acah acah candid. Dah kenapa buat buat gelak sorang sorang. Mental yachhh
Quote jasmeen 13-3-2021 04:33 PM
oklah.muka cantik.badan ne kena banyakkan senaman.nak tuck in seluar bontot kena  lift,baru konpiden.kebnyakan mak mak bontot dah jatuh.u can do it datin
Quote songhara1226 13-3-2021 04:38 PM
Ingatkan Linda Onn sebab ada iras2 sikit
Quote sarah96 13-3-2021 06:43 PM
Tapi muka dia muka klasik mak datin yang bitchy{:smile
Quote Perawankota 13-3-2021 07:00 PM
Produk aura seri dia dulu tu menjadi ke
Quote babyorange 13-3-2021 08:07 PM
Belibis replied at 13-3-2021 01:16 PM
Tokey aura seri ke apa nama tah.produk kecantikan popular sebelum muncul internet lagi.keluar kat  ...

Wujud lg ke produk aura seri tu? Die msh ngn laki die dato apetah tokey aura seri dlu tu ke? Atau dah makjan?
Quote Belibis 13-3-2021 08:16 PM
babyorange replied at 13-3-2021 08:07 PM
Wujud lg ke produk aura seri tu? Die msh ngn laki die dato apetah tokey aura seri dlu tu ke? Atau  ...

Ntah la sis.sendu mendu dah rasanya.geng2 bbnu dah ramai sangat jual kosmetik.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.555986 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top