CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerana Telefon, Sanggup Bakar Kawan Sendiri

12-3-2021 01:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2795| Komen: 16

Lelaki berusia 29 tahun menyimbah petrol dan membakar rakannya yang disyaki mencuri telefon pintar, lapor The Star.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa berusia 23 tahun dari Taman Lendu Bakti di Alor Gajah, melecur teruk dalam serangan itu.



Mangsa melecur akibat disimbah dengan petrol sebelum dibakar. foto Melaka Hari Ini/ PDRM

Beliau berkata, suspek memasuki bilik mangsa pada pukul 4.40 petang Selasa membawa pemetik api dan sebotol petrol.

Tambah beliau, suspek mengesyaki mangsa mencuri telefon pintar milik kekasihnya.

"Mangsa kemudian dibakar dan cedera parah dengan kesan melecur di tangan kiri, pergelangan tangan kanan, leher dan bahagian badan," katanya.

Arshad berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke unit epidemiologikal di Hospital Melaka.


Beliau menambah, mangsa membuat laporan polis sebaik discaj pada Khamis.

Menurut Arshad, polis sedang memburu suspek yang melarikan diri. 


Sumber: mStar

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 12-3-2021 01:19 PM
Ingatkan dekat negara leluhur
Quote kaedahnya 12-3-2021 01:24 PM
elok la tu satu geng sampai culik orang sebab henfon, yang maknosia ni sampai membakar pulerr.
Quote nurul_akmar 12-3-2021 01:32 PM
Dh 29 tahun pon xleh pk lg
Quote salmon-suki 12-3-2021 01:47 PM
Hmmm...xleh ke htr pegi polis je?bukti ada kan..tepon apa y dicuri tu?aipong 12 ke?smpai nak membakar haa..
Quote Manjahati 12-3-2021 01:51 PM
Sesama penagih lah ni
Quote umbut 12-3-2021 03:04 PM
Jgn kasi pinjammmm.... dulu waktu belajar ada member nak pinjam 50.00... aku bagilah sebab masa tu bbnu x reti nak kata no... pastu duit hilang dia kata aku yg ambik... memang kimakkkkkk... sampai sekarang sapa nak pinjam aku ckp xda.. dari aku sakit hati mcm penggemis mintak hutang
Quote supernaturalee 13-3-2021 09:15 AM
nurul_akmar replied at 12-3-2021 01:32 PM
Dh 29 tahun pon xleh pk lg

Menurut abg jamil, dh tua pun bodoh

Quote ultra78 13-3-2021 10:06 AM
Hutang wajib dibayar ...
Quote Buritan 13-3-2021 10:40 AM
Kurex replied at 12-3-2021 01:19 PM
Ingatkan dekat negara leluhur

Lendu tu leluhur laa...
Quote Buritan 13-3-2021 10:44 AM
umbut replied at 12-3-2021 03:04 PM
Jgn kasi pinjammmm.... dulu waktu belajar ada member nak pinjam 50.00... aku bagilah sebab masa tu b ...

Bodo je bg pinjam duit kat org..... aku akan pesan pd anak cucu cicit jgn bg pinjam duit kat org.. so bodoss
Quote dudaberhias 13-3-2021 10:51 AM
bakar2 ni pari pari jer... api kan suci katanya...
Quote user.name 13-3-2021 11:30 AM
Quote user.name 13-3-2021 11:31 AM
Quote user.name 13-3-2021 11:32 AM
Quote user.name 13-3-2021 11:33 AM
Quote dudaberhias 13-3-2021 11:40 AM

soo scary... ahh kenapa iols scroll dan sempat reply lagi ni...
seriau hokkeh... tak masuk thread ni dah

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.244237 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top