CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Atikah Suhaime Rela Tiada ‘Job’, Bosan Watak Jahat Berhijab, Perampas!

13-3-2021 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7666| Komen: 65

Description: Masalah kewangan yang dihadapi akibat pandemik Covid-19 tidak mengubah pendirian pelakon Atikah Suhaime untuk menolak watak antagonis yang tidak logik atau digambarkan sebagai benar-benar jahat.
Masalah kewangan yang dihadapi akibat pandemik Covid-19 tidak mengubah pendirian pelakon Atikah Suhaime untuk menolak watak antagonis yang tidak logik atau digambarkan sebagai benar-benar jahat.


Atikah menerusi Instastory miliknya pada Jumaat berkata, skrip yang lemah dan klise sebagai seorang perampas turut membuatkan dia bosan dan tidak berminat untuk melakonkan watak itu.

Selain itu, aktres kelahiran Singapura tersebut juga tidak mahu membawa watak antagonis bertudung yang dianggap hanya akan menjelaskan imej wanita Islam yang sebenar.


Foto: IG

"Sekarang waktu sukar, saya turut berdepan masalah kewangan tetapi saya masih memilih tawaran berlakon. Saya tetap menolak tawaran watak antagonis kerana nampak tiada sebab (kukuh) untuk sesuatu karakter itu menjadi jahat.


"Asyik-asyik perampas suami orang... kemudian pakai tudung serta lemah-lembut dan alasannya selalunya lemah, kerana dia nakkan harta.

"Kenapa tidak boleh jadikan alasan misalnya watak wanita itu secara tidak sengaja jatuh cinta dengan hero kerana hero itu yang memulakan langkah?

"Atau wanita itu berdepan masalah daripada zaman kanak-kanak dan merasakan segalanya diambil daripadanya, jadi dia memutuskan untuk merampas suami orang? Atau dia tidak tahu pun hero itu sudah berkahwin. Atau entahlah," katanya.



Sebelum ini, pelakon berusia 29 tahun itu kerap menerima watak antagonis sehingga penonton sudah selesa melihatnya dengan karekter jahat dalam sesebuah karya.

Dalam pada itu, pelakon drama Beri Sedikit Waktu ini turut memberikan cadangan untuk menggarap peranan antagonis yang logik dan bertepatan dengan seleranya selain watak wanita bertudung yang punyai banyak muslihat.



"Asyik-asyik perampas laki orang tapi tak ada motif kuat untuk dia jadi jahat. Lebih teruk, sejak akhir-akhir ini mereka sering dipersembahkan dengan watak antagonis yang bertudung dan lemah-lembut.

"Jadi, semua fikir perempuan lemah-lembut pakai tudung tak boleh dipercayai. Padahal perempuan lemah-lembut selalu kena buli sebab hati kami terlalu rapuh, tak sanggup nak tinggikan suara takut terlukakan hati orang.




"Biasanya skrip yang saya dapat untuk watak antagonis tidak kuat untuk dia betul-betul menjadi jahat. Kamu tak boleh terus dilahirkan untuk menjadi jahat kan? Mesti ada sebab yang kukuh. Entahlah.

"Sampailah ada motif kuat untuk seseorang jadi jahat dalam skrip tu, barulah saya akan menerima watak antagonis itu," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • notM

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 13-3-2021 09:41 AM
Yawnnnn.
X laku cakap je la
Quote Suchi 13-3-2021 10:24 AM
Kalau asik pegang watak sama memang bosan tp acik2 veteran rileks je asik berlakon jd mak2/mertua/datin.Maybe sbb berlakon nak cari duit khen pulun jela.

Nak juga tgk acik2 tu jd heroin.Kisah lelaki muda berhingus jatuh cinta ngn acik2 ke,btw dulu2 penah je watak utama adalah wanita berumur cth cite Spa Q,pastu cite apatah lupa tajuk tp fazura berlakon yg watak utama  Sofea Ibrahim, jadi nanny yg kaya raya tp watak antagonis laa.

Quote jalfa 13-3-2021 10:28 AM
Betul cakap tikah tu..tp bf tikah kaya boleh la sembang gini...kalo yg x dak laki kaya leh saport semua job rembat dekkk.
Quote cikgojesss 13-3-2021 10:36 AM
takziah dek kerana mengalami jobless
Quote SherryZass 13-3-2021 10:51 AM
Gambar bawah sekali tu aku nampak iras2 rota dah
Quote Trumpettt 13-3-2021 11:06 AM
masih berlakon dia ni...its ok dik..ramai artis yg sanggup berlakon cari rezeki..
Quote Cece1234 13-3-2021 11:13 AM
Nape i slalu nampak muka dia cm bercapuk2 ek..salah teknik mekap ke apa..
Quote Nana_Man 13-3-2021 11:14 AM
Takpe tikah.... bagi org lain yg takde bf/laki kaya job tu..
Ko tu bila nk nikah???
Quote Cik_jantung 13-3-2021 11:22 AM
Ye ker dikk... Dulu zaman kejatuhan time tu pun takde bf kaya siap keja buat marketing kat spore sana.

Ambik je tawaran.. duit buat saving. Bf kaya tak selamanya di sisi.
Quote cicicumel 13-3-2021 11:29 AM
Cece1234 replied at 13-3-2021 11:13 AM
Nape i slalu nampak muka dia cm bercapuk2 ek..salah teknik mekap ke apa..

Dia nak cover mata panda/eyebeg dia tu mekap jd bercapuk. Klu tgk dlm TV mmg teruk sgt eyebeg dia.. Xde rawatan ke nk repair?
Quote belilies 13-3-2021 11:45 AM
Something wrong with her eyes. Something happen behind ig ke? Tak hepi? Nampak cam going thru something je. Eh. Berapa banyak something lah. Btw, opkos le ko kata xyah blakon. Hengat weols tatau ke bf ko tu lanja ko top to toes? Napa jua laki tu tak kawen ngan ko, kata kaya kan..
Quote Belibis 13-3-2021 01:08 PM
jalfa: Betul cakap tikah tu..tp bf tikah kaya boleh la sembang gini...kalo yg x dak laki kaya leh saport semua job rembat dekkk.

Apa susahhh.bila semekin balik,cakap berlakon sebab rindukan peminat.bukan tak pernah berlaku pun.
Quote SayaSayangMama 13-3-2021 01:38 PM
Cucuk dagu ye? Lawa. Tp kdg nmpk mcm xmndi mybe mekap nipis kot xtau la.
Quote makcun14 13-3-2021 02:09 PM
Sedangkan bini yang  dah berkurun sah dinikahi pun boleh kena cerai , nikan pulak awek stok rela diangkut merata.
Sekarang boleh la nak sembang kencang, memilih watak sangat sebab boyfren support #donebawang
Quote matchstick 13-3-2021 02:58 PM
Cece1234 replied at 13-3-2021 11:13 AM
Nape i slalu nampak muka dia cm bercapuk2 ek..salah teknik mekap ke apa..

Tona kulit tak sekata kot..tak padan dgn buat treatment mcm2 tak cantik jgk skin dia
Quote matchstick 13-3-2021 02:59 PM
belilies replied at 13-3-2021 11:45 AM
Something wrong with her eyes. Something happen behind ig ke? Tak hepi? Nampak cam going thru someth ...

Mcm taraf sugar baby je kan..
Quote TerataiMelur02 13-3-2021 03:02 PM
Dia ni cantik tapi nampak serabai je. Tak tau la sebab rambut ke atau sebab banyak sangat cucuk muka. Tah laaaa
Quote tikusmakmal10 13-3-2021 03:26 PM
iolls nak kutip tacang
Quote September14 13-3-2021 03:34 PM
Iol pun tgk mata dia nmpk pelik

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.392981 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top